PAKEJ 5G RAHMAH : TELEFON DAN INTERNET UNTUK RAKYAT

PAKEJ 5G RAHMAH : TELEFON DAN INTERNET UNTUK RAKYAT
Share Artikel Ini Di Media Sosial

PAKEJ 5G RAHMAH : TELEFON DAN INTERNET UNTUK RAKYAT

Tahukah anda tentang pakej 5G Rahmah? Kerajaan Perpaduan serius dalam usaha merapatkan jurang digital serta memastikan rakyat mendapat internet berkualiti pada harga berpatutan.Hari ini Kementerian Komunikasi dan Digital telah mengumumkan pakej perkhidmatan internet terlajak murah berbanding pakej sedia ada di pasaran!

Baca juga : PAKEJ RAHMAH ALLO :INTERNET RAHMAH (RM69 UNLIMITED)

APA ITU PAKEJ 5G RAHMAH

Pakej 5G rahmah adalah pakej perkhidmatan internet dan pembelian telefon pintar dengan internet berkelajuan tinggi. Rakyat Malaysia kini boleh menikmati Pakej 5GRAHMAH iaitu pakej telefon pintar 5G pelan data dengan harga telefon pintar jenama Samsung A14 5G dan Honor 90 Lite 5G serendah RM240.00 sempena Bulan Kebangsaan.

Pakej ini turut beserta pelan data sebanyak 60GB pada harga RM60.00 sebulan.

 

SIAPA YANG AKAN MENERIMA MANFAAT PAKEJ 5GRAHMAH?

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, berkata bagi golongan B40, sejumlah 100,000 pelanggan terawal akan menikmati Pakej 5GRAHMAH dengan harga telefon pintar serendah RM120.00.

Ini juga selari dengan visi dan kerangka Ekonomi MADANI yang turut memberi fokus kepada inisiatif mengurangkan beban ekonomi rakyat.

Beberapa info mengenai pakej ini:

  • Telefon jenama Samsung A14 5G & Honor 90 Lite 5G berharga RM240 dengan pelan data 60GB pada harga RM60 sebulan (untuk semua rakyat).
  • 100,000 pelanggan terawal akan nikmati Pakej 5GRahmah dengan harga telefon serendah RM120 (untuk B40).
  • Rebat RM10 sebulan Insentif Postpaid Rahmah Penjawat Awam.
  • Pakej ini turut menawarkan tempoh waranti dua tahun berbanding hanya satu tahun sebelum ini

KELEBIHAN PAKEJ 5GRAHMAH

Berikut adalah merupakan antara kelebihan sifat utama teknologi 5G iaitu:

  • Kelajuan internet yang tinggi
  • Kadar lengahan yang rendah (1milisaat)
  • Mampu menghubungkan lebih banyak peranti bagi setiap 1 km persegi
  • Harga yang Murah

 

 TARIKH MULA PEMBELIAN ATAU PENDAFTARAN PAKEJ 5G-RAHMAH 

Pakej ini akan berada di pasaran bermula 31 Ogos 2023.

 

CARA PERMOHONAN PAKEJ 5G RAHMAH

Sebarang makluman terkini berkenaan cara permohonan akan dimaklumkan oleh pihak Kementerian Komunikasi (KKD) dan Digital serta telco yang terlibat.

 

CARA DAFTAR PAKEJ RAHMAH

Juga Sebarang makluman terkini berkenaan cara pendaftaran akan dimaklumkan oleh pihak Kementerian Komunikasi (KKD) dan Digital serta telco yang terlibat.

 

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kenyataan media lengkap oleh Kementerian Komunikasi dan Digital dalam lampiran di bawah.

ATAU

Ikuti media sosial KKD untuk maklumat terkini tentang tawaran ini :

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *