BANTUAN KERAJAAN – Pelan Penyelesaian Hutang LPPSA (DSP)

BANTUAN KERAJAAN - Pelan Penyelesaian Hutang LPPSA (DSP)
Share Artikel Ini Di Media Sosial

BANTUAN KERAJAAN – Pelan Penyelesaian Hutang LPPSA (DSP)

Pelan Penyelesaian Hutang LPPSA (Debt Settlement Plan, DSP) bagi memulihkan dan menyelesaikan hutang sivil pelanggan yang meninggalkan perkhidmatan atau bersara tidak berpencen melalui penjadualan semula bayaran balik pembiayaan.
• DSP membantu peminjam meneruskan bayaran ansuran bulanan di dalam tempoh pembiayaan asal berbanding bayaran penyelesaian sekaligus.
• Pelan ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu DSP 1 dan DSP 2*.
• Layari Laman Rasmi DSP atau tonton video “Pelan Penyelesaian Hutang (DSP) untuk maklumat lanjut

*Nota: Rujuk butang kelayakan dan cara permohonan bagi kedua-dua pelan.

Baca Juga : BANTUAN KERAJAAN – SUBSIDI YURAN TASKA (RM180 SEORANG ANAK)

Kriteria

DSP 1

DSP 2

Kelayakan

  • Meninggalkan Perkhidmatan/ Bersara Tidak Berpencen TIDAK termasuk diberhentikan kerja (masalah tatatertib)
  • Tidak layak DSP 1
  • Bukan seorang penghutang penghakiman atau bankrap
  • Bukan seorang Bankrap
  • Mempunyai kemampuan bayaran balik

Status Akaun

  • Tunggakan tidak melebihi 12 ansuran bulanan semasa kelulusan
  • Hartanah belum dilelong
  • Hartanah belum dilelong

Tempoh Permohonan

  • Tidak melebihi 12 bulan dari tarikh tamat / meninggalkan perkhidmatan
  • Tiada had

Kadar Faedah/Keuntungan

  • Ditentukan oleh LPPSA mengikut pelan
  • 7% setahun sehingga tamat tempoh pembiayaan
  • Sekiranya tunggakan melebihi 3 ansuran bulanan, kadar 7% setahun akan dikenakan ke atas baki pembiayaan sehingga tamat tempoh pembiayaan/ penyelesaian penuh.

Bayaran Balik

Ansuran bulanan bermula sebulan selepas kelulusan

Tempoh Pembiayaan asal

Tidak berubah

Syarat-Syarat Lain Pembiayaan

Tidak berubah

 

Cara Memohon

• Permohonan melaui saluran Portal DSP.
• Penerimaan tawaran melalui saluran Portal DSP dalam tempoh 14 hari daripada tarikh kelulusan.
• Dokumen yang wajib diperlukan:

DSP 1

DSP 2

  • Surat pengesahan dan sokongan majikan
  • Surat Permohonan
  • Borang Rayuan Bayaran Balik
  • 3 bulan Slip Gaji/ Pengesahan majikan/ Penyata KWSP yang terkini
  • 3 bulan Penyata Akaun Bank (bagi yang berniaga)/ bukti pendapatan lain
  • Surat akuan bersumpah (sekiranya tiada item 3 dan 4)
  • Dokumen sokongan lain (sekiranya perlu)

 

MAKLUMAT LANJUT

Layari : https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/lppsa.html

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *