PANDUAN TEMUDUGA KERAJAAN SPA (Tips Untuk Persiapkan Diri)

PANDUAN TEMUDUGA KERAJAAN SPA (Tips Untuk Persiapkan Diri)
Share Artikel Ini Di Media Sosial

PANDUAN TEMUDUGA KERAJAAN SPA (Tips Untuk Persiapkan Diri)

  1. Penampilan diri perlu dijaga semasa menghadiri interview kerajaan. Pastikan nampak kemas, profesional dan menarik.
  2. Datang dalam keadaan tenang dan jangan kelam-kabut. Persiapkan diri anda
  • Resume telah pun disiapkan. Pastikan semua dokumen yang diperlukan sudah berada dalam fail holder berdasarkan permintaan dalam surat panggilan temuduga yang anda terima sebelum ini. Susunkannya ikut urutan.
  • Semak lokasi temuduga sebelum hari temuduga
  1. Tahu tugas dan peranan bagi jawatan yang dipohon dan kerja yang anda lakukan sebelumnya. Dalam pada masa yang sama selidik struktur dan organisasi kerajaan. Buat sedikit kajian mengenai beberapa jabatan atau kementerian terutamanya tugas-tugas yang dipikul oleh jabatan yang berlainan. Buat perbandingan dengan pentadbiran negeri (dan sebagainya) untuk memahami perbezaan dari segi struktur dan fungsi. Ini terutamanya penting untuk mereka yang bakal menghadiri temuduga PTD (Pegawai Tadbir dan Diplomatik).
  2. Buat homework dan latih tubi berulang kali. Jangan menghafal tetapi memahami.
  1. Ambil tahu isu semasa dan terkini di Malaysia. Dengan cara membaca Berita Semasa contohnya. Rajin-rajin semak media massa di Malaysia.
  • Sebagai contoh, panel penemuduga berkemungkinan bertanyakan pendapat anda tentang dasar luar Amerika yang diamalkan oleh Presiden barunya Joe Biden. Manakala, dari konteks dalam negeri, anda mungkin diminta menghuraikan pandangan anda tentang konsep Satu Malaysia yang diperkenal oleh Perdana Menteri Ke-6, Datuk Seri Najib Razak.
  1. Berusaha jawab walaupun tidak tahu jawapan tepat. Elakkan diri daripada bersikap pasif, pendiam dan semasa temuduga kerajaan menjadi hambar.
  • Bukan sesuatu yang memalukan jika anda tidak tahu jawapan kepada sesuatu soalan temuduga. Tetapi, jangan sekadar menjawab “maaf, saya tidak tahu”.
  • Sebaliknya, cuba terangkan sejauh mana yang anda tahu dan tunjuk usaha kepada penemuduga bahawa anda sanggup bekerja keras untuk mendapatkan sesuatu ilmu atau maklumat. ELAKKAN daripada menipu. Point di sini apa? USAHA!!
  1. Panel penemuduga sangat sukakan calon yang bersemangat dan bercita-cita tinggi.
  • Sebenarnya, selain daripada menguji pengetahuan, penemuduga ingin mengetahui sejauh mana usaha atau inisiatif anda mencuba. Mereka juga ingin bersemuka dengan calon pekerja yang mempunyai kemahiran berkomunikasi dan mereka yang boleh membuat analisa kepada sesuatu persoalan dan isu.
  • Kalau dah sampai panel penemuduga pun tercengang melihat anda berkomunikasi dan menjawab soalan, anda di landasan yang tepat untuk lulus
  1. Pastikan rajin bertanya. Nak bertanya pun mesti daripada individu yang ada pengalaman dalam temuduga SPA
  2. Anda sendiri boleh buat dan mengadakan siri sesi temuduga kerajaan versi anda sendiri. Dengan harapan anda familiar dan membiasakan diri apabila menghadapi situasi sebenar temuduga kerajaan nanti, begitu juga soalan-soalan yang diajukan. Hilang rasa gugup dan berkeyakinan apabila berhadapan dengan panel penemuduga.
  3. Jika anda seorang kurang bergaul, bermasyarakat, bersosial. Anda masih belum terlambat. Biar malu sekarang, biar susah sekarang, biar gagal sekarang. Jangan gagal selamanya. Ingat pergaulan yang luas dapat meningkatkan daya dan kemahiran komunikasi antara satu sama lain mahupun dalam satu-satu komuniti. Samada formal ataupun tidak formal.
  4. Anda mesti yakin yang anda sebenarnya boleh. Yakin kepada diri sendiri.
  5. Doa dan Tawakkal
  6. Tidak kira apa fahaman politik anda sekalipun, anda mesti menyokong dasar dan kerajaan semasa ditemuduga.
  7. Apa yang perlu anda ikuti semasa berada dalam bilik temuduga :
  • Duduk apabila disuruh duduk oleh panel ditemuduga
  • Jangan menyilang kaki dan juga mengalihkan kerusi
  1. Buktikan yang anda sememangnya sangat berminat jika diberikan peluang untuk bekerja sebagai kakitangan kerajaan. Tunjukkan keyakinan dan semangat anda apabila panel penemuduga (biasanya akan ditanya pada sesi akhir temuduga, samada anda mahu katakan sesuatu nanti)
  2. Minta restu Ibu Bapa, minta mereka doakan kejayaan anda

Baca Juga

Cara Mengisi Permohonan SPA9 (Jawatan Kosong Kerajaan)

Untuk Pendaftaran SPA9 Klil Disini

Soalan Lazim Temuduga SPA  (Contoh Soalan Interview Yang Popular)

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *