PANDUAN UKKM MRSM 2024: CONTOH DAN FORMAT SOALAN

PANDUAN UKKM MRSM 2024: CONTOH DAN FORMAT SOALAN
Share Artikel Ini Di Media Sosial

PANDUAN UKKM MRSM 2024: CONTOH DAN FORMAT SOALAN

Tahukah anda panduan untuk anda menjawab soalan UKKM MRSM 2024? Dengan pembatalan peperiksaan awam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Ujian Kecenderungan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (UKKM) menjadi syarat kelayakan pelajar masuk ke MRSM. Secara umumnya UKKM membabitkan subjek Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris serta ujian keperibadian.

Semoga artikel ini dapat memberi panduan kepada anda untuk ujian UKKM MRSM 2024……

APAKAH UKKM

UKKM adalah Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM yang merangkumi Ujian Bahasa Melayu, Sains, Matematik serta Keperibadian dan semua pemohon yang telah mengisi permohonan secara dalam talian wajib menduduki UKKM.

Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) bagi kemasukan MRSM Tingkatan 1 dan Tingkatan 4. Untuk pengambilan pelajar MRSM Tahun Enam dan pelajar Tingkatan 3 yang berminat untuk memohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) diwajibkan menduduki ujian ini.

TARIKH UJIAN UKKM 2024

Tarikh ujian UKKM bagi sesi 2024 belum diumumkan lagi, namun mengikut takwim tahun 2023, sesi ujian kemungkinan dilakukan pada tempoh berikut:

  • Sesi 1 : November dan Disember 2023
  • Sesi 2 : Januari 2024
  • Sesi 3 : Februari 2024

Jemputan untuk menduduki Ujian ini dilaksanakan secara berperingkat dan calon akan dimaklumkan melalui SMS dan emel

CARA SEMAK TARIKH/ MASA/ DAN TEMPAT UJIAN UKKM

Tarikh, masa dan tempat ujian boleh disemak secara dalam talian dan akan diumumkan oleh pihak MARA dalam masa terdekat. Ia dijangka sekitar bulan November-Disember 2023.

Semakan boleh dibuat melalui Portal Rasmi Mara serta akan menerima notifikasi menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) atau emel yang didaftarkan semasa permohonan.

Cara Buat Semakan UKKM Bagi Tingkatan 1

  1. Layari laman web rasmi UKKM MRSM di http://mrsm.mara.gov.my/SemakanUKKMF1/ (laman web akan dibuka untuk semakan pada tarikh dan masa yang ditetapkan)
  2. Isikan nombor kad pengenalan dan log masuk
  3. Status pendaftaran, butiran mengenai ujian dan permohonan akan dipaparkan

Cara Buat Semakan UKKM Bagi Tingkatan 4

Berikut ialah cara untuk buat semakan UKKM bagi Tingkatan 4:

  1. Layari laman web rasmi MRSM di sini: https://mrsm.mara.gov.my/SemakanUKKMF4/ (laman web akan dibuka untuk semakan pada tarikh dan masa yang ditetapkan)
  2. Isikan nombor kad pengenalan dan log masuk
  3. Status pendaftaran, butiran mengenai ujian dan permohonan akan dipaparkan

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK UJIAN UKKM

Calon diwajibkan membawa:

  1. 2 salinan Surat Panggilan Menduduki UKKM / Ujian Khas Ulul Albab / Ujian Teknikal / Ujian Khas IGCSE
  2. Kad Pengenalan calon (MyKad / MyKid)
  3. 1 salinan slip gaji ibu bapa / penjaga terkini atau borang pengesahan pendapatan ibu dan bapa yang disahkan (jika tiada slip gaji / bekerja sendiri / lain-lain)
  4. 1 salinan keputusan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi subjek Matematik . Sains dan Bahasa Inggeris yang disahkan.
  5. Alat tulis (pensil 2B atau pensil BB), pemadam dan pengasah pensil)
  6. Kalkulatior saintifik (bagi subjek Matematik untuk calon Tingkatan 4 sahaja).

SENARAI UJIAN UKKM

Terdapat empat subjek atau ujian yang perlu diambil oleh pemohon serta mendapat keputusan sekurang-kurangnya lulus setiap satu ujian yang diduduki iaitu:

  1. Ujian Ukkm Ulul Albab
    • Bagi pemohon yang memohon Ulul Albab, anda dikehendaki menduduki ujian hafazan sebagai syarat tambahan.Untuk makluman keutamaan akan diberi kepada pelajar yang berasal daripada keluarga yang berpendapatan rendah.
  2. Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM(UKKM)
    • Kepada pelajar yang layak menduduki ujian UKKM,berikut adalah maklumat yang berkaitan dengan ujian UKKM:
  3. Ujian Kecenderungan KEMASUKAN MRSM(UKKM) Tingkatan 1
    • Bagi calon Tingkatan 1, Soalan merangkumi subjek Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris Tahap II sekolah rendah.
  4. Ujian Kecenderungan KEMASUKAN MRSM(UKKM) Tingkatan 4
    • Bagi calon Tingkatan 4, Soalan merangkumi subjek Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris peringkat menengah rendah.

FORMAT SOALAN UKKM MRSM

Berikut merupakan perincian format mengikut subjek yang dikongsikan oleh MARA bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4:

  1. Soalan UKKM Matematik
    • Masa diperuntukan adalah 30 minit
    • Jumlah soalan Matematik adalah 20 soalan yang berbentuk objektif
  2. Soalan UKKM Bahasa Inggeris
    • Masa yang disediakan adalah selama 30 minit
    • 15 soalan objektif
  3. Soalan UKKM Sains
    • 30 minit diperuntukkan untuk menjawab
    • 30 soalan berbentuk objektif
  4. Soalan UKKM Ujian Keperibadian
    • 100 soalan objektif yang perlu dijawab
    • Masa 30 minit
  5. Ujian UKKM Khas Ulul Albab Tingkatan 1
    • 35 minit
    • Khusus untuk calon yang memohon program Ulul Albab, anda diwajibkan untuk menduduki ujian hafazan dan tulisan jawi.
    • Berikut adalah contoh ujian hafazan :
      • Menghafaz ayat-ayat hafazan dalam masa 25 minit
      • Kelancaran, tajwid dan hafazan.
    • Contoh Hafazan wajib pada tahun sebelum ini adalah Ayat 1 hingga 12 Surah Al Mulk.

PANDUAN DAN CONTOH SOALAN UKKM MRSM

Berdasarkan carian kami, sukar untuk mendapatkan contoh soalan UKKM MRSM disebabkan soalan adalah sulit dan tidak didedahkan kepada umum. Tetapi berikut adalah merupakan contoh soalan :

  1. Contoh Soalan Matematik UKKM
    • Seorang petani mempunyai 100 ekor lembu dan ayam. Jumlah kesemua kaki binatang ialah 250. Berapa ekor ayam yang ada?
  2. Contoh Soalan Sains UKKM
    • Ia lebih kepada Pengetahuan Am. Sekiranya pelajar memang suka membaca dan menonton dokumentari, memang mudah untuk menjawab soalan ini.
    • Soalan Sains tidaklah melibatkan fakta atau terlalu direct. Ia lebih bertanya ke arah:
      • Apa yang akan terjadi?
      • Apa yang kita perlu buat?
  3.  Contoh Soalan Ujian Keperibadian UKKM
    • Ujian Keperibadian adalah lebih kepada personaliti diri.
    • Pelajar perlu menjawab soalan yang lebih terarah kepada ciri-ciri pelajar yang memang MRSM mahukan.
    • Contohnya pelajar yang ke arah sains, teknologi dan mempunyai sifat kepimpinan.
  4. Contoh Soalan Ulul Albab UKKM
    • Pelajar akan diberikan ayat-ayat untuk dihafal
    • Masa yang diberikan adalah 25 minit sahaja
    • Contoh ayat hafazan yang diberikan pada tahun-tahun sebelum ini ialah Surah Al-Mulk ayat 1 hingga 12
    • Penilaian akan dibuat berdasarkan kelancaran membaca Al-Quran, tajwid dan juga hafazan itu sendiri
    • Ujian Khas Ulul Alab untuk setiap pelajar ialah selama 35 minit sahaja dan perlu mengikut giliran

PANDUAN KEPADA CALON UKKM MRSM

  • Tempoh ujian adalah selama 2 jam merangkumi 4 subjek
  • Ujian akan dijalankan pada hujung minggu di pusat ujian yang dinyatakan dalam sistem permohonan
  • Ujian akan diadakan di antara bulan September hingga Disember 2022
  • Pilihan tempat melalui sistem permohonan MyMRSM
  • Sila bawa bersama salinan kad pengenalan dan salinan sijil kelahiran pemohon, borang pengesahan pendapatan (jika perlu), borang pengesahan FELDA (jika perlu) dan slip menduduki ujian
  • Pemohon akan dimaklumkan berkaitan Ujian melalui SMS/ e-mel dan pemohon diminta untuk menyemak maklumat tersebut melalui sistem semakan.

Soalan Lazim Panggilan Menghadiri UKKM / UJian Khas Ulul Albab / Ujian Teknikal / Ujian Khas IGCSE/ Bagi Permohonan Ke Tingkatan 1 & 4 MRSM 2023

SOALAN 1

Di manakah saya boleh membuat semakan tarikh dan panggilan UKKM / Ujian Khas Ulul Albab / Ujian Teknikal / Ujian Khas IGCSE untuk anak saya?

JAWAPAN

Pihak MARA akan menghantar SMS kepada no telefon yang telah didaftarkan dalam sistem permohonan MRSM sebelum tarikh ujian.

Layari semakan https://www.mara.gov.my/

TARIKH UJIAN SESI PERTAMA UKKM MARA 2023

Calon-calon yang telah mengisi secara lengkap permohonan akan dipanggil untuk menduduki ujian sesi pertama secara berperingkat bermula 27 November hingga 16 Disember ini.

PERTUKARAN TARIKH, MASA & TEMPAT UJIAN UKKM MRSM

Kepada calon adalah tidak dibenarkan untuk membuat sebarang pertukaran tarikh, masa dan tempat ujian yang telah ditetapkan itu nanti.

APAKAH MRSM

MRSM ditubuhkan selaras dengan matlamat dan keperluan negara untuk memberi kemudahan pelajaran pada peringkat menengah dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar-pelajar bumiputera yang pintar cerdas, mempunyai kebolehan akademik dan intelektual yang tinggi untuk mengembangkan potensi diri mereka.

Visi MRSM

Menjadikan MRSM sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang inovatif dan bertaraf dunia.

Misi MRSM

Menyediakan pelajar bumiputera yang berpotensi tinggi dalam bidang sains dan teknologi serta mempunyai ciri-ciri keusahawanan.

Terdapat tujuh program yang berteraskan Science, Technology, Religion, Engineering, Arts  and Mathematics (STREAM) dilaksanakan di MRSM.

MAKLUMAT LANJUT UKKM MRSM

Untuk maklumat lanjut tentang UKKM MRSM, sila hubungi nombor telefon 03-2613 2000 atau rujuk www.mara.gov.my untuk info terkini.

Baca Juga :

PINJAMAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN MARA (DIPLOMA & IJAZAH)

FLYSISWA : SUBSIDI TIKET PENERBANGAN PELAJAR IPT

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *