PASSPORT HILANG : KADAR DENDA & CARA GANTIAN

Pasport Malaysia Anda Hilang : Kadar Denda & Prosedur Gantian Terkini (2022)
Share Artikel Ini Di Media Sosial

PASSPORT HILANG : KADAR DENDA & CARA GANTIAN

APA PERLU BUAT APABILA PASSPORT MALAYSIA ANDA HILANG? Adakah anda ingin melancong ke luar negara tetapi pasport hilang? Setelah peralihan ke fasa endemik dan pintu negara dibuka semula, ramai orang mula merancang untuk bercuti ke luar negara. Antara dokumen wajib yang perlu ada adalah pasport Malaysia anda dan visa perjalanan bagi sesetengah negara.

Sebelum ke luar negara, pasport anda haruslah mempunyai tempoh sah laku sekurang-kurangnya 6 bulan daripada tarikh tamat tempoh.

Sementara itu, sekiranya pasport hilang pula, anda boleh mendapatkan pasport baru namun dikehendaki membayar denda bergantung kepada berapa banyak kali anda pernah kehilangan pasport.

APA ITU PASSPORT?

Seperti yang tercatat dalam passport Malaysia, passport milik negara kita sah digunakan untuk ke seluruh negara di dunia ini kecuali Israel.

CARA GANTI PASSPORT HILANG

Sekiranya pasport malaysia anda hilang, anda perlulah membuat laporan polis terlebih dahulu.

Namun, sekiranya pasport Malaysia anda hanya rosak, laporan polis tidak diperlukan namun anda tetap perlu membayar denda untuk mendapat ganti pasportt yang baru.

Sila hadir ke pejabat Imegresen Malaysia yang berdekatan dan bawa bersama dokumen-dokumen penting seperti kad pengenalan dan laporan polis tersebut.

Berkenaan gambar pula, anda boleh mengambil gambar di pejabat Imegresn Malaysia atau menggunakan gambar yang sama sahaja sekiranya tiada perubahan yang ketara pada wajah anda.

KADAR DENDA PASSPORT HILANG

Dahulu, penggantian pasport yang hilang atau mengalami kerosakan tidak akan dikenakan sebarang bayaran denda.

Namun, terdapat perubahan seperti yang diumumkan dalam Warta Kerajaan Persekutuan berhubung Perintah Fi (Pasport dan Visa) (Pindaan) 2019 yang bertarikh 20 Disember 2019. Perintah ini telah disiarkan untuk bacaan orang awam di laman web rasmi Pejabat Peguam Negara.

Berikut merupakan kadar denda pasport hilang terkini bagi tahun 2022, namun masih tertakluk kepada sebarang perubahan dari semasa ke semasa.

  • Kali pertama: RM400
  • Kali kedua: RM700
  • Kali ketiga dan seterusnya: RM1,200

Sementara itu, bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dan pelajar berusia 21 tahun yang belajar di luar negara pula kadar dengan yang dikenakan untuk menggantikan passport hilang atau rosak pula adalah seperti yang berikut:

  • Kali pertama: RM300
  • Kali kedua: RM600
  • Kali ketiga dan seterusnya: RM1,100

Makluman Terkini – Pembaharuan Pasport

PEMBAHARUAN PASPORT MALAYSIA ANTARABANGSA (PMA)

*Sistem Temujanji Online (STO) dimansuhkan mulai 11 Mei 2022.

STO bagi urus niaga lain masih diteruskan seperti biasa.

Pembaharuan / Gantian PMA secara atas talian melalui MyOnline Pasport https://imigresen-online.imi.gov.my/eservices/myPasport

“Jumpa Terus” (Walk-In)

Kategori yang dibenarkan:

  • Permohonan kali pertama
  • Permohonan pelanjutan kanak-kanak 13 tahun ke bawah
  • Pasport hilang / rosak
  • Warga Emas (60 tahun ke atas)
  • OKU
  • Pelajar berumur 21 tahun dan ke bawah menyambung pelajaran peringkat Ijazah di luar negara
  • Jemaah Haji
  • Pemohon mempunyai masalah cap jari boleh meneruskan bayaran dan hadir terus ke pejabat pemungut yang dipilih bagi pengambilan cap jari.

Kelulusan menerusi MyOnline Pasport boleh diperoleh dalam tempoh tiga (3) hari bekerja menerusi notifikasi yang dihantar kepada e-mel dan pemohon boleh hadir ke pejabat pemungut sekiranya tidak mendapat notifikasi selepas tempoh tersebut.

SENARAI SEMAK PERMOHONAN GANTIAN PASPORT MALAYSIA HILANG YANG MASIH SAHLAKU

  1. Borang Soal Soal Selidik Kehilangan Pasport Malaysia (IM.42C), bagi kes hilang
  2. Kad Pengenalan
  3. Sijil Kelahiran / Borang H ( jika lahir di Luar Negara )
  4. Sijil Warganegara, jika berkenaan
  5. Salinan Pasport Malaysia hilang (jika ada)
  6. Laporan Polis yang telah disahkan bagi kes hilang secara online di pautan berikut :-

www.immobilise.com

www.reportmyloss.com

  1. Laporan Bomba, jika kehilangan akibat kebakaran
  2. Surat Pengesahan Banjir dari Pihak Berkuasa Tempatan, jika kehilangan akibat banjir
  3. Sijil Perakuan Cemas berserta laporan dari pejabat Imigresen lapangan terbang (jika kehilangan berlaku di Luar Negara)
  4. Surat Pengesahan Taraf, jika pemohon bertaraf penduduk tetap di luar negara
  5. Surat Pengesahan Bekerja daripada majikan, jika berkaitan
  6. Surat pengesahan / Tawaran Belajar di luar negara, jika berkaitan
  7. Sijil Perkahwinan / Surat Cerai, jika di bawah 18 tahun dan telah berkahwin
  8. Lain-lain dokumen yang difikirkan perlu

PERINGATAN

  1. a) Urusan hanya pada waktu pejabat sahaja
  2. b) Pemohon hendaklah hadir sendiri. Permohonan melalui pos tidak akan di layan
  3. c) Semua dokumen ASAL hendaklah DIBAWA bersama ketika mengemukankan permohonan
  4. d) Keputusan permohonan kehilangan passport akan dimaklumkan dalam tempoh LIMA(5) HARI BEKERJA dari tarikh permohonan selaras dengan Piagam Pelanggan

Panduan Bagi Warga Asing yang Kehilangan Pasport/Dokumen Perjalanan di Malaysia

Tindakan yang perlu anda lakukan ialah:

  1. Melaporkan diri dengan segera ke Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Imigresen Malaysia;
  2. Jangan gunakan khidmat orang tengah atau agen;
  3. Sila bawa bersama perkara-perkara seperti di senarai semak.
  4. Berikan kerjasama semasa siasatan dan rakaman kenyataan diambil oleh PegawaiImigresen.

Senarai Semak Keperluan Bagi Kes Kehilangan Pasport di Malaysia

Sila bawa bersama dokumen asal dan salinan perkara-perkara berikut:

  1. Nombor/Salinan pasport/dokumen perjalanan;
  2. Pasport/Dokumen Perjalanan Baru;
  3. Laporan polis (kes kehilangan pasport);d.Tiket pesawat/bas/feri (bawah 7 hari).

Keperluan tambahan:

  1. Apa-apa bukti kemasukan (pas mendarat/tiket);
  2. Apa-apa bukti kemasukan(senarai penumpang);
  3. Sijil Perakuan daripada pihak Kedutaan;
  4. Salinan pas/dokumen terdahulu (jika ada);
  5. MEMO Rujukan daripada BPA/BPP/VPP/MIDA (jika berkaitan).
  6. Bayaran: Pas Khas: RM100.00

 

Nota:

BPA-Bahagian Pekerja Asing, Jabatan Imigresen Malaysia

BPP-Pas Pengajian, Jabatan Imigresen Malaysia

VPP-Bahagian Visa, Pas dan Permit, Jabatan Imigresen Malaysia

MIDA-Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat terkini, boleh rujuk Jabatan Imigresen Malaysia

 

Baca Juga Artikel Lain

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *