10 Makanan Untuk Mengawal Tekanan Darah Tinggi

10 Makanan Untuk Mengawal Tekanan Darah Tinggi
Share Artikel Ini Di Media Sosial

10 Makanan Untuk Mengawal Tekanan Darah Tinggi

Apakah makanan untuk mengawal tekanan darah tinggi? Artikel ini akan membincangkan 10 makanan yang serba sedikit mungkin boleh membantu masalah tekanan darah tinggi.

Tekanan darah tinggi merupakan punca utama bagi penyakit kardiovaskular. Ia berlaku apabila bacaan tekanan darah sistolik mencatatkan nilai 130 mmHg atau lebih, bacaan diastolik yang melebihi 80 mmHg atau kedua-duanya sekali.

Bagi menstabilkan tekanan darah, biasanya doktor akan memberikan ubat angiotensin converting enzyme (ACE inhibitors). Namun, gaya hidup sihat serta amalan makanan seimbang juga sangat penting bagi menurunkan tekanan darah tinggi secara semulajadi.

Diet yang sihat bukan sahaja baik untuk menstabilkan tekanan darah, malah ia juga mampu membaiki kesihatan badan secara menyeluruh.

Kajian mendapati pengambilan sesetengah mineral penting seperti magnesium dan kalium sangat membantu dalam mengawal tekanan darah tinggi.

 

Baca Juga: 10 Makanan untuk Kulit Cantik (Nutrisi Yang Di Perlukan)

Antara makanan yang baik untuk diterapkan dalam diet bagi mengawal tekanan darah tinggi ialah :

 

1.Buah-buahan Sitrus

Buah-buahan sitrus seperti limau, lemon dan limau gedang padat dengan vitamin dan mineral penting bagi melindungi kesihatan jantung.

Kajian yang dijalankan ke atas 101 wanita Jepun mendapati pengambilan jus lemon serta amalan berjalan setiap hari didapati dapat mengurangkan nilai bacaan sistolik secara berkesan. Kajian ini membuat rumusan bahawa keberkesanan jus lemon yang kaya dengan asid sitrik dan flavonoid didapati baik untuk mengawal tekanan darah.

 

2.Ikan Tinggi Asid Lemak

Ikan yang tinggi kandungan asid lemak seperti ikan merah, ikan salmon merupakan sumber yang baik bagi khasiat omega-3.

Asid lemak yang baik untuk tubuh ini dapat mengurangkan keradangan di samping menstabilkan tekanan darah tinggi dengan sebatian yang dinamakan oxylipins. Sebuah kajian juga mendapati individu yang biasa mengambil asid lemak omega-3 dalam diet harian mempunyai catatan tekanan darah tinggi yang stabil berbanding individu lain.

 

3.Biji Labu (Kuaci Putih)

Walaupun bersaiz kecil, namun kuaci putih padat dengan pelbagai nutrisi penting untuk kesihatan badan.

Ia kaya dengan khasiat penting untuk kawalan tekanan darah seperti magnesium, kalium, arginin serta amino asid yang membantu dalam penghasilan nitrik oksida bagi meredakan pengecutan salur darah dan sekaligus mengurangkan tekanan darah tinggi.

 

4.Kekacang

Kekacang juga baik diamalkan bagi pesakit darah tinggi kerana kebaikan yang terkandung seperti serat, magnesium dan kalium. Terdapat banyak kajian yang turut menyokong pengambilan kekacang dalam menurunkan tekanan darah tinggi secara berkesan.

 

5.Buah-Buahan Beri

Selain buah-buahan sitrus, buah-buahan beri juga sangat baik untuk diambil oleh pesakit darah tinggi.

Buah-buahan seperti beri biru, rasperi dan strawberi adalah antara buah-buahan dalam golongan ini yang sering dikaitkan dalam melindungi kesihatan jantung.

Ia merupakan sumber antioksida yang baik termasuklah anthocyanin yang terbukti mampu meningkatkan paras nitrik oksida dalam darah bagi meredakan tekanan darah tinggi. Namun, kajian yang lebih mendalam perlu dijalankan bagi mengesahkan potensi ini.

 

6.Lobak Merah

Tidak hanya baik untuk kesihatan mata, lobak merah juga didapati baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Ia kaya dengan sebatian fenolik seperti chlorogenic, p-coumaric dan caffeic asid yang membantu dalam meredakan pengecutan salur darah di samping mengatasi keradangan dalam badan yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi.

 

7.Saderi

Rangup dan lazat, saderi mengandungi sebatian biokimia yang aktif dipanggil pthalides yang turut membantu dalam meredakan pengecutan saluran darah.

 

8.Tomato

Tomato juga merupakan sayuran yang baik untuk diamalkan bagi penghidap tekanan darah tinggi. Antara nutrisi penting dalam tomato yang memainkan peranan dalam mengurangkan tekanan darah ialah kalium dan lycopene iaitu sejenis pigmen karotenoid.

Lycopene juga dilihat mampu memberikan kesan positif pada kesihatan jantung dan mengurangkan risiko penyakit berkaitan jantung seperti strok dan serangan jantung.

 

9.Brokoli

Brokoli mengandungi khasiat flavonoid yang dapat menggalakkan penghasilan nitrik oksida bagi meredakan tekanan darah tinggi.

Kajian berskala besar mendapati pengambilan brokoli sekurang-kurangnya 4 kali seminggu dilihat dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi berbanding individu yang jarang mengamalkannya.

 

10.Bayam

Bayam juga merupakan pilihan sayuran yang baik bagi pesakit darah tinggi. Ia kaya dengan kebaikan antioksida, kalium, kalsium serta magnesium yang cukup baik untuk mengawal tekanan darah.

Sebuah kajian mendapati pengambilan sup bayam selama 7 hari menunjukkan catatan tekanan darah yang sangat baik.

Kajian yang sama juga menunjukkan amalan sayur bayam dalam diet harian dapat mengurangkan risiko kekejangan arteri yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi.

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *