BANTUAN KERAJAAN – Pelepasan Kebankrapan

BANTUAN KERAJAAN - Pelepasan Kebankrapan
Share Artikel Ini Di Media Sosial

BANTUAN KERAJAAN – Pelepasan Kebankrapan

Pelepasan kebankrapan ini akan Dilaksanakan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) melalui pengeluaran Sijil Pelepasan Ketua Pengarah Insolvensi mengikut Seksyen 33A Akta 360.

  • Inisiatif ini untuk membantu rakyat yang bankrap dengan jumlah hutang berskala kecil dilepaskan daripada kebankrapan bermula 1 Mac 2023.

 

Baca Juga : BANTUAN KERAJAAN – Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

BANTUAN KERAJAAN – SUBSIDI YURAN TASKA (RM180 SEORANG ANAK)

Kelayakan

Ketua Pengarah Insolvensi akan mempertimbangkan kepada kategori kes kebrankapan seperti yang berikut:

  • Perintah kebrankapan telah melebihi 5 tahun dari tarikh Perintah Penerimaan dan Perintah Penghukuman/Perintah Kebrankapan
  • Jumlah hutang yang diperakui atau baki hutang terlibat tidak melebihi RM50,000.
  • Tiada perintah Mahkamah, prosiding mahkamah dan/atau prosiding penyiasatan dijalankan ke atas bankrap di bawah Akta 360 yang menghalang pelepasan melalui Sijil Ketua Pengarah Insolvensi.

 

Cara Memohon Pelepasan Kebankrapan

Permohonan pelepasan boleh dibuat kepada cawangan Mdl yang mentadbir kes kebrankapannya dengan cara:

  • Hadir secara fizikal ke Pejabat MdI berdekatan, atau
  • Hubungi Pejabat MdI melalui surat atau emel, atau
  • Isi borang Permohonan Pelepasan Sijil Ketua Pengarah Insolvensi Di Bawah Seksyen 33A Akta Insolvensi 1967 [Akta 360] dan serahkan ke cawangan yang mentadbir kes kebankrapan.
  • Pegawai Insolvensi akan menyemak permohonan bankrap, kedudukan dokumen pentadbiran dan maklumat yang berkaitan dengan pentadbiran kebankrapan.
  • Individu bankrap hendaklah memberikan kerjasama dengan memberikan maklumat dan dokumen yang diperlukan oleh Pegawai Insolvensi.

 

Maklumat Lanjut

Layari : https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/pelepasankebankrapan.html

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *