CARA MOHON LESEN MURAI BATU (MEMBURU/MENYIMPAN)

CARA MOHON LESEN MEMBURU/MENYIMPAN MURAI BATU
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA MOHON LESEN MURAI BATU (MEMBURU/MENYIMPAN)

CARA MOHON LESEN MEMBURU/MENYIMPAN MURAI BATU

Sebelum mengentahui cara mohon lesen murai batu, kenali dlu spesis murai batu ini.Murai batu termasuk didalam spesies hidupan liar yang dilindungi yang disenaraikan di bawah Jadual Pertama dan Kedua Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] dan spesies yang disenaraikan di bawah Jadual Ketiga Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 [Akta 686]. Jadual spesies ini boleh dirujuk di Senarai Spesies Di Bawah Jadual Akta 716.

 

Untuk Memburu atau menyimpan spesis burung ini, anda hendaklah mendapatkan lessen terlebih dahulu.

 

Apakah jenis-jenis lesen yang dikeluarkan oleh Jabatan PERHILITAN?

Jabatan PERHILITAN mengeluarkan beberapa jenis lesen berdasarkan aktiviti dan  spesies yang dipohon. Pada lazimnya lesen dikeluarkan bagi aktiviti memburu, mengambil, menyimpan, memungut, menjalankan urusan berniaga, menjalankan perniagaan taksidermi, mengimport, mengeksport atau mengeksport semula hidupan liar yang dilindungi (termasuklah bahagian atau terbitan hidupan liar).

 

Permohonan lesen boleh dibuat di pejabat PERHILITAN Negeri. Sila rujuk alamat PERHILITAN Negeri yang berkenaan.

 

 

 Baca Juga :SENARAI IKAN LARANGAN UNTUK DILEPASKAN DI MALAYSIA

Cara Permohonan Lesen / Permit Memburu Burung Wak–Wak (Ruak – Ruak)

CARA MOHON LESEN MEMBURU/MENYIMPAN MURAI BATU

Bagaimana Cara Mohon Lesen?

Untuk makluman, pengeluaran lesen untuk menangkap spesis ini tertakluk kepada Perintah Pemuliharaan Hidupan Liar (Musim Terbuka, Kaedah, Masa Memburu) 2014. Pengeluaran lesen menangkap juga adalah mengikut kuota yang dibenarkan. Untuk maklumat lanjut, klik Perintah Pemuliharaan Hidupan Liar (Musim Terbuka, Kaedah, Masa Memburu) 2014.

 

1.Cabutan Undi

  • Oleh kerana permohonan untuk mendapatkan lesen memburu terlalu banyak, Jabatan Perhilitan Negeri telah meghadkan jumlah keluaran lesen bagi tempoh tertentu
  • Untuk berlaku adil kpd semua pemohon, Jabatan Perhilitan Negeri akan membuat cabutan undi untuk menentukan siapa yg layak memohon
  • Boleh rujuk Jabatan Perhilitan Negeri untuk Tarikh cabutan Undi
  • Hanya yang berjaya shj akan dibenarkan membuat permohonan lesen memburu murai batu

 

2.Memohon Lesen Memburu Murai Batu

  • Bagi yang menang cabutan undi, mereka boleh terus memohon lesen memburu
  • Dapatkan borang untuk lesen memburu murai batu
  • Borang boleh di muat turun di BORANG PERMOHONAN
  • Setelah Lesen memburu diluluskan, anda telah dibenarkan utk memburu

 

3.Memohon Lesen Memiliki/Menyimpan Murai Batu

  • Hanya yang diluluskan lesen memburu shj dibenarkan memohon lesen memiliki/Menyimpan Murai batu
  • Setelah anda mendapatkan hasil buruan murai batu, barulah anda boleh memohon lesen untuk memiliki pula.
  • Permohonan lesen boleh di buat di Pejabat Perhilitan Negeri yang mengeluarkan lesen memburu.

 

 

 

Bolehkah saya membeli Murai Batu dan Kelicap Kunyit di kedai peliharaan haiwan?

Untuk makluman spesies burung Murai Batu dan Kelicap Kunyit hanya dikeluarkan lesen menyimpan setelah burung tersebut berjaya ditangkap dengan kelulusan lesen menangkap terlebih dahulu. Spesies ini tidak dibenarkan diniagakan walaupun oleh peniaga berlesen.

 

 

Apa saya perlu buat apabila hidupan liar yang saya pelihara itu mati?

Sila maklumkan serta merta dan pulangkan lesen berkenaan kepada pejabat PERHILITAN negeri yang mengeluarkan lesen menyimpan tersebut.

 

Berapakah Fi lesen yang perlu saya bayar?

Jabatan PERHILITAN mengeluarkan beberapa jenis lesen berdasarkan aktiviti dan  spesies yang dipohon. Pada lazimnya Fi yang dikenakan adalah berdasarkan jenis lesen dikeluarkan bagi aktiviti memburu, mengambil, menyimpan, memungut, menjalankan urusan berniaga, menjalankan perniagaan taksidermi, mengimport, mengeksport atau mengeksport semula hidupan liar yang dilindungi (termasuklah bahagian atau terbitan hidupan liar).

Sila rujuk PeraturanFi Lesen, Permit dan Permit Khas 2013dan Pindaan 2013 yang berkenaan.

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *