MySALAM : DAFTAR DAN SEMAK KELAYAKAN ONLINE

MySALAM : DAFTAR DAN SEMAK KELAYAKAN ONLINE
Share Artikel Ini Di Media Sosial

MySALAM : DAFTAR DAN SEMAK KELAYAKAN ONLINE

Tahukah anda cara daftar skim MySalam? mySalam merupakan satu bantuan daripada kerajaan untuk memberikan skim takaful percuma buat individu yang tidak berkemampuan.Rakyat Malaysia yang menepati syarat kelayakan mySalam layak untuk mendapat bantuan ini.

APA ITU MySALAM

Skim mySalam merupakan satu inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh Kerajaan kepada individu yang layak. Objektif inisiatif ini adalah untuk menyediakan skim perlindungan kesihatan sosial bagi membantu golongan miskin mengatasi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit kritikal.

MANFAAT SKIM MySALAM

Berikut adalah merupakan manfaat skim ini iaitu:

  • Membantu golongan miskin mengatasi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit kritikal
  • Bayaran tunai RM8,000 dibayar sekali apabila peserta didiagnos dengan salah satu daripada 45 penyakit kritikal.
  • Bayaran tunai RM50 sehari hospitalisasi untuk maksimum 14 hari (tertakluk kepada klausa pengecualian)

SYARAT KELAYAKAN MySALAM

Seseorang itu layak untuk menerima manfaat daripada mySalam jika mereka memenuhi kriteria berikut:

MySalam

CARA SEMAK KELAYAKAN MySALAM

Semakan kelayakan Mysalam boleh dibuat dengan cara:

JENIS TUNTUTAN My SALAM

Berikut adalah merupakan jenis tuntutan melalui inisiatif ini iaitu:

  1. Tuntutan Penyakit Kritikal
  2. Tuntutan Hospitalisasi

KADAR BAYARAN My SALAM

Berikut adalah merupakan jumlah bayaran mengikut situasi iaitu:

  • Bayaran tunai RM8,000 dibayar sekali apabila peserta didiagnos dengan salah satu daripada 45 penyakit kritikal.
  • Bayaran tunai RM50 sehari hospitalisasi untuk maksimum 14 hari (tertakluk kepada klausa pengecualian, sila rujuk butang kelayakan untuk maklumat lanjut).

TARIKH PERMOHONAN TUNTUTAN MySALAM

Tuntutan untuk manfaat Hospitalisasi atau Penyakit Kritikal dibuka sehingga 30 Jun 2024, dengan syarat tarikh kemasukan ke hospital atau diagnosis penyakit kritikal berlaku semasa tempoh kelayakan (2019 hingga 2023)

CARA TUNTUTAN PENYAKIT KRITIKAL My SALAM

Kepada anda yang ingin membuat tuntutan penyakit kritikal, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari portal MySalam dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
  2. Klik ‘Muat turun Borang’ dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’, berdasarkan jenis penyakit kritikal
  3. Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’
  4. Log masuk kembali ke Mysalam dan klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Penyakit Kritikal’.
  5. Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik dokumen yang tersenarai seperti berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
    • Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
    • Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
  6. Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

CARA TUNTUTAN HOSPITALISASI My SALAM

Kepada anda yang ingin membuat tuntutan hospitalisasi, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari portal MySalam dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
  2. Klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Hospitalisasi’.
  3. Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik dokumen yang tersenarai seperti berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
    • Salinan Nota Discaj
    • Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
  4. Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

SENARAI PENYAKIT DILINDUNGI MySALAM

Ini adalah 45 senarai penyakit kritikal yang dilindungi di bawah skim mySalam

  1. Penyakit Alzheimer / Demensia Teruk
  2. Angioplasti dan rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronari
  3. Meningitis Bakteria – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
  4. Tumor Otak Benign – Keterukan Tertentu
  5. Buta – Kekal dan Tidak Boleh Pulih
  6. Pembedahan Otak
  7. Kanser – Keterukan Tertentu dan Tidak Melindungi Kanser Tahap Awal
  8. Kardiomiopati – Keterukan Tertentu
  9. Anemia Aplastik Kronik – Mengakibatkan Kegagalan Kekal Sumsum Tulang
  10. Koma – Mengakibatkan Defisit Neurologi Kekal dengan Simptom Klinikal yang Berterusan
  11. Pembedahan Pintasan Arteri Koronari
  12. Pekak – Kekal dan Tidak Boleh Pulih
  13. Ensefalitis – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
  14. Kegagalan Hati Tahap Akhir
  15. Penyakit Paru-Paru Tahap Akhir
  16. AIDS Dengan Gejala Penuh
  17. Hepatitis Viral Fulminan
  18. Serangan Jantung – Keterukan Tertentu
  19. Pembedahan Injap Jantung
  20. Jangkitan HIV Melalui Transfusi Darah
  21. Kegagalan Buah Pinggang – Memerlukan Dialisis atau Transplan Buah Pinggang
  22. Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)
  23. Hilang Keupayaan Bertutur
  24. Trauma Kepala Major (Teruk) – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
  25. Transplan Organ Utama/Sumsum Tulang
  26. Penyakit Neuron Motor – Defisit neurologi Kekal dengan Simptom Klinikal Berterusan
  27. Sklerosis Multipel
  28. Distrofi Otot
  29. Kelumpuhan Anggota
  30. Penyakit Parkinson – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
  31. Hipertensi Arteri Pulmonari Primer – Keterukan Tertentu
  32. Penyakit Arteri Koronari Serius
  33. Strok/Angin Ahmar – Mengakibatkan Defisit Neurologi Kekal dengan Simptom-Simptom Klinikal Berterusan
  34. Pembedahan Aorta
  35. Lupus Eritematosus Sistemik Dengan Komplikasi Buah Pinggang Yang Teruk
  36. Kelecuran Tahap Ketiga – Keterukan Tertentu
  37. Virus Kurang Daya Tahan Manusia (HIV) dijangkiti melalui Pekerjaan
  38. Penyakit Terminal (Membawa Maut)
  39. Penyakit Sistik Medular
  40. Sindrom Apallic (iaitu Keadaan Vegetatif Berterusan)
  41. Poliomielitis
  42. Skleroderma Progresif
  43. Keradangan Pankreas Berulang dan Kronik
  44. Elefantiasis (Penyakit Untut)
  45. Penyakit Creutzfeldt-Jakob (Penyakit Lembu Gila)

CARA MOHON MySALAM

Perlu diingat bahawa tiada permohonan perlu dibuat untuk mySalam 2024. Untuk senarai penerima terkini, ianya adalah berdasarkan penerima dan pasangan yang menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) tahun 2020 dan juga Sumbangan Tunai Rakyat STR 2023.

BACA JUGA :

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *