MYKAD 12 TAHUN : CARA PERMOHONAN 

MYKAD 12 TAHUN : CARA PERMOHONAN 
Share Artikel Ini Di Media Sosial

MYKAD 12 TAHUN : CARA PERMOHONAN

Tahukah anda cara permohonan mykad untuk kanak-kanak 12 tahun? Mengikut Peraturan 3, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007)  setiap kanak-kanak yang telah mencapai umur 12 tahun dan bertaraf Warganegara wajib mendaftar untuk mendapatkan Kad Pengenalannya.

SYARAT PERMOHONAN MYKAD UNTUK KANAK-KANAK 12 TAHUN

1.Pemohon mestilah telah berumur genap 12 tahun tetapi belum mencapai umur 16 tahun.

2.Pemohon mestilah hadir bersama Penganjur :

  • Ibu atau Bapa; atau
  • Penjaga (Penjaga adalah datuk atau nenek atau ibu saudara atau bapa saudara atau kakak atau abang yang berusia melebihi 21 tahun).

3.Borang Permohonan JPN.KP01 (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.

4.Pemohon mestilah membuat permohonan dalam tempoh 30 hari dari tarikh genap berumur 12 tahun. Jika tidak, bayaran proses akan dikenakan.

5.Sekiranya penganjur adalah selain daripada kategori di atas perlu mengemukakan surat akuan berkanun dan surat pengesahan penjagaan pemohon dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hendaklah dibawa bersama.

 

PROSEDUR PERMOHONAN MYKAD

Pemohon dikehendaki datang ke Kaunter JPN bersama Penganjur dan membawa dokumen asal yang perlu dikemukakan.

 

DOKUMEN YANG DI PERLUKAN UNTUK PERMOHONAN MYKAD  (ORIGINAL/ ASAL)

1.DOKUMEN PEMOHON (ASAL)

  • Sijil Kelahiran atau Sijil Anak Angkat atau Sijil Warganegara atau Pengesahan Taraf Warganegara atau Borang Warganegara atau Lampiran A (JAKOA).
  • Pasport bagi pemohon yang menetap di luar negara.

2.DOKUMEN PENGANJUR (ASAL)

  • Kad Pengenalan Penganjur (Ibu Atau Bapa Atau Penjaga)
  • Penjaga yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan, perlu mengemukakan surat akuan berkanun dan surat pengesahan penjagaan pemohon dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hendaklah dibawa bersama.
  • Pasport negara asal penganjur bagi yang Bukan Warganegara.

3.DOKUMEN SOKONGAN

  • Sekiranya alamat tidak selaras dengan alamat penganjur, perlu mengemukakan Bil elektrik /bil air / bil pembentungan / bil utiliti / cukai pintu / cukai taksiran / borang taksiran cukai pendapatan/ perjanjian jual beli rumah/ perjanjian atau resit sewa rumah / dokumen sokongan dari Penghulu/ Ketua Kampung/ Tuai Rumah / ADUN / Ahli Parlimen / Majikan/ Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau lain-lain dokumen seumpamanya. (ASAL ATAU SALINAN YANG DISAHKAN)

 

KADAR BAYARAN / FI

Bayaran Kerana Lewat Memohon Kad Pengenalan(MyKad) Bagi Kanak-Kanak 12 Tahun (WARGANEGARA)

Permohonan Kad Pengenalan(MyKad) bagi kanak-kanak mencapai usia 12 tahun yang tidak memohon dalam tempoh 30 hari dari tarikh usia genap 12 tahun akan dikenakan bayaran proses.

Jadual Pembayaran 1A

Umur Bayaran Permohonan (RM) Bayaran Proses (RM) Jumlah Bayaran (RM)
12 tahun hingga 12 tahun 30 hari
12 tahun 30 hari hingga 13 tahun 10.00 10.00
13 tahun 1 hari hingga 14 tahun 10.00 10.00
14 tahun 1 hari hingga 15 tahun 10.00 10.00
15 tahun 1 hari hingga 16 tahun 10.00 10.00

Baca Juga :

REVOLUSI MYKAD DI MALAYSIA : KAD PENGENALAN KEPADA MYKAD

SEJARAH MYKAD DI MALAYSIA : KAD PENGENALAN

SENARAI FUNGSI MYKAD : CIRI KESELAMATAN

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *