NO AKAUN BIL AIR SELANGOR : CARA SEMAK 

NO AKAUN BIL AIR SELANGOR : CARA SEMAK 
Share Artikel Ini Di Media Sosial

NO AKAUN BIL AIR SELANGOR : CARA SEMAK

Tahukah anda cara semak no akaun bil air Selangor? Kini semuanya boleh di lakukan secara online sahaja apabila Air Selangor telah mewujudkan portal atas talian dan juga aplikasi untuk kemudahan Pengguna. Dengan aplikasi ini juga, anda boleh membuat penukaran hak milik akaun secara online. Dan yang paling penting, anda boleh tahu di mana kawasan yang terjejas bekalan air dengan lebih senang. Izinkan kami berkongsi.

APA ITU AIR SELANGOR?

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. atau Air Selangor (dahulu dikenali sebagai Syarikat Bekalan Air Selangor atau SYABAS) ialah sebuah syarikat konsesi air milik Kerajaan Negeri Selangor yang bertanggungjawab menawarkan perkhidmatan pembekalan air di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

CARA SEMAK NO AKAUN BIL AIR SELANGOR

Untuk menyemak no akaun, apa yang anda perlukan hanyalah bil air anda. Di situ tertera no akaun anda. Tapi macam mana kalau bil anda hilang? Apa yang perlu dibuat senang sahaja.

  • Hubungi pihak Air selangor di talian 15300 atau hantarkan private message kepada mereka di facebook Air Selangor.
  • Hantarkan masalah anda bersama no meter, alamat penuh dan no kad pengenalan pemilik akaun. Mereka akan membantu memberikan no akaun anda. Mudah sahaja.

CARA DAFTAR APLIKASI AIR SELANGOR 

Sekarang dah ada no akaun, lagi senang jika anda ada aplikasi Air Selangor kan? Berikut ialah langkah-langkah untuk mendaftar aplikasi Air Selangor:

  1. Muat turun aplikasi Air Selangor di Google Playstore atau App Store.
  2. Tick I Agree.
  3. Masukkan butiran yang diperlukan iaitu:
    • Nama penuh
    • Email
    • Nombor telefon
    • Nombor kad pengenalan
  4. Masukkan kata laluan anda.
  5. Tekan Sign Up.
  6. Kod pengesahan akan dihantar pada nombor telefon yang didaftar. Masukkan kod pengesahan tersebut pada ruang yang disediakan.

Selesai. Anda telah mempunyai akaun Air Selangor.

CARA DAFTAR AIR SELANGOR MELALUI LAMAN WEB

  • Pengguna perlu layari: PORTAL RASMI AIR SELANGOR
  • Kemudian klik pada ‘Sign Up‘ dan ambil perhatian pada beberapa ruangan yang perlu diisi seperti di bawah:
    1. Full Name: masukkan nama penuh anda, sama seperti yang terdapat pada kad pengenalan baru (MyKad) anda.
    2. Email Addres: Masukkan emel anda yang aktif dan boleh diakses.
    3. Mobile Phone Number: Terdapat dua ruangan untuk diisikan. Pertama sekali, di sebelah kiri, pilih kod negara untuk nombor telefon anda. Sekiranya kod negara ialah Malaysia, pilih +60. Kemudian, pada ruangan kedua, masukkan nombor telefon anda yang aktif dan boleh dihubungi.
    4. IC/Police/Military/Passport/Company Reg No: Masukkan nombor kad pengenalan baru (MyKad) anda tanpa tanda ‘-‘, ATAU nombor pengenalan polis/tentera ATAU nombor passport.
    5. Password: Masukkan password yang anda ingin gunakan untuk akaun anda. Password anda mestilah minimum 8 aksara dan alphanumeric (gabungan huruf kecil, huruf besar, nombor dan simbol)
  • Klik ‘Register’kemudian klik ‘Sign Up
  • Anda akan menerima SMS ke telefon bimbit anda yang mengandungi kod 6 digit.
  • Masukkan kod tersebut dalam ruangan ‘Profile Verification yang tertera’dan klik ‘Confirm’ sekiranya tiada SMS yang diterima, ‘Didn’t receive any SMS? Resend’
  • Dah selesai! Pendaftaran anda berjaya.

CARA BAYAR BIL AIR SELANGOR ONLINE

Terdapat beberapa cara untuk membayar bil air anda secara online. Anda boleh bayar menggunakan aplikasi Air Selangor, Air Selangor Customer Portal dan melalui email e-bil.

Kami akan kongsikan cara bayar bil air anda menggunakan aplikasi Air Selangor. Berikut adalah langkah-langkahnya:

  1. Login aplikasi bil air Selangor dengan memasukkan email dan kata laluan yang telah didaftar.
  2. Tekan Bill Payment.
  3. Masukkan no akaun bil air anda.
  4. Pilih bank untuk membuat pembayaran.
  5. Masukkan email anda pada Send Receipt To.
  6. Tekan Confirm.
  7. Online banking anda akan terpapar.
  8. Masukkan kod MSOS untuk mengesahkan proses pembayaran.
  9. Proses pembayaran akan dijalankan.
  10. Pembayaran selesai.

Selain itu, anda juga boleh membayar bil air anda di Pos Malaysia, stesen petrol terpilih dan kedai serbaneka 7-Eleven yang terpilih.

CARA BAYAR BIL AIR SELANGOR GUNA JOMPAY

Pembayaran bil air melalui JomPay juga mudah. Berikut adalah langkah-langkahnya:

  1. Login ke akaun bank anda.
  2. Tekan
  3. Tekan pada JomPay dan masukkan biller code iaitu 4200.
  4. Pada Ref 1, masukkan no akaun bil air anda.
  5. Masukkan no TAC yang dihantar pada akaun anda. Anda sudah membuat pembayaran bil air anda.

Baca Juga :

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *