10 Makanan untuk Kulit Cantik (Nutrisi Yang Di Perlukan)

10 Makanan untuk Kulit Cantik (Nutrisi Yang Di Perlukan)
Share Artikel Ini Di Media Sosial

10 Makanan untuk Kulit Cantik (Nutrisi Yang Di Perlukan)

Untuk menjaga kulit, Makanan juga amat penting untuk mengekalkan kecanyikannya.Jadi apakah makanan untuk kulit cantik?

Setiap orang pasti mahukan kulit yang sihat dan bebas daripada sebarang cela. Malah terdapat individu yang sanggup menghabiskan wang ringgit untuk mendapatkan rawatan kulit dan produk penjagaan kulit yang bagus demi menjaga kecantikkan kulit masing-masing.

Baca Juga : 10 Makanan untuk Pesakit Angin Ahmar (Simptom Dan Punca)

Nutrisi yang Diperlukan Kulit

Berikut merupakan antara nutrisi yang diperlukan oleh kulit.

1.Vitamin A

Vitamin A merupakan antara nutrisi yang diperlukan oleh kulit kita. Apakah kebaikan vitamin A terhadap kulit? Salah satunya adalah melindungi kulit daripada kerosakkan yang disebabkan oleh sinar UV. Ianya juga diperlukan untuk merawat masalah jerawat dan proses penyembuhan luka.

 

2.Vitamin C

Pasti ramai yang sudah maklum bahawa vitamin C merupakan antara komponen yang diperlukan untuk menjaga kecantikan kulit. antara kelebihan vitamin C adalah mencegah kerosakkan UV, mencegah kedutan, menggalakkan penghasilan kolagen dan turut diperlukan di dalam proses penyembuhan luka.

 

3.Vitamin D

Antara sumber utama vitamin D untuk kulit adalah cahaya matahari. Antara kepentingan sumber vitamin D kepada kulit adalah untuk proses penyembuhan luka.

 

10 Makanan untuk Kecantikan Kulit

1.Air kosong

Pengambilan air yang mencukupi tidak boleh dipandang ringan jika anda ingin memiliki kulit yang sihat dan cantik. Hal ini kerana air mempunyai pelbagai fungsi termasuklah menghidratkan tubuh badan. Apabila kekurangan air, kulit akan terlihat kering dan tidak bermaya. Oleh itu, pengambilan air haruslah mencukupi sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

 

2.Sayur-sayuran

Apakah kepentingan pengambilan sayur-sayuran di dalam penjagaan kulit? Sayur-sayuran seperti brokoli, tomato, lobak merah, bayam dan lain-lain mempunyai kandungan nutrisi seperti yang dinyatakan di atas di mana ianya merupakan nutrisi yang diperlukan oleh kulit untuk kekal sihat.

Kita digalakkan untuk mengambil sekurang-kurang 3 hidangan sayur-sayuran setiap hari untuk memenuhi keperluan serat harian.

 

3.Buah-buahan

Buah-buahan juga merupakan antara makanan yang boleh diambil untuk menjaga kecantikkan kulit. Antara pilihan buah yang boleh diambil adalah buah yang kaya dengan kandungan vitamin C seperti buah jambu, kiwi, oren, buah-buahan beri, anggur dan lain-lain. Vitamin C merupakan sejenis mikronutrisi yang bersifat anti oksida dan membantu di dalam penghasilan kolagen.

 

4.Makanan tinggi selenium

Selenium merupakan sejenis mineral yang diperlukan oleh tubuh badan untuk menjalankan beberapa fungsi penting seperti penghasilan DNA. Mineral ini mempunyai potensi untuk menghalang kerosakkan sel kulit yang disebabkan oleh UV (4). Antara sumber makanan yang tinggi dengan selenium adalah seperti susu, sayur-sayuran, buah-buahan, ayam, ikan, telur dan lain-lain (5).

 

5.Makanan tinggi zink

Zink merupakan sejenis mineral yang diperlukan oleh tubuh badan untuk menjalankan beberapa fungsi seperti fungsi imunisasi dan metabolisma. Untuk kulit pula, zink berperanan untuk fungsi kelenjar minyak di mana ianya membaiki kulit yang rosak dan mengekalkan kelembutan kulit melalui penghasilan minyak. Antara makanan yang kaya dengan sumber zink adalah ikan, daging merah, bijirin penuh dan lain-lain.

 

6.Makanan tinggi vitamin E

Vitamin E adalah sejenis vitamin larut lemak yang mempunyai pelbagai fungsi dan manfaat kepada tubuh badan. Untuk kulit pula, vitamin E bertindak sebagai anti oksida untuk menghalang kerosakkan sel kulit yang disebabkan oleh radikal bebas (7). Antara makanan yang kaya dengan vitamin E adalah biji bunga matahati, badam, mintak hazelnut dan lain-lain.

 

7.Makanan rendah indek glisemik

Apa itu makanan rendah indek glisemik? Makanan rendah indek glisemik adalah makanan yang melambatkan kenaikkan gula di dalam darah apabila dimakan. Antara makanan yang mempunyai indek glisemik yang rendah adalah bijirin penuh, sayur-sayuran, buah-buahan dan lain-lain. Makanan rendah indek glisemik dikatakan dapat mencegah kemunculan jerawat pada kulit (8).

 

8.Lemak baik

Tahukah anda bahawa lemak juga terdiri daripada kategori lemak baik. Antara contoh lemak yang baik adalah omega 3 dan omega 6. Omega 3 berfungsi untuk menambahkan kelembutan pada kulit manakala omega 6 diperlukan untuk pembentukan membran sel dan mencegah kekeringan kulit (9). Antara contoh bagi omega 3 adalah ikan salmon, sardin dan kacang soya manakala contoh bagi omega 6 pula adalah minyak sayur, kekacang dan lain-lain.

 

9.Protein

Protein merupakan makronutrisi yang tidak patut diabaikan sekiranya anda ingin memiliki kulit yang sihat. Hal ini kerana protein berfungsi untuk penghasilan dan penjanaan sel-sel kulit yang baharu. Antara sumber protein yang boleh diambil adalah ayam, telur, daging, tauhu, tempeh dan lain-lain.

 

10.Prebiotik dan probiotik

Apakah perbezaan antara prebiotik dan probiotik? Prebiotik merupakan makanan bagi bakteria baik manakala probiotik pula merupakan bakteria baik tersebut. Bakteria baik merupakan bakteria yang diperlukan oleh tubuh badan dan dapat memberikan pelbagai manfaat kepada tubuh badan. Pengambilan prebiotik dapat merawat pelbagai masalah kulit seperti penuaan dan jerawat kerana ianya menggalakkan pertumbuhan bakteria baik (10).

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *