MAKSUD CUKAI TANAH : SIAPA PERLU BAYAR

MAKSUD CUKAI TANAH : SIAPA PERLU BAYAR
Share Artikel Ini Di Media Sosial

MAKSUD CUKAI TANAH : SIAPA PERLU BAYAR

Tahukah anda apakah maksud Cukai Tanah dan kenapa mengapa pemilik hartanah perlu membayarnya pada setiap tahun? Bagi mana mana individu yang memiliki hartanah secara sah dalam sesuatu negeri maka mereka akan dikenakan cukai yang dikenali sebagai cukai tanah.

Bayar Bil Cukai Tanah Cukai Petak Strata Selangor

APA MAKSUD CUKAI TANAH

Cukai Tanah adalah Cukai yang dikenakan oleh Kerajaan Negeri kepada pemilik hartanah yang memiliki tanah di Negeri tersebut. Cukai Tanah wajib dibayar oleh pemilik hartanah.

Berdasarkan undang-undang yang tertulis dalam Seksyen 100 Kanun Tanah Negara, Tanah yang dimiliki akan DIRAMPAS sekiranya gagal menjelaskan Cukai Tanah seperti yang diwajibkan.

Cukai tanah adalah dikenali atau di maksudkan juga sebagai cukai sewa yang termaktub di bawah Seksyen 5 Kanun Tanah Negara KTN 1995 sebagai :

  • Apa jua jumlah wang tahunan yang perlu dibayar terhadap Pihak Berkuasa Negeri (PBN) sebagai cukai sewa
  • Segala jenis pembayaran tahunan lain yang ada terhutang kepada Pihak Berkuasa Negeri yang menurut mana-mana undang-undang bertulis ia hendaklah dikutip sebagai cukai sewa atau hasil tanah dan,
  • Apa-apa bayaran Tunggakan/Terhutang kepada Pihak Berkuasa Negeri sebagai Tunggakan Cukai Sewa.

SIAPA PERLU BAYAR CUKAI TANAH

Didalam Seksyen 95 Kanun Tanah Negara KTN 1965 telah dinyatakan bahawa: Setiap Pemilik Berdaftar (Tuan Tanah) atau wakil bagi pihak tuan tanah mestilah bertanggungjawab untuk menjelaskan cukai tanah yang telah dikenakan.

Jika berlakunya pindah milik sesuatu hartanah maka beban untuk membayar cukai tanah adalah akan dikenakan kepada pembeli baru hartanah tersebut setelah selesai nama ditukar didalam geran hakmilik tanah.

Cukai tanah dikenakan kepada pemilik bagi mana-mana hartanah atas tanah (landed) di Malaysia, termasuklah tanah pegangan bebas (freehold) dan pajakan (leasehold).

Ia dinilai dan dikenakan oleh kerajaan negeri, menerusi Pejabat Tanah Dan Galian (PTG). Cukai tanah juga ada dikenakan ke atas bangunan strata.

Kanun Tanah Negara menetapkan undang-undang wajib untuk semua pemilik hartanah membayar cukai tanah setiap tahun kepada Pejabat Tanah yang berkenaan.

Setiap negeri mempunyai tarikh tersendiri untuk pemilik membayar cukai tanah, namun kebanyakan negeri sudah menetapkan tarikh pemotongan pada 31 Mei setiap tahun. Kalau nak tengok di mana anda boleh semak dan bayar cukai tanah untuk semua negeri di Malaysia

BILA PERLU BAYAR CUKAI TANAH

Cukai tanah adalah perlu dibayar hanya setahun sekali sahaja.

Pemilik hartanah boleh mula membayar cukai tanah pada masa yang telah ditetapkan iaitu bermula 1 Januari sehingga 31 Mei pada setiap tahun.

Tanggungjawab setiap pemilik hartanah (atau wakil) untuk membayar cukai tanah kepada Pihak Berkuasa Negeri pada setiap tahun walaupun anda tidak mendapat bil cukai tanah.

Sebagai tuan tanah anda boleh menyemak sendiri di pejabat tanah ataupun secara online jika bil cukai tanah tidak sampai kepada anda.

APA JADI JIKA TIDAK BAYAR CUKAI TANAH

Jikalau tuan tanah tidak membayar cukai tanah sebelum 1 Jun, maka ia akan dikira menjadi sebagai tunggakan atau hutang anda kepada Pihak Berkuasa Negeri (Pejabat Tanah).

Bayaran tunggakan cukai tanah akan dikenakan “Denda Lewat” bayar kepada kadar yang ditentukan oleh pihak berkuasa negeri daripada jumlah tunggakan mengikut (KTN Sek 93,94(2).

Pihak Berkuasa Negeri (PBN) melalui Pejabat Tanah akan menghantar notis 6A kepada pemilik tanah supaya membayar cukai dan tunggakan dalam tempoh 3 bulan.

Bayaran notis 6A akan dikenakan sebanyak RM 5.00 bagi setiap pemilik akan dicaj.(KTN Sek 97).

Jika pemilik tanah masih gagal membayar bayaran cukai tanah dan juga tunggakan dalam masa 3 bulan, maka langkah seterusnya adalah memberi Notis 6A di serahkan kepada pemilik tanah.

Pihak Berkuasa Negeri melalui Pejabat Tanah akan mengisytiharkan tanah tersebut dirampas serta akan menjadi milik kerajaan mengikut peruntukkan undang-undang (KTN Sek 100, Sek. 129, Sek. 130 dan Sek. 131).

Perampasan hartanah akan diisytiharkan dalam notis 8A dan akan diwartakan/digazet dalam warta Kerajaan Negeri (KTN Sek. 131).

Jika berlakunya perampasan maka tuan tanah sudah tidak lagi mempunyai hak ke atas tanah tersebut.

PERBEZAAN CUKAI TANAH DAN CUKAI PINTU

Cukai Tanah

  • Dibayar kepada Pejabat Tanah.
  • Perlu bayar setahun sekali.
  • Sebagai hasil kepada kerajaan negeri dan untuk pengurusan hal hal pentadbiran tanah

Cukai Pintu/Cukai Taksiran

  • Dibayar kepada Pihak Berkuasa Tempatan PBT.
  • Perlu bayar setahun 2 kali.
  • Sebagai hasil kepada Pihak Berkuasa Tempatan dan untuk menguruskan kawasan dibawah pentadbiran mereka.

CARA BAYAR CUKAI TANAH

Sekarang terdapat banyak pilihan atau cara untuk membayar cukai tanah ini.

Sebagai pemilik tanah anda boleh pilih cara cara bayaran yang sesuai dengan anda untuk membayar cukai tanah.

Antara pilihan bayaran yang boleh dilakukan ialah:

  • Buat bayaran secara terus di kaunter unit hasil di Pejabat Tanah sama ada secara tunai atau cek, wang pos.
  • Membuat bayaran secara online melalui sistem Jompay
  • Buat bayaran online di portal online yang disediakan oleh setiap pejabat tanah negeri

Pastikan anda simpan resit bayaran cukai tanah selepas selesai membuat bayaran.

FAQ

Apakah maksud cukai tanah di dalam bahasa English?

Cukai tanah dalam bahasa English adalah Quit Rent

Dimana boleh buat semakan bil cukai tanah?

Pemilik tanah boleh buat semakan maklumat atau bil cukai tanah di kaunter pejabat tanah ataupun boleh dibuat secara online di website pejabat tanah.

Baca Juga :

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *