10 Makanan Untuk Kesihatan Mata (Tips Penjagaan)

10 Makanan Untuk Kesihatan Mata (Tips Penjagaan)
Share Artikel Ini Di Media Sosial

10 Makanan Untuk Kesihatan Mata (Tips Penjagaan)

Penglihatan yang sihat adalah amat penting bagi menjamin kehidupan yang berkualiti.Ini 10 Makanan Untuk Kesihatan Mata yang untuk anda amalkan.Menurut kajian dari Age-Related Disease Study (AREDS), nutrisi seperti zink, kuprum, vitamin C, vitamin E dan beta karoten didapati mampu mengurangkan risiko kemerosotan kesihatan mata menjelang usia meningkat sebanyak 25%. Kajian lanjut juga mendapati lemak asid omega-3 juga sangat penting bagi mengekalkan kesihatan mata.

Baca juga : 10 Makanan Untuk Penyakit Anemia (Tambah Sel Darah Merah)

 

Berikut adalah 10 Makanan Untuk Kesihatan Mata :

1.Ikan

Seperti yang kita tau, ikan merupakan sumber yang baik bagi lemak asid omega-3. Antara ikan yang tinggi dengan khasiat omega-3 ialah tuna, salmon, ikan bilis, dan ikan sardin. Kajian lain juga mendapati minyak ikan dapat mengurangkan kekeringan mata disebabkan aktiviti seperti menghadap laptop atau handphone terlalu lama.

 

2.Kekacang

kekacang merupakan satu lagi sumber omega-3 yang baik untuk mengekalkan kesihatan mata. Kekacang juga mudah dicari di pasaran dan sesuai dimakan sebagai snek sihat. Antara kekacang yang baik untuk mata ialah badam, kacang tanah, kacang gajus dan walnut. Bukan itu sahaja, kekacang juga diperkaya dengan vitamin E yang berfungsi dalam melindungi mata daripada simptom-simptom penuaan.

 

3.Biji Chia

Biji chia juga baik untuk diamalkan dalam diet harian kerana khasiat vitamin E serta lemak sihat omega-3 yang tinggi.

 

4.Buah-buahan Sitrus

Buah-buahan sitrus seperti lemon, oren dan limau gedang sangat tinggi kandungan vitamin C bagi mencegah kerosakan mata akibat faktor usia.

 

5.Sayur-Sayuran Hijau

Sayur-sayuran hijau pula mengandungi khasiat vitamin C serta mineral lutein dan zeaxanthin yang baik untuk kesihatan mata. Antara sayur-sayuran yang baik untuk mata ialah bayam, sawi dan brokoli.

 

6.Lobak Merah

Lobak merah juga sering dikaitkan dengan kesihatan mata kerana kata dengan khasiat vitamin A dan beta karoten yang tidak asing sebagai nutrisi penting untuk penglihatan yang baik. Vitamin A mengandungi khasiat rhodopsin yang membantu rentina menyerap cahaya dengan lebih baik.

 

7.Ubi Keledek

Ubi keledek juga kaya dengan khasiat beta karoten. Ia juga merupakan sumber vitamin E yang baik.

 

8.Daging Merah

Daging merah dari lembu atau kambing diperkaya dengan zink bagi mengekalkan kesihatan mata pada jangka masa panjang. Zink berperanan dalam mencegah degenerasi makular serta kemerosotan penglihatan akibat penuaan.

 

9.Telur

Telur juga merupakan satu lagi sumber bagi bagi mineral lutein dan zeaxanthin dalam mengurangi risiko kerosakan mata menjelang usia semakin meningkat. Ia juga mengandungi khasiat vitamin C, vitamin E dan zink yang tinggi.

 

10.Lada Benggala

Lada benggala turut mengandungi sumber vitamin C yang cukup tinggi. Ia didapati sangat baik untuk kesihatan salur darah mata bagi mengelakkan masalah katarak. Lada benggala juga kaya dengan vitamin A dan E yang juga baik untuk mata.

 

Tips Penjagaan Mata

Dalam menjaga kesihatan mata melalui pemakanan yang sihat, tabiat harian anda juga sangat mempengaruhi kesihatan mata dalam jangka masa panjang. Antara strategi yang disyorkan oleh AAO dalam mengekalkan kesihatan mata ialah :

  • Gunakan cermin mata hitam apabila keluar rumah bagi melindungi mata daripada terdedah kepada cahaya matahari.
  • Berhenti merokok
  • Dapatkan pemeriksaan mata secara berkala, lebih-lebih lagi jika keluarga anda mempunyai sejarah dalam masalah penglihatan.
  • Basuh tangan dengan bersih sebelum menggunakan kanta lekap.
  • Pakai kanta lekap untuk jangka masa yang disyorkan sahaja. Pastikan anda beli kanta lekap daripada pakar optometri bertauliah sahaja.
  • Elakkan mata mudah lesu dengan mengamalkan tips 20:20:20. Apabila anda menghadap laptop, pastikan anda rehatkan mata setiap 20 minit dengan memandang ke objek yang sejauh 20 kaki selama 20 saat.
  • Untuk pesakit diabetes, kawal pengambilan gula dan amalkan pengambilan ubat seperti yang disyorkan doktor. Jagalah pemakanan dengan mengambil sumber makanan rendah nilai GI (glycemic index).

Kesihatan mata boleh dicegah jika dirawat pada peringkat awal. Oleh itu, pemeriksaan berkala adalah penting bagi memastikan kesihatan mata terjaga.

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *