BANTUAN KERAJAAN – Pas Transit myBAS50

BANTUAN KERAJAAN - Pas Transit myBAS50
Share Artikel Ini Di Media Sosial

BANTUAN KERAJAAN – Pas Transit myBAS50

Pas Transit myBAS50 adalah Satu pas perjalanan bas berharga RM50 yang menawarkan perjalanan tanpa had kepada Warganegara Malaysia untuk menaiki semua perkhidmatan myBAS di Johor Bahru selama 30 hari.

  • Pas Transit myBAS50 ialah RM50 untuk 30 hari.
  • Transit myBAS50 sedia untuk dilanggan mulai 13 Mac 2023 .
  • Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman Rasmi myBAS50.

Baca Juga : BANTUAN KERAJAAN – Pelan Penyelesaian Hutang LPPSA (DSP)

Kelayakan

Warganegara Malaysia dan mempunyai MyKad atau MyTentera yang sah untuk layak melanggan myBAS50.

 

Cara Memohon

Terdapat dua cara untuk mendaftar dan melanggan Pas Transit myBAS50 iaitu melalui kaunter Causeway Link/ManjaLink atau secara dalam talian melalui aplikasi LUGO.

 

Melalui Telefon Pintar (Aplikasi LUGO)

  1. Muat turun aplikasi LUGO, daftar myBAS50 dan masukkan maklumat peribadi.
  2. Muat naik gambar MyKad dan selfie serta hantar permohonan.
  3. Tunggu pengesahan dan notifikasi kelulusan (dalam masa 24 jam).
  4. Pilih tarikh mula untuk myBAS50.
  5. Pilih cara pembayaran FPX atau debit/kredit. Selepas pembayaran RM50, anda boleh terus guna untuk 30 hari.
  6. Imbas kod QR setiap kali naik/turun myBAS Johor Bahru.

 

Melalui Kaunter (MyKad)

  1. Pergi ke kaunter Causeway Link/ManjaLink yang berikut:
    • JB CIQ
    • KSL City Mall
    • TF Value-Mart Nusa Bestari
    • Terminal Bas Gelang Patah
    • Lapangan Terbang Antarabangsa Senai
    • Terminal Bas Kulai
  1. Serahkan MyKad pada kaunter. Kakitangan akan ambil gambar MyKad dan foto anda.
  2. Beri maklumat peribadi kepada kakitangan kaunter untuk pendaftaran.
  3. Kakitangan kaunter akan membuat semakan untuk kelulusan.
  4. Pilih tarikh mula untuk myBAS50.
  5. Bayar RM50 untuk langganan 30 hari.
  6. myBAS50 akan diaktifkan dalam masa 24 jam sebelum boleh digunakan.
  7. Sentuh MyKad setiap kali naik/turun bas myBAS Johor Bahru.

 

Maklumat Lanjut

layari : https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/mybas50.html

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *