10 Makanan Untuk Tambah Berat Badan

10 Makanan Untuk Tambah Berat Badan
Share Artikel Ini Di Media Sosial

10 Makanan Untuk Tambah Berat Badan

Selain menurunkkan berat badan, menaikkan berat badan juga antara tujuan sesetengah individu seperti individu yang mengalami kekurangan berat badan.Tahukah anda apakah Makanan Untuk Tambah Berat Badan? Di dalam proses menaikkan berat badan, antara tujuannya adalah untuk menaikkan berat secara sihat dengan menaikkan peratusan otot di dalam badan bukannya peratusan lemak.

Baca Juga : 10 Makanan Untuk Mengawal Tekanan Darah Tinggi

 

Bagaimana Kenaikkan Berat Badan Terjadi?

Apakah proses yang menyebabkan kenaikkan berat badan? Sama seperti penurunan berat badan, kenaikkan berat badan turut mengambil kira konsep keseimbangan tenaga. Untuk menaikkan berat badan, tenaga yang diambil haruslah melebihi keperluan tenaga harian.

Anda boleh mengira keperluan tenaga harian anda di pelbagai laman web yang terdapat secara percuma di internet. Setiap 3500 kcal bersamaan dengan 0.5 kg berat manakala 7000 kcal bersamaan dengan 1 kg berat. Ini bermakna sekiranya anda mengambil lebih 500 kcal tenaga dari keperluan tenaga harian anda selama seminggu, anda boleh menaikkan berat anda sebanyak 0.5 kg.

Oleh itu, makanan apa yang sesuai diambil untuk menaikkan berat badan? Di bawah disenaraikan makanan yang sesuai diambil untuk menaikkan berat badan.

 

Berikut Adalah 10 Makanan Untuk Tambah Berat Badan Anda:

1.Susu penuh krim

Susu penuh krim merupakan antara pilihan susu yang ada bagi yang ingin menambah berat badan. Anda juga boleh mengambil pilihan susu lain namun susu penuh krim mempunyai kandungan kalori yang lebih tinggi bagi satu hidangan berbanding dengan jenis susu lain.

Di dalam satu kajian yang dijalankan terhadap peserta yang melakukan senama jenis rintangan, didapati bahawa protein yang terdapat did alam susu menyokong pembentukkan otot.

 

2.Nasi putih

Nasi putih merupakan antara makanan ruji masyarakat di Malaysia. Tahukah anda bahawa kandungan lemak di dalam nasi putih adalah rendah di setiap satu sajian nasi putih mempunyai antara 0.5 g lemak dan 75 kalori. Bagi yang ingin menambah berat, anda boleh melebihkan pengambilan nasi putih anda.

 

3.Daging merah

Daging merupakan antara sumber protein yang kaya dengan sumber tenaga. Setiap satu sajian daging iaitu bersamaan dengan saiz 1 kotak kecil mancis sudah dapat membekalkan sebanyak lebih kurang 65 kcal jika ingin dibandingkan dengan satu sajian ikan yang hanya menyumbang lebih kurang 35 kcal sahaja.

Satu kajian telah mendapati bahawa pengambilan daging berkait dengan peningkatan berat badan.

 

4.Telur

Telur merupakan antara sumber protein yang boleh diambil untuk menaikkan berat badan. Ianya kaya dengan sumber tenaga, protein, mineral dan vitamin yang bagus untuk kesihatan tubuh badan. Anda juga boleh memilih telur yang diperkaya dengan omega-3 iaitu sejenis sumber lemak yang baik untuk ditambah di dalam diet harian.

 

5.Yogurt penuh lemak (natural/plain)

Yogurt penuh lemak atau sering dilabel sebagai natural atau plain yogurt merupakan antara pilihan makanan yang boleh diambil untuk menaikkan berat badan. Yogurt ini mengandungi kandungan lemak yang baik untuk badan dan ia selalunya tidak dicampurkan dengan sebarang perasa.

Elakkan dari mengambil yogurt yang berperisa kerana sering dicampur dengan perasa dan gula tambahan. Anda boleh mencampurkan yogurt dengan buah-buahan pilihan dan diambil sewaktu snacking.

 

6.Keju

Antara makanan lain yang boleh diambil untuk menaikkan berat badan adalah keju. Keju merupakan makanan yang kaya dengan sumber lemak, protein dan kalsium yang sesuai bagi mereka yang ingin menaikkan berat badan. Ianya juga tinggi dengan kandungan kalori.

Anda boleh menambah keju ke dalam diet harian anda seperti menambah keju cheddar ke dalam sandwich sarapan pagi.

 

7.Bar bijirin (cereal bar)

Bagi menambahkan berat badan, anda juga boleh cuba mencuba untuk mengambil bar bijrin sebagai snek. Bijirin bar kaya dengan tenaga dan protein yang boleh membantu untuk menaikkan berat badan.

Terdapat pelbagai jenis bar bijrin yang terdapat di pasaran namun anda haruslah bijak memilih bar bijirin yang tidak ditambah dengan sebarang gula tambahan.

 

8.Ubi keledek

Ubi keledek juga antara pilihan yang boleh dicuba untuk menaikkan berat badan. Ubi ini bukan sahaja kaya denga tenaga, tetapi juga penuh dengan khasiat seperti beta karotin yang bagus untuk kesihatan mata. Anda boleh mengambil ubi keledek sebagai snek samada direbus atau dijadikan bubur mengikut citarasa dan selera anda.

 

9.Mentega kacang

Antara pilihan makanan lain yang boleh diambil untuk menaikkan berat badan ialah mentega kacang. Mentega kacang merupakan makanan yang kaya dengan tenaga, lemak baik, protein dan pelbagai lagi mineral lain yang baik untuk kesihatan. Anda boleh menyediakan menambah mentega kacang ke dalam sandwich sarapan pagi anda ataupun ke dalam smoothie untuk menambahkan tenaga makanan anda.

 

10.Kacang walnut

Kacang walnut merupakan sejenis kacang yang mengandungi kandungan lemak baik. Ianya juga kaya dengan kandungan tenaga. Satu kajian telah mendapati bahawa pengambilan kacang walnut dalam diet harian telah meningkatkan pengambilan kalori peserta kajian di mana mereka turut mengalami peningkatan berat badan.

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *