PANDUAN PERMOHONAN PENDAFTARAN TASKA : TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK

PANDUAN PERMOHONAN PENDAFTARAN TASKA : TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK
Share Artikel Ini Di Media Sosial

PANDUAN PERMOHONAN PENDAFTARAN TASKA : TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK

Berikut adalah panduan permohonan pendaftaran TASKA untuk rujukan anda.

Baca Juga : PERMOHONAN BANTUAN KANAK-KANAK (BKK)

PENGENALAN

  1. Seksyen 4 Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak [Akta 308] memperuntukkan setiap taman asuhan kanak-kanak (TASKA) hendaklah didaftarkan. Untuk tujuan itu, permohonan pendaftaran TASKA hendaklah dibuat mengikut kehendak di bawah Akta 308 dan dengan cara yang ditentukan dalam Peraturan-Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak
  2. Seksyen 6 Akta 308 memperuntukkan bahawa tiada seorang pun boleh menjalankan atau mengambil bahagian dalam pengurusan suatu taman asuhan kanak-kanak yang tidak didaftarkan dibawah peruntukan-peruntukan Akta ini. Mana- mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan.
  3. Permohonan untuk mendaftarkan sesuatu taman asuhan kanak-kanak (TASKA) hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah dalam borang yang ditetapkan melalui mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) tempat TASKA itu Panduan ini disediakan untuk membantu memberi kefahaman mengenai perkara-perkara berkaitan dengan keperluan dan prosedur pendaftaran TASKA di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak [Akta 308].

 

NAMA AGENSI PENGAWAL SELIA INSTRUMEN PERATURAN

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

 

PUNCA KUASA

Punca kuasa bagi pendaftaran TASKA:

  • Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak [Akta 308].
  • Peraturan-Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak 2012
  • Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia Bilangan 3 Tahun 2010: Pelaksanaan Pendaftaran Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) di Peringkat Negeri

 

PENDAFTARAN TASKA

TASKA ditubuhkan bagi memberi perkhidmatan asuhan dan didikan awal kepada kanak-kanak di bawah 4 tahun. TASKA boleh dikendalikan sama ada oleh pihak swasta atau Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Seksyen 2 Akta 308 “taman asuhan kanak-kanak” ertinya mana-mana premis yang menerima masuk empat (4) orang atau lebih kanak-kanak di bawah umur empat (4) tahun dari lebih daripada satu isi rumah untuk dijaga dengan upah.

“Taman asuhan kanak-kanak berdaftar” ertinya suatu taman asuhan kanak- kanak yang didaftarkan di bawah seksyen 7.

Seksyen 5 Akta 308 memperuntukkan bahawa TASKA adalah didaftarkan mengikut empat (4) kategori seperti berikut:

1.TASKA Institusi

  • Menerima 10 orang atau lebih kanak-kanak dalam jagaan
  • Ditubuhkan atas inisiatif pihak swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO)

2.TASKA di Tempat Kerja

  • Menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaan
  • Ditubuhkan atas inisiatif majikan untuk kebajikan pekerja

3.TASKA Komuniti

  • Menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaan
  • Menerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri
  • Ditubuhkan atas inisiatif komuniti untuk manfaat kepada keluarga yang berpendapatan rendah di bandar dan luar bandar

4.TASKA di Rumah

  • Menerima 4 hingga 9 orang kanak-kanak dalam jagaan
  • Dijalankan di kediaman sendiri

Mana-mana orang/ pihak yang menyediakan atau menjalankan operasi TASKA (memenuhi tafsiran Seksyen 2) bertanggungjawab untuk mendaftarkan TASKA di bawah Akta TASKA 1984 [Akta 308].

 

PEMBATALAN PENDAFTARAN TASKA

Perakuan pendaftaran sesuatu TASKA boleh dibatalkan apabila berlaku apa- apa pelanggaran atau ketidakpatuhan kepada apa-apa peraturan atau syarat yang dikenakan, jika pengusaha TASKA telah disabitkan atas apa-apa kesalahan di bawah Akta 308 atau apa-apa kesalahan yang melibatkan fraud atau keburukan akhlak, dan jika pengusaha memohon supaya pendaftaran dibatalkan.

 

SASARAN PENGGUNA

 Panduan ini digunakan oleh mana-mana individu, perniagaan/ syarikat atau Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang hendak menjalankan/ mengendalikan operasi sesebuah TASKA.

 

BILA PERLU DIPOHON

Permohonan pendaftaran TASKA perlu dibuat sebelum sesebuah TASKA Pembaharuan pendaftaran perlu dibuat sebelum tempoh sah perakuan pendaftaran tamat.

 

KAEDAH PERMOHONAN – AKSES

Permohonan pendaftaran TASKA dibuat secara manual dengan hadir ke mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) di mana lokasi TASKA akan Senarai PKMD boleh dirujuk di portal JKM iaitu www.jkm.gov.my.

 

PIAGAM PELANGGAN (TEMPOH PEMPROSESAN)

Pendaftaran TASKA diproses dalam tempoh 21 hari bekerja selepas dokumen permohonan pendaftaran lengkap diterima.

 

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN PENDAFTARAN TASKA

Pra Penubuhan

Pra penubuhan merupakan elemen penting dan perlu diberi perhatian sebelum sebuah TASKA ditubuhkan. Pengusaha/ pihak yang bercadang menubuhkan TASKA perlu membuat kajian serta perancangan berdasarkan maklumat yang disasarkan dalam pelbagai aspek seperti kumpulan sasar, kewangan, keperluan dan sambutan masyarakat setempat, pemilihan lokasi yang strategik, pemilihan premis, penyediaan perabot dan peralatan yang sesuai, pentadbiran TASKA, latihan dan kakitangan.

Pengusaha, pengurus dan penyelia juga hendaklah hadir dan lulus sijil Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA (KAP) yang diiktiraf oleh JKM.

 

Penubuhan

Syarat serta aspek yang perlu diteliti dan dipatuhi apabila membuat permohonan untuk mendaftarkan TASKA adalah:

Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/ Pendaftar Pertubuhan (ROS).

  • Mendaftarkan perniagaan/   syarikat    dengan   Suruhanjaya   Syarikat Malaysia (SSM) jika TASKA dibuka untuk tujuan perniagaan.

Memenuhi Standard Minimum JKM

1.Standard minimum yang ditetapkan seperti berikut perlu dipatuhi:

2.Pengusaha hendaklah merupakan:

  • seorang individu yang bertaraf warganegara Malaysia, berumur 18 tahun dan ke atas, dan telah lulus Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak/ Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA (KAAK/KAP), atau
  • salah seorang pengarah daripada sebuah pertubuhan perbadanan ialah warganegara Malaysia, berumur 18 belas tahun dan ke atas, dan telah lulus KAAK/KAP; atau
  • salah seorang rakan kongsi daripada sebuah perkongsian ialah warganegara Malaysia, berumur 18 belas tahun dan ke atas, dan telah lulus KAAK/KAP; atau
  • salah seorang pemegang jawatan daripada sebuah pertubuhan ialah warganegara Malaysia, berumur 18 belas tahun dan ke atas, dan telah KAAK/KAP.

3.Pengasuh merupakan warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke

4.Pengusaha, pengurus, penyelia hendaklah lulus sijil KAAK/KAP yang diiktiraf oleh Manakala, pengasuh kanak-kanak di TASKA hendaklah mempunyai sijil hadir dan lulus Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK) atau Kursus Asuhan PERMATA dalam tempoh 12 bulan bekerja.

5.Mematuhi nisbah kanak-kanak dengan ruang lantai iaitu 2.5 meter persegi bagi seorang kanak-kanak di TASKA Rumah atau 3.5 meter persegi bagi seorang kanak-kanak di TASKA Institusi; Tempat Kerja dan

6.Menyedia dan mempamerkan jadual menu makanan yang seimbang dan jadual aktiviti harian mengikut peringkat umur kanak-kanak.

7.Mempunyai kemudahan peralatan dan perabot yang sesuai, selamat dan mencukupi bagi keperluan kanak-kanak.

8.Menyedia dan menyenggara rekod-rekod di TASKA

9.Menjaga kebersihan dan keselamatan di dalam dan luar premis TASKA

10.Apa-apa syarat lain yang difikirkan patut dan sesuai oleh Ketua Pengarah atau Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri

Nisbah pengasuh dengan kanak-kanak

hendaklah mencukupi seperti Jadual berikut:

Umur (Tahun) Kanak-Kanak

Normal

Kanak-Kanak

OKU

Lahir – 1 tahun
  • 1:3
  • 2:3
1 tahun ke atas – 3 tahun
  • 1:5
  • 2:5
3 tahun ke atas – 4 tahun
  • 1:10
  • 3:10

Mendapat Sokongan/ Kelulusan daripada Agensi Teknikal

  • Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  • Jabatan Bomba dan Penyelamat
  • Jabatan Kesihatan; dan
  • Jabatan Tanah dan Survei (bagi negeri Sarawak sahaja)

PROSEDUR PERMOHONAN PENDAFTARAN TASKA

Pra Pendaftaran

  • Mendapatkan konsultasi daripada Pegawai Diberi Kuasa (PDBK) TASKA di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berhampiran serta Borang Permohonan Pendaftaran TASKA (Borang A, Jadual Pertama, Peraturan 4, Peraturan-Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak 2012) dan Senarai Semak Permohonan Pendaftaran TASKA
  • Membuat pendaftaran dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pendaftar Pertubuhan (ROS).
  • Mengemukakan permohonan kepada Agensi Teknikal untuk sokongan/kelulusan

 

Pendaftaran Baru

  • Mengemukakan permohonan dengan menggunakan Borang Permohonan Pendaftaran TASKA berserta dokumen sokongan yang lengkap kepada Pegawai Diberi Kuasa (PDBK) TASKA di Pejabat Kebajikan Masyarakat (PKMD).
  • Pemeriksaan ke premis akan dijalankan oleh Pegawai Diberi Kuasa (PDBK) TASKA
  • Bayaran fi pendaftaran sebanyak 00 bagi TASKA di Rumah dan RM250.00 bagi TASKA Institusi, TASKA di Tempat Kerja dan TASKA Komuniti setelah permohonan TASKA disemak dan didapati lengkap.
  • Permohonan akan diproses oleh Pegawai Diberi Kuasa (PDBK) TASKA
  • Permohonan akan disokong oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) jika memenuhi standard minimum JKM
  • Permohonan yang lengkap akan dikemukakan kepada Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri untuk kelulusan.
  • Jika tiada kuiri dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri permohonan pendaftaran akan didaftarkan dan Perakuan Pendaftaran akan dikeluarkan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri bagi tempoh sah lima (5) Tahun
  • Sebarang pembetulan terhadap sijil perakuan pendaftaran hendaklah dimaklumkan secara bertulis, dalam tempoh 14 hari.
  • Carta Alir Permohonan Pendaftaran Pusat Jagaan seperti di Lampiran 1
  • Senarai keperluan/ maklumat yang perlu dikemukakan (Senarai Semak) seperti di Lampiran 2

 

Pendaftaran Semula

  • Prosedur untuk permohonan pendaftaran semula adalah sama seperti pendaftaran baru. Pengusaha diminta mengambil tindakan berkaitan pendaftaran semula tiga (3) bulan sebelum tempoh sah Perakuan Pendaftaran tamat

 

Selepas Pendaftaran

  • Pemantauan akan dilakukan oleh PDBK TASKA pada bila-bila masa bagi memastikan sentiasa TASKA sentiasa mematuhi Akta dan Peraturan yang berkuatkuasa
  • TASKA yang berdaftar dengan JKM juga akan dimaklumkan tentang inisiatif dan arahan baru Kerajaan dari semasa ke semasa

 

SENARAI PEMBAYARAN

BIL ITEM FI (RM) KAEDAH PEMBAYARAN
1. Fi bayaran pendaftaran bagi tempoh lima (5) tahun

  • TASKA di Rumah
  • TASKA Institusi
  • TASKA di Tempat Kerja
  • TASKA Komuniti
  • RM50.00
  • RM250.00
  • Wang Pos/ Bank Draf/ Tunai

 

KEPUTUSAN YANG DIKELUARKAN KEPADA PEMOHON

  • Setelah sesuatu TASKA itu didaftarkan/ diluluskan, Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri akan mengeluarkan satu Perakuan Pendaftaran TASKA kepada pengusaha
  • Keputusan permohonan pendaftaran TASKA akan dimaklumkan kepada pengusaha melalui surat oleh Pejabat Kebajikan Masyarakat (PKMD).

 

RUJUKAN

  • Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak [Akta 308].
  • Peraturan-Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak 2012
  • Peraturan-Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak (Pengkompaunan Kesalahan) 2011
  • Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia Bilangan 3 Tahun 2010: Pelaksanaan Pendaftaran Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) di Peringkat Negeri.
  • Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia Bilangan 1 Tahun 2015: Pelaksanaan Pemasangan Kamera Litar Tertutup (CCTV) di Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) Yang Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat

 

PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI

 Pertanyaan bagi perkara ini boleh dibuat dengan menghubungi:

  • Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri/ Daerah yang berdekatan melalui Portal Rasmi JKM (jkm.gov.my) > Hubungi Kami; atau
  • Ibu Pejabat JKM di talian 03-8000 8000; atau
  • Talian Kasih 15999 / 019-2615999 (WhatsApp)

 

SENARAI LAMPIRAN

  • Lampiran 1: Carta Alir Permohonan Pendaftaran TASKA
  • Lampiran 2: Senarai Semak Permohonan Pendaftaran TASKA
  • Lampiran 3: Contoh Pengisian Borang Permohonan Pendaftaran TASKA

LAMPIRAN 1

LAMPIRAN 2

  • SENARAI KEPERLUAN/ MAKLUMAT YANG PERLU DIKEMUKAKAN (SENARAI SEMAK PERMOHONAN PENDAFTARAN TASKA)
BIL PERKARA
1. Borang Permohonan Pendaftaran TASKA
2. Sijil Pendaftaran Syarikat/Perniagaan (SSM)/ Pertubuhan (ROS)
 

 

3.

Mengemukakan surat sokongan / kelulusan daripada agensi teknikal

  • Pihak Berkuasa Tempatan
  • Jabatan Bomba dan Penyelamat
  • Jabatan Kesihatan
  • Jabatan Tanah dan Survei (bagi Sarawak sahaja)
4. Pelan ruang lantai dan pengiraan keluasan ruang dengan kanak-kanak (dalam meter persegi)
 

5.

Jadual Menu Harian Kanak-Kanak mengikut peringkat umur

  • Lahir hingga 1 tahun
  • 1 tahun hingga 3 tahun
  • 3 tahun hingga 4 tahun
6. Jadual Aktiviti Penglibatan Ibu Bapa
7. Senarai nama kanak-kanak (Nama, Umur, Jantina, No. My Kid)
8. Senarai pengurus, penyelia dan pengasuh kanak-kanak
9. Pelan Lokasi TASKA (termasuk koordinat GPS latitud dan longitud)
 

 

10.

Dokumen sokongan lain seperti:

  • Salinan Sijil Lulus KAAK/Kursus Asuhan PERMATA
  • Salinan Sijil Kehadiran Kursus Asuhan PERMATA
  • Salinan pemeriksaan kesihatan dan suntikan yang disyorkan oleh Jabatan Kesihatan
 

11.

Fi pendaftaran (RM250 – TASKA Institusi, TASKA di Tempat Kerja dan TASKA Komuniti/ RM50 – TASKA di Rumah)

Tunai/ Wang Pos/ Bank Draf kepada “PENGARAH KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI…. ” (Negeri di mana premis TASKA didaftarkan)

12. Peraturan TASKA
13. Bukti Pemasangan Kamera Litar Tertutup (CCTV) di TASKA (kecuali TASKA di Rumah) selaras dengan arahan Pekeliling KPKM Bil. 1/2015

LAMPIRAN 3

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *