MAJIKAN TIDAK BAYAR GAJI : CARA BUAT ADUAN

MAJIKAN TIDAK BAYAR GAJI : CARA BUAT ADUAN
Share Artikel Ini Di Media Sosial

MAJIKAN TIDAK BAYAR GAJI : CARA BUAT ADUAN

Pernahkah anda mengalami situasi majikan tidak bayar gaji? Pernah tak anda alami situasi ini. Anda bekerja untuk syarikat, tak ada apa-apa masalah berlaku. Anda bekerja seperti biasa dan apabila tiba hujung bulan, gaji anda dibayar. Beberapa bulan kemudian, anda tidak dibayar gaji. Boss anda menjanjikan untuk membayar bulan hadapan, dan tiba masanya, masih belum dibayar.

Atau, anda berniat untuk mencari kerja lain kerana kerja yang anda lakukan sekarang tak sesuai dengan jiwa anda. Malah, ada syarikat yang menawarkan kerja dengan gaji lebih lumayan. Anda pun berhenti kerja dan mula bekerja di tempat lain, tapi gaji anda belum dibayar syarikat lama anda.

APAKAH PEKERJA ATAU EMPLOYEE

Sebelum apa-apa, anda perlu tahu, istilah “pekerja” atau “employees”, digunakan dengan berlainan daripada kegunaan harian orang biasa, dan kegunaan dalam bidang perundangan. Akta Kerja 1955 (Semenanjung Malaysia sahaja) mendefinisikan “pekerja” sebagai orang yang berpendapatan kurang dari RM2,000 sebulan. Jangan bimbang, masih ada peluang.

Seksyen 69 dalam Akta Kerja 1955 membenarkan Ketua Pengarah Buruh menyelesaikan pertikaian mengenai gaji pekerja, sehingga gaji bulanan mencecah RM5,000. Dan jika anda bekerja sebagai buruh kasar, tak kira berapa pun gaji anda.

Juga terdapat akta yang mentadbir hal ini bagi mereka yang bergaji RM5,000 ke atas.

BILA SEPATUTNYA MAJIKAN BAYAR GAJI?

Pekerja sepatutnya dibayar gaji dalam masa 7 hari. Menurut Seksyen 19 (1) Akta Kerja 1955, :

“Subject to subsection (2), every employer shall pay to each of his employees not later than the seventh day after the last day of any wage period the wages, less lawful deductions earned by such employee during such wage period,”

Ia bermaksud, setiap majikan hendaklah membayar gaji setiap pekerja tidak lewat dari hari ke-7 selepas hari terakhir mana-mana tempoh upah (kerja), yang biasanya sebulan. Jadi, jika anda bekerja untuk bulan Januari, gaji anda harus dibayar selewatnya pada 7 Februari.

Jika melebihi tempoh ini, majikan anda telah melanggar undang-undang yang dijelaskan dalam seksyen ini.

TINDAKAN SEKIRANYA MAJIKAN TIDAK BAYAR GAJI MENGIKUT MASA SEPATUTNYA

Mengikut Seksyen 19 (1) Akta Kerja 1955, pembayarn gaji sepatutnya dibayar dalam tempoh 7 hari selepas hari terakhir tempoh gaji (biasanya sebulan). Ini bermaksud gaji seterusnya patut diterima sebelum 7 hari bulan depan. Tetapi sebaiknya anda dinasihatkan untuk berbincang dengan pihak pengurusan terlebih dahulu supaya mencapai kesepakatan. Sekiranya masih berlanjutan, berikut adalah merupakan tindakan yang anda perlu lakukan:

  1. Memfailkan aduan dengan menghantar surat rasmi kepada Jabatan Buruh yang terdekat
    1. e-mel ke jtksm@mohr.gov.my, atau
    2. Lawati pejabat Jabatan Tenaga Kerja tempatan terdekat, atau
    3. Hubungi 03-8000 8000.
  2. Menyediakan salinan dokumen sokongan seperti surat tawaran atau kontrak berkaitan.
  3. Selepas aduan dibuat, anda dinasihatkan untuk menunggu notis selanjutnya dari Jabatan Tenaga Kerja (semasa siasatan dilakukan)
  4. Pegawai Buruh boleh menghubungi majikan anda mengenai tuntutan yang dibuat.
    1. Sekiranya majikan terima tuntutan dan setuju untuk membayar: kes itu dianggap selesai dan anda dikehendaki tarik balik tuntutan yang dibuat.
    2. Sekiranya majikan mempertikaikan tuntutan anda: Pegawai Buruh akan menetapkan tarikh untuk mendengar kes anda di Mahkamah Buruh.
  5. Kedua-dua pihak dikehendaki menghadiri pendengaran tersebut. Pengadu akan dimaklumkan melalui surat dan saman akan dikeluarkan kepada terdakwa iaitu majikan anda.
  6. Anda boleh membuat pilihan samaada untuk mewakili diri sendiri, atau diwakili oleh kesatuan sekerja, seorang peguam atau pegawai dari Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).
  7. Pada akhir pendengaran, Pegawai Penguasa akan membuat suatu perintah secara lisan atau bertulis. Mana-mana pihak yang tak berpuas hati dengan keputusan Pegawai Yang Mengendalikan boleh merayu kepada Mahkamah Tinggi dalam masa 14 hari dari tarikh keputusan itu.
  8. Sekiranya defendan (majikan) tidak merayu kepada Mahkamah Tinggi dan tidak mahu mematuhi perintah Mahkamah Buruh, Pejabat Buruh akan membantu menguatkuasakan perintahnya di Mahkamah Sesyen (Sivil) untuk mendapatkan semula wang yang dituntut tu.

TINDAKAN SEKIRANYA MAJIKAN TIDAK BAYAR GAJI SELEPAS BERHENTI

Sekiranya anda telah ditamatkan perkhidmatan atau berhenti kerja dan bekas majikan masih tak bayar gaji.Berikut adalah tindakan yang harus dibuat:

  1. Mengikut Akta Pekerjaan 1955 di bawah:
    1. Pembayaran atas penamatan biasa kontrak – Gaji yang sepatutnya diperolehi tetapi belum lagi dibayar kepada seseorang pekerja yang mana kontrak perkhidmatannya tamat mengikut seksyen 11 (1) atau seksyen 12 hendaklah dibayar kepada pekerja tersebut tidak lewat daripada hari di mana kontrak perkhidmatan itu tamat.
  2. Semestinya gaji akhir anda perlu dibayar pada tarikh kontrak anda dengan syarikat tersebut ditamatkan secara rasmi.
  3. Sekiranya anda masih tidak dapat juga gaji anda, anda seharusnya pergi ke Pejabat Buruh dan failkan tuntutan korang di bawah Seksyen 69 Akta Penggajian 1955.
  4. Caranya anda boleh Rujuk kepada Situasi di atas (majikan tidak bayar gaji on time) untuk mengetahui apa langkah-langkah yang perlu diambil.

Baca Juga :

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *