MODAL MENJADI EJEN HARTANAH : MODAL PERMULAAN DAN KELENGKAPAN 

MODAL MENJADI EJEN HARTANAH : MODAL PERMULAAN DAN KELENGKAPAN 
Share Artikel Ini Di Media Sosial

MODAL MENJADI EJEN HARTANAH : MODAL PERMULAAN DAN KELENGKAPAN

Tahukah anda berapa modal untuk menjadi ejen hartanah? Agent hartanah ni adalah mereka yang ada kelulusan dalam bidang hartanah. Boleh jadi sijil, diploma atau graduan. Mereka kemudian buat buat praktikal 2 tahun dan ditemuduga oleh Lembaga Penilai Pentaksir Dan Agent Hartanah. Bila lulus tu mereka dapat lesen dan boleh buka agensi hartanah. Perunding hartanah pula dilantik oleh Agent hartanah untuk menjalankan transaksi jual beli hartanah. Boleh kata macam pembantu ejen la. Bila perunding hartanah jual rumah, komisyen akan dibahagi antara mereka dan agensi.

ADAKAH EJEN HARTANAH MEMPUNYAI GAJI TETAP?

Untuk makluman anda, sebagai ejen hartanah, anda tidak akan mempunyai gaji basic atau pendapatan tetap. Pendapatan hakiki seorang perunding hartanah adalah melalui komisen jualan atau sewaan rumah. Namun sekiranya anda berminat dalam bidang hartanah dan ingin mempunyai gaji yang tetap, mungkin boleh sertai syarikat pemaju hartanah.

Dengan menyertai syarikat Pemaju mungkin anda akan di bayar gaji bulanan dan komisen untuk setiap jualan. Keburukannya, anda hanya boleh jual produk pemaju tersebut sahaja. Dan potensi pendapatan anda tak setinggi Agent yang bekerja bawah agensi hartanah.

MODAL UNTUK MENJADI EJEN HARTANAH

Untuk menjadi ejen hartanah ni kena ada modal juga. Untuk permulaan kos yang diperlukan adalah untuk hadir ke kursus perunding hartanah. Kursus ni harganya lebih kurang RM600.

Kemudian anda akan daftar dengan agensi. Biasanya fi yang dikenakan dalam lingkungan RM100 ke RM500 bergantung kepada agensi.

Fi ni adalah untuk latihan permulaan dan juga kelengkapan seperti business card, banner, t-shirt, baju korporat dan lain-lain.

Anda juga kena ada bajet untuk pemasaran. Untuk memasarkan hartanah ni ada kos. Mudah.my contohnya mengenakan caj RM5 untuk setiap listing yang disenarai.

Mungkin untuk permulaan RM500 memadai untuk bajet pemasaran anda.

Pada masa yang sama, anda kena ada simpanan untuk sara hidup. Bajet sara hidup ni diperlukan untuk untuk 2-3 bulan pertama setelah anda mulakan kerjaya.

Anda mungkin perlukan masa untuk belajar buat jualan pada bulan pertama.

Jika anda berjaya menjual pada awal bulan kedua, tempoh sebulan lagi diperlukan untuk kes jualan anda tu lengkap. Akhir bulan kedua, anda akan terima komisyen.

Jadi pada pendapat saya, sediakan bajet secukupnya untuk anda tempuhi tempoh ni.

Secara keseluruhan, saya rasa bajet sekitar RM6,000 adalah selamat. Mahal? Mana ada. Cuba bandingkan kalau buka kedai makan. Huhu.

KELENGKAPAN YANG PERLU ADA SEBAGAI EJEN HARTANAH

Kelengkapan minimum yang anda mesti ada ialah:

  • Komputer atau laptop
  • Telefon bimbit
  • Kad bisnes
  • Banner
  • Pita ukur

Ni kelengkapan paling asas. Kad bisnes dan banner tu agency akan sediakan dan mungkin termasuk dalam kos pendaftaran. Jika tak cukup, kena ambil kira dalam bajet permulaan.

Baca Juga :

GAJI EJEN HARTANAH : BERAPA KOMISEN JUALAN

EJEN HARTANAH VS PERUNDING HARTANAH : APA PERBEZAAN 

SKOP KERJA PERUNDING HARTANAH

KELEBIHAN MENJADI EJEN HARTANAH

CABARAN MENJADI EJEN HARTANAH

CARA MENJADI EJEN HARTANAH

MODAL MENJADI EJEN HARTANAH : MODAL PERMULAAN DAN KELENGKAPAN 

PART TIME EJEN HARTANAH : BOLEH KER?

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *