10 Makanan untuk Pesakit Jantung

10 Makanan untuk Pesakit Jantung
Share Artikel Ini Di Media Sosial

10 Makanan Untuk Pesakit Jantung

Apakah makanan untuk pesakit jantung yang lemah? Artikel ini akan membincangkan beberapa makanan yang sesuai untuk pesakit yang mempunyai jantung lemah.

Pada tahun 2019, dilaporkan daripada 109, 164 kematian, sebanyak 15 peratus adalah disebabkan penyakit jantung yang merupakan penyebab utama. Manakala lebih dari 90% penghidap sakit jantung mempunyai sekurang-kurangnya satu faktor risiko seperti berikut:

  • Menghidap diabetes
  • Berlebihan berat badan atau obes
  • Tabiat merokok
  • Tahap kolesterol yang tinggi
  • Gaya hidup yang sedentari (atau tidak aktif)
  • Menghidap hipertensi

Merujuk kepada faktor-faktor berikut, kebanyakannya pasti ada hubungkait dengan pemakanan seharian yang tidak sihat. Ayuh kami kongsikan makanan yang dapat membantu anda ke arah jantung yang sihat dan kesihatan tubuh badan yang lebih baik.

Baca Juga : PETUA MENGHILANGKAN SAKIT GIGI

Makanan untuk Pesakit Jantung Adalah Seperti Berikut:

1.Sayuran Hijau

Secara umumnya, pengambilan sayur-sayuran adalah sangat disarankan untuk kesihatan jantung. Sayur-sayuran memberi rasa kenyang, rendah indeks glisemik juga kaya dengan mikronutrien seperti serat, vitamin, mineral dan fitokimia. Pengambilan sayuran hijau dalam pemakanan seharian memberi manfaat penurunan penyakit jantung.

Salah satunya adalah disebabkan komponen lutin iaitu sejenis karetenoid yang mempunyai ciri anti inflamasi. Dalam beberapa kajian juga, pengambilan sayuran terbukti mengurangkan risiko terjadinya tekanan darah tinggi dan penyakit kencing manis. Pelbagai pilihan sayuran yang ada. Sebagai contoh sawi, brokoli, bayam, ulam ulaman dan lain lain. Pastikan setiap kali hidangan makanan utama separuh pinggan anda diisi dengan sayuran terutamanya sayuran hijau.

 

2.Ikan dan Minyak Ikan

Ikan dan minyak ikan mengandungi khasiat omega 3. Fungsinya adalah untuk mengurangkan risiko berlakunya penyakit jantung, tekanan darah tinggi serta mengurangkan tahap kolesterol dalam darah.

Untuk mencukupkan keperluan omega 3, pastikan anda ambil 1 sajian ikan setiap hari. Jika anda biasanya makan daging merah terlalu kerap, sekali sekala gantikan hidangan tersebut kepada hidangan lauk ikan. Ikan dalam kategori laut dalam adalah sumber omega 3 yang terbaik. Contohnya seperti ikan kembung, ikan sardin, ikan bilis dan tuna. Jika dalam seminggu anda boleh menyusun atur jadual pengambilan ikan sebanyak 2-3 kali seminggu, itu adalah usaha yang sangat bagus.

Boleh juga beli Minyak Ikan di Pasaran

3.Bijirin penuh.

Menurut Persatuan Jantung Amerika, makanan dalam kategori bijirin penuh adalah sangat disarankan untuk kesihatan jantung. Bijirin penuh adalah sumber serat yang baik yang sangat kita perlukan untuk memperbaiki kadar kolesterol dalam darah.

Di samping itu juga, bijirin penuh membekalkan  nutrien lain seperti vitamin B1, B2, B3, B9, zat besi, magnesium dan selenium. Kesemuanya adalah penting untuk membantu fungsi tubuh. Antaranya adalah untuk membawa oksigen dalam darah, mencegah tiroid dan mengekalkan kesihatan sistem imun badan. Jika dibandingkan dengan bijirin yang telah diproses, bijirin penuh jauh lebih baik.

Ini kerana bijirin yang diproses mengandungi kurang serat atau tiada langsung. Berikut adalah contoh kategori bijirin penuh yang ada di pasaran iaitu seperti oat, barli, beras perang dan kraker bijirin penuh. Semasa pembelian, perhatikan label di pembungkus makanan dan pilih yang berlabel “100% bijirin penuh”.

 

4.Kekacang

Kekacang adalah dari sumber protein daripada tumbuhan. Ianya memberi kesan yang baik kepada kesihatan jantung individu yang mengamalkannya. Sebagai contoh, kekacang juga dapat membantu pengurangan  kolesterol dalam darah. Risiko tekanan darah tinggi juga dapat dikawal dengan pengambilan kekacang.

Jenis-jenis kekacang yang boleh diamalkan adalah seperti kacang hijau, kacang tanah, kacang kuda, walnut, almond dan juga kacang soya. Selain menjadi sumber protein, kekacang juga adalah sumber serat yang baik. Kekacang boleh dinikmati dengan menambahkannya ke dalam sup, salad atau boleh dimakan begitu sahaja tanpa garam tambahan.

 

5.Makanan yang diperkaya dengan sterol tumbuhan

Adalah digalakkan untuk mengambil 2 g sterol tumbuhan setiap hari untuk individu yang mempunyai bacaan lemak berketumpatan rendah (LDL) yang tinggi. Menurut kajian, sterol tumbuhan mengurangkan penyerapan kolesterol dalam usus sebanyak 30 ke 50 peratus. Contohnya makanan yang diperkaya dengan sterol tumbuhan seperti produk bijirin, margerin, susu, yogurt. Untuk memudahkan pembaca mengenalpasti produk yang diperkaya dengan sterol tumbuhan, sebaiknya perhatikan label pada pembungkus makanan.

 

6.Minyak Zaitun

Minyak zaitun kaya dengan  asid lemak tidak tepu. Lemak asid tidak tepu atau MUFA membantu menurunkan lemak berketumpatan rendah (LDL) atau dikenali sebagai lemak jahat dalam darah. Minyak zaitun juga mengandungi ciri antioksida dan anti radang yang menunjukkan kesan positif dalam mengurangkan risiko penyakit berkaitan jantung.

Bagaimana nak jadikan minyak zaitun sebahagian daripada pemakanan harian kita? Pertama, jika anda selalunya menumis menggunakan minyak kelapa sawit, maka boleh cuba untuk gantikan dengan penggunaan minyak zaitun. Adalah diingatkan untuk menggunakan minyak zaitun untuk menumis pada kadar haba yang rendah sahaja bukan untuk digunakan bila menggoreng ayam atau ikan yang memerlukan minyak yang dalam.

 

7.Tomato

Makanan yang seterusnya adalah tomato. Tomato adalah antara makanan yang mudah untuk didapati di pasaran. Warnanya merah terang kerana komponen yang dipanggil sebagai likopena. Likopena membantu melindungi sel dari sinar ultra violet yang dapat merosakkan sel badan.

Komponen ini juga berupaya untuk menurunkan paras lemak berketumpatan rendah (LDL)  dan mengawal tekanan darah. Selain itu, tomato juga mengandungi potasium, vitamin B, E dan antioksida seperti flavonoid yang dapat meningkatkan tahap kesihatan jantung. Jadi, bila anda masak tomyam masukkan sekali tomato dan bila buat sandwich tambahkan potongan tomato di samping hirisan serat yang lain. Selamat mencuba!

 

8.Avokado

Menurut kajian yang dikeluarkan oleh Jurnal Persatuan Jantung Amerika, dengan pengambilan 2 hidangan avokado (1 biji avokado) setiap minggu dapat menurunkan risiko terkena penyakit jantung koronari sebanyak 21 peratus.

Avokado kaya dengan lemak yang baik, serat dan beberapa mikronutrien yang sangat penting untuk kesihatan jantung. Asid oleik adalah lemak tidak tepu yang terkandung dalam avokado yang mana dapat menurunkan paras LDL yang berbahaya yang menjadi penyebab sakit jantung. Jika dalam pemakanan harian anda terlalu kerap pengambilan lemak tepu seperti mentega, daging merah, maka gantikan dengan lemak tidak tepu seperti avokado.

 

9.Produk tenusu rendah lemak

Bagi memelihara kesihatan jantung, banyakkan pengambilan produk tenusu yang rendah lemak. Untuk anda yang inigin menjaga kesihatan jantung, susu rendah lemak (low fat) lebih baik berbanding susu penuh krim.

Di pasaran ada juga jenis susu yang menjadi pilihan lebih baik seperti susu skim atau dikenali juga sebagai susu tanpa lemak. Kandungan lemak dalam susu ini telah dikurangkan kepada 0.5 peratus ke bawah. Pengambilan produk rendah lemak ini juga membantu menurunkan tekanan darah. Bagi memenuhi keperluan harian dewasa, pengambilan yang disarankan adalah 1-2 hidangan produk tenusu sehari

 

10.Buah Beri

Biasa dengar tentang buah beri? Kategori buah beri adalah seperti strawberi, beri biru, beri hitam dan raspberi juga bermanfaat untuk kesihatan jantung. Komponen penting dalam buah beri adalah antosianin iaitu sejenis antioksida yang mengawal daripada keradangan yang membawa kepada penyakit jantung.

Terdapat satu kajian yang dijalankan kepada 33 orang dewasa yang mengalami obesiti mendapati pengambilan strawberi selama 4 minggu dengan jumlah dua hidangan setengah sehari telah meningkatkan ketahanan insulin dan menurunkan paras lemak berketumpatan rendah (LDL). Kebiasaannya buah beri boleh dijadikan pencuci mulut yang rendah kalori.

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *