NO BIL e-BILLING LHDN: Semak Nombor Bil Untuk Bayaran Cukai

NO BIL e-BILLING LHDN: Semak Nombor Bil Untuk Bayaran Cukai
Share Artikel Ini Di Media Sosial

NO BIL e-BILLING LHDN: Semak Nombor Bil Untuk Bayaran Cukai

Artikel ini akan memberi maklumat mengenai No Bil e-Billing LHDN untuk rujukan anda para pembayar cukai.

Pihak LHDN telah memperkenalkan sistem e-Billing bagi urusan pembayaran cukai kepada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Malah, pada awal tahun 2023 yang lalu Kerajaan telah mengumumkan kewajipan menggunakan “Nombor Bil” sebagai sebagai rujukan mandatori bagi urusan pembayaran semua jenis cukai langsung kecuali bayaran Potongan Cukai Bulanan (PCB) dan Duti Setem.

Namun demikian, dalam tempoh peralihan kepada penggunaan Nombor Bil ini, Nombor Pengenalan Cukai (TIN) atau Nombor Rujukan Cukai masih boleh digunakan dalam urusan pembayaran cukai langsung yang berkaitan sehingga 30 Jun 2023.

Baca Juga : Semakan Transaksi Percukaian e-Lejar LHDN (Manfaat Dan Cara Muat Turun)

CARA SEMAK NO BIL UNTUK e-BILLING LHDN

  1. Nombor Bil bagi tujuan bayaran boleh diperolehi melalui laman web MyTax di https://mytax.hasil.gov.my .
  2. Pengguna perlu memasukkan maklumat mengikut “Jenis Pengenalan” dan Kata Laluan bagi tujuan daftar masuk ke sistem MyTax.
  3. Melalui menu e-Billing bawah Perkhidmatan ezHasil akan
    memaparkan pilihan menu Paparan Bil Pembayar Cukai, Paparan Bil Majikan dan Janaan Bil.
  4. Menu Paparan Bil Pembayar Cukai dan Paparan Bil Majikan akan memaparkan bil-bil yang perlu dijelaskan oleh pihak pembayar cukai.
  5. Skrin Paparan Bil Pembayar Cukai dan Paparan Bil Majikan akan memaparkan menu-menu berikut
    • Paparan Bil
    • Surat/ Notis Tuntutan
    • Bil Ansuran
    • Rekod Transaksi
    • Bil Majikan
  6. Menu Janaan Bil adalah bertujuan untuk menjana Nombor Bil secara manual melibatkan jenis cukai berikut:
    • Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (LBATA)
    • Borang Nyata Cukai Pendapatan Manual (BNCP)

CARA LIHAT PAPARAN BIL

Melalui menu e-Billing bawah Perkhidmatan ezHasil, menu Paparan
Bil dalam pilihan menu Paparan Bil Pembayar Cukai adalah bertujuan untuk memudahkan pembayar cukai membuat bayaran menggunakan Nombor Bil yang telah sedia dijana oleh sistem LHDNM.

  1. Klik pada e-Billing
  2. Menu Paparan Bil akan memaparkan jenis-jenis bil berikut:
    • Bil Anggaran Cukai
      • Anggaran Cukai CP204/ CP500/ CP250
    • Bil Cukai
      • Cukai Pendapatan
      • Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT)
      • Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (LBATA)
      • Kenaikan Cukai
      • Kompaun
    • Bil Pemeroleh Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT)
    • Bil Cukai Penghibur Awam
    • Bil Cukai Pegangan

 

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mngenai No bil e-Billing LHDN, boleh hubungi pegawai yang bertugas melalui salah satu cara berikut:

  1. Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara)
  2. b) HASiL Live Chat
  3. c) Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *