Panduan Asas Mencandat Sotong

Panduan Asas Mencandat Sotong
Share Artikel Ini Di Media Sosial

Panduan Asas Mencandat Sotong

Bagi mereka yang masih amatur dan sedang berkira-kira ingin mencuba trip mencandat sotong, anda boleh mengikuti panduan asas mencandat sotong yang kami sediakan untuk panduan anda.

 

baca Juga : Penyakit Ikan Air Tawar dan Cara Rawatan

Tentukan Musim Sotong Telah Tiba

Pertama sekali dapatkan info ketibaan musim sotong. Walaupun secara amnya musim sotong bermula dari bulan April hingga September setiap tahun, namun sotong juga ada masalah untuk mengekalkan musimnya.

 

Pastikan Rehat Yang cukup

Pastikan tidur dan rehat yang cukup jika anda mengikuti trip perjalanan yang jauh. Terutamanya jika anda mudah mabuk laut. Tambah pula perairan Terengganu yang lazimnya menjadi port mencandat sotong juga popular dengan alun ombaknya.

 

Kenalpasti Tekong candat

Sebaiknya carilah tekong yang memiliki reputasi yang baik walaupun tidak memiliki kemudahan bot yang baik. Tidak semestinya bot yang lengkap dengan gps dan sonar bagi mengesan lubuk sotong berakhir dengan keputusan trip yang cemerlang.

 

Sediakan Peralatan candat

Gunakan peralatan yang sesuai untuk mencandat. Jika menggunakan joran dan kekili, sebaiknya guna set sederhana dan jika menggunakan koyan, sebaiknya tali koyan berdiameter tebal agar tidak bersimpul dan memedihkan tangan. 4

 

Teknik candat

Cara mencandat sotong adalah mengunjun candat sehingga ke dasar laut. Batu ladung atau candat twist yang digunakan sebagai pemberat dibiarkan di dasar, hanya tali pancing dihenjutkan dengan cara mengendur dan menegangkannya.

Apabila terasa sesuatu yang berat, tarik atau gulung tali secara sederhana.

Lebihkan usaha Dan Jangan Mudah Berputus Asa

Jika menggunakan candat mayat atau candat apollo, sebaiknya cubalah candat pelbagai warna dan perhatikan candat yang mana lebih disukai oleh sotong.

Jika candat mayat atau candat udang kurang disukai oleh sotong, cuba pula candat umpan yang menggunakan umpan ikan.

 

Teknik karauan

Apabila candat mengena sotong, jangan karau atau gulung tali dengan laju dan kasar. Jangan juga terlalu perlahan hingga sotong mampu meloloskan diri.

Tarik secara bertenang dan apabila sotong muncul di permukaan air, biarkan ia memuntahkan dakwatnya sebelum mendaratkannya ke dalam bot.

 

Sediakan Tong simpanan

Biarkan sotong yang berjaya dinaikkan mati sebelum memasukkannya ke dalam tong ais. Sekiranya ada tangkapan selain sotong, sebaiknya asingkan sotong dan ikan kerana kualiti dan rasa ikan akan terjejas.

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *