PART TIME EJEN HARTANAH : BOLEH KER?

PART TIME EJEN HARTANAH : BOLEH KER?
Share Artikel Ini Di Media Sosial

PART TIME EJEN HARTANAH : BOLEH KER?

Boleh ker buat Part Time ejen hartanah? Agent hartanah ni adalah mereka yang ada kelulusan dalam bidang hartanah. Boleh jadi sijil, diploma atau graduan. Mereka kemudian buat buat praktikal 2 tahun dan ditemuduga oleh Lembaga Penilai Pentaksir Dan Agent Hartanah. Bila lulus tu mereka dapat lesen dan boleh buka agensi hartanah. Perunding hartanah pula dilantik oleh Agent hartanah untuk menjalankan transaksi jual beli hartanah. Boleh kata macam pembantu ejen la. Bila perunding hartanah jual rumah, komisyen akan dibahagi antara mereka dan agensi.

ADAKAH EJEN HARTANAH MEMPUNYAI GAJI TETAP?

Untuk makluman anda, sebagai ejen hartanah, anda tidak akan mempunyai gaji basic atau pendapatan tetap. Pendapatan hakiki seorang perunding hartanah adalah melalui komisen jualan atau sewaan rumah. Namun sekiranya anda berminat dalam bidang hartanah dan ingin mempunyai gaji yang tetap, mungkin boleh sertai syarikat pemaju hartanah.

Dengan menyertai syarikat Pemaju mungkin anda akan di bayar gaji bulanan dan komisen untuk setiap jualan. Keburukannya, anda hanya boleh jual produk pemaju tersebut sahaja. Dan potensi pendapatan anda tak setinggi Agent yang bekerja bawah agensi hartanah.

Jadi bolehker buat Part Time ejen hartanah :

SUSAH UNTUK FOKUS

Buat Part time ejen hartanah ni susah nak fokus. Kerja saya sebagai akauntan di Petronas dulu memang sibuk. Telefon pula selalu berbunyi. Klien nak tengok rumah. Pemilik nak jual. Saya pula dalam meeting.

Akhirnya, dua-dua kerja cukup makan je. Tak dapat yang terbaik. Diri sendiri pun rasa bersalah kerana buat kerja lain semasa waktu kerja.

SUKAR MENDAPATKAN KEPERCAYAAN

Bukan tu je. Bila jumpa pemilik atau klien mereka selalu tanya buat Part time ke full-time. Bila kata buat part time ejen hartanah tu, pembeli atau pemilik susah nak beri kepercayaan.

Anda sendiri pun contohnya. Kalau ahli keluarga (nauzubillah) ada sakit kronik. Anda hantar jumpa doktor separuh masa ke doktor pakar (Plot twist: Doktor tu buat kerja separuh masa ejen hartanah)? Mestilah anda beri lebih kepercayaan kepada yang pakar dan full-time.

FLEKSIBEL TIDAK BERMAKSUD BANYAK MASA

Walaupun kerjaya ni fleksibel, tapi tak bermakna masa tu cukup. Hari Sabtu dan Ahad anda akan penuh dengan aktiviti viewing dan inspection.

Hari Isnin ke hari Jumaat, anda kena cari leads untuk orang jual atau beli rumah. Masa ni la kena buat pemasaran. Kena jumpa peguam dan jurubank. Kena buat follow-up.

Akhirnya, kerjaya ni akan jadi full-time juga. Dan saya sendiri sarankan anda buat full-time kerana part time ejen hartanah ni memang x cukup masa.

TIPS UNTUK PEMULA

Kalau anda bimbang nak buat full-time kuncinya begini. Anda kena percaya rezeki tu dari Pencipta. Bukan dari majikan.

Ramai yang berjaya dalam bidang ni. Ramai antara mereka pun alami dilema anda sekarang. Tapi mereka fokus dan berani bertindak.

 

Baca Juga :

GAJI EJEN HARTANAH : BERAPA KOMISEN JUALAN

EJEN HARTANAH VS PERUNDING HARTANAH : APA PERBEZAAN 

SKOP KERJA PERUNDING HARTANAH

KELEBIHAN MENJADI EJEN HARTANAH

CABARAN MENJADI EJEN HARTANAH

CARA MENJADI EJEN HARTANAH

MODAL MENJADI EJEN HARTANAH : MODAL PERMULAAN DAN KELENGKAPAN 

PART TIME EJEN HARTANAH : BOLEH KER?

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *