LOKASI KAUNTER PADU : KEMASKINI MANUAL

LOKASI KAUNTER PADU : KEMASKINI MANUAL
Share Artikel Ini Di Media Sosial

LOKASI KAUNTER PADU : KEMASKINI MANUAL

Tahukah anda, Lokasi kaunter fizikal PADU? ? Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) akan dibuka kepada orang ramai untuk validasi atau pengesahan maklumat peribadi bermula Januari ini. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata kerajaan memerlukan maklumat yang tepat mengenai keadaan sosioekonomi setiap keluarga, tidak cukup hanya dengan maklumat nama dan tempat tinggal.

“Tanpa pangkalan data ini, berapa banyak peruntukan dibelanjakan pun, ia belum tentu dapat memenuhi sasaran sistem bantuan sosial. Sebab itu saya fokuskan kepada satu pangkalan data menyeluruh ke arah itu,” katanya dalam satu hantaran di laman sosial X rasmi beliau.

APA ITU PADU?

Pangkalan Data Utama (PADU), mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia. Maklumat profil ini akan diperolehi melalui pengintegrasian data pentadbiran daripada pelbagai sumber.

Sistem PADU akan dibuka kepada pengguna bermula 1 Januari hingga 31 Mac 2024 bagi tujuan kemaskini dan pengesahan maklumat individu, manakala bermula 1 April 2024, data dan maklumat yang dikemukakan dalam sistem itu akan dianalisis berdasarkan kes gunaan untuk menentukan kumpulan sasar bagi penyasaran semula subsidi.

Majlis Peluncuran PADU telah diadakan di Dewan Perdana, Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada hari Selasa 2 Januari 2024. Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Ekonomi YB Rafizi Ramli telah hadir bagi merasmikan majlis ini.

PANGKALAN DATA UTAMA (PADU)

PANGKALAN DATA UTAMA (PADU)👍
Kerajaan Malaysia telah melancarkan satu platform tunggal dikenali sebagai sistem Pangkalan Data Utama (PADU).
✅PADU telah dilancarkan dan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 2 Januari 2024.
✅PADU bertujuan untuk mengumpul maklumat isi rumah bagi membantu kerajaan dalam pengagihan subsidi dan bantuan secara bersasar demi kesejahteraan rakyat.
✅Pendaftaran dan pengemaskinian maklumat Warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas ke dalam sistem PADU telah bermula pada 2 Januari 2024 sehingga 31 Mac 2024.
✅Pengemaskinian secara atas talian / online boleh dibuat di laman web PADU iaitu www.padu.gov.my
✅Mendapatkan penerangan berkaitan PADU di kaunter Penerangan PADU (DOSM WP Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya)
✅Pengisian PADU secara fizikal di Kaunter Awam PADU yang dibuka di semua 21 Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kuala Lumpur, 3 Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Labuan dan 4 Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Putrajaya:
✅Untuk pendaftaran & kemaskini data di kaunter fizikal PEDi, individu hendaklah membawa bersama:
  • Kad Pengenalan
  • Salinan Kad Pengenalan Ahli Isi Rumah
  • Salinan No. akaun bank

KAUNTER PADU DI PUSAT EKONOMI DIGITAL

Sebanyak 21 kaunter untuk pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU) dibuka di seluruh Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di negeri Sembilan termasuk Pusat Transformasi Bandar (UTC) Seremban sejak Selasa lalu.

Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Perangkaan Negeri Sembilan, Yuslianah Yusof, ia bagi memudahkan orang ramai membuat pendaftaran PADU sekiranya mereka masih belum memahami mengenainya. Pihak kami akan membuka secara berfasa dan fasa pertama sedang berjalan yang mana telah dibuka di 19 kaunter di PEDi, di UTC Seremban dan Wisma Persekutuan. Ia beroperasi bermula jam 9.30 pagi sehingga jam 5.30 petang dan ada pegawai ditugaskan untuk membantu.

SENARAI LOKASI PEDi : PUSAT EKONOMI DIGITAL

SENARAI LOKASI KAUNTER PADU

Senarai Kaunter PADU boleh disemak melalui portal PADU di https://padu.gov.my/hubungi/lokasi

  1. DIREKTORI DOSM NEGERI

LOKASI KAUNTER PADU LOKASI KAUNTER PADU LOKASI KAUNTER PADU LOKASI KAUNTER PADU LOKASI KAUNTER PADU LOKASI KAUNTER PADU LOKASI KAUNTER PADU LOKASI KAUNTER PADU

2.KAUNTER FIZIKAL PADU DI PEJABAT DAERAH

LOKASI KAUNTER PADU

TARIKH PENDAFTARAN PADU DAN KEMASKINI

Pendaftaran dan pengemaskinian maklumat individu dalam Sistem PADU bermula pada 2 Januari 2024.

Bagi pengemaskinian, anda boleh mengemaskini maklumat bermula 2 Januari 2024 dan seterusnya pada bila-bila masa sekiranya terdapat sebarang perubahan seperti alamat semasa, maklumat pekerjaan dan pendapatan.

SIAPA YANG PERLU BUAT PENDAFTARAN PADU

Semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas digalakkan mendaftar dan mengemas kini maklumat anda ke dalam sistem PADU dan mengesahkan 39 maklumat diri yang diperlukan.

Pendaftaran baharu, pengemaskinian dan semakan di sistem PADU adalah PERCUMA. Tiada apa-apa caj yang dikenakan.

KENAPA PERLU DAFTAR PADU?

Salah satu kepentingan mendaftar PADU adalah memastikan rakyat yang layak mendapat manfaat tidak tercicir daripada menerima subsidi bersasar, bantuan dan perlindungan sosial melalui sistem PADU.

CARA PENDAFTARAN PADU DAN KEMASKINI

Pendaftaran dan kemas kini PADU boleh dibuat melalui 2 kaedah iaitu

  1. Secara dalam talian melalui portal PADU https://padu.gov.my/
  2. Melalui kaunter PADU

PENDAFTARAN PADU SECARA ONLINE

Layari portal PADU https://padu.gov.my/ 

  1. Maklumat Asas
    • Maklumat pendaftaran mestilah sama seperti yang tertera pada Kad Pengenalan. Isikan nombor telefon bimbit dan e-mel yang sah serta aktif untuk penerimaan OTP.
  2. Pengesahan Akaun
    • Anda perlu mengisi OTP yang diterima melalui e-mel atau SMS dalam tempoh 3 minit. Permohonan semula diperlukan sekiranya tidak menerima OTP dalam tempoh ditetapkan atau tamat tempoh pengisian.
  3. Tetapkan Kata Laluan
    • Kata laluan mestilah mengandungi sekurang-kurangnya aksara dengan kombinasi huruf kecil, huruf besar d simbol istimewa (contoh: *%$). Kata laluan ini diperlukan untuk log masuk bagi proses semakan dan pengemaskinian maklumat.

PENDAFTARAN PADU MELALUI KAUNTER

Dalam pada itu juga, kaunter fizikal PADU ini akan turut disediakan bagi mereka yang berada di kawasan luar bandar, tidak mempunyai peranti dan tiada akses capaian internet.

Pendaftaran ini boleh dibuat di;

  • Pejabat Daerah/ Penghulu/MPKK/PBT
  • Pusat Ekonomi Digital
  • Premis agensi kerajaan Persekutuan/ Negeri
  • Pusat Internet Desa

SENARAI DOKUMEN UNTUK PENDAFTARAN PADU MELALUI KAUNTER

Bagi pendaftaran di kaunter, pastikan maklumat dan dokumen penting dibawa semasa proses pengemaskinian.

Diri Sendiri

  • Kad pengenalan dan salinan kad pengenalan sendiri

Diri Sendiri dan Mewakili Isi Rumah

  • Kad pengenalan
  • Salinan kad pengenalan sendiri
  • salinan kad pengenalan ahli isi rumah

OBJEKTIF PENDAFTARAN PADU

Berikut adalah merupakan objektif PADU iaitu:

  • Penyediaan pangkalan data utama negara yang selamat, komprehensif dan “near real time” bagi digitalisasi dan penghasilan analitik berkala.
  • Penggubalan dasar dan proses membuat keputusan berpacukan data.
  • Membolehkan pelaksanaan dasar secara bersasar bagi mengimbangi kedudukan fiskal.

MATLAMAT PADU

Berikut adalah merupakan matlamat sistem PADU iaitu:

  • Meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan.
  • Mengoptimumkan penggunaan sumber yang terhad.
  • Memperkasa sistem sosial melalui peningkatan kesejahteraan ekonomi dan rakyat.
  • Merapatkan jurang sosioekonomi dengan mengimbangi keperluan rakyat.

SYARAT KELAYAKAN PADU

Semua warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas. Anda digalakkan mendaftar dan membuat pengemaskinian bagi memastikan anda tidak tercicir untuk mendapat manfaat daripada inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Info Lanjut

Untuk info lanjut dan terkini mengenai Pangkalan Data Utama (PADU), sila layari;

SOALAN LAZIM LOKASI KAUNTER PADU

Apakah manfaat yang saya perolehi dengan mengemas kini maklumat?

  • Anda berpeluang untuk menerima bantuan atau perlindungan sosial yang sewajarnya

Bilakah saya boleh membuat pengemaskinian maklumat ?

  • Anda boleh mengemaskini maklumat bermula 2 Januari 2024 dan seterusnya pada bila-bila masa sekiranya terdapat sebarang perubahan seperti alamat semasa, maklumat pekerjaan dan pendapatan. Sila rujuk Portal PADU bagi sebarang pengumuman terkini.

Adakah PADU sama dengan program ID Digital Nasional (IDN) ?

  • TIDAK. PADU merupakan satu pangkalan data yang mengandungi maklumat individu manakala IDN merupakan pengenalan diri secara digital yang memudahkan individu untuk melaksanakan urusan dalam talian.
  • Buat masa kini, sistem PADU menggunakan pengesahan identiti individu melalui e-KYC sahaja. Pengintegrasian IDN dengan sistem PADU akan dilaksanakan kelak.

Siapakah yang boleh mengemas kini maklumat dalam sistem PADU ?

  • Semua warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.

Adakah saya perlu mendaftar akaun dengan PADU ?

  • Ya, anda perlu mendaftar akaun bagi membolehkan log masuk serta menyemak dan mengemas kini maklumat anda.

Saya tidak memerlukan bantuan kerajaan. Adakah saya perlu mendaftar ?

  • Anda digalakkan mendaftar dan membuat pengemaskinian bagi memastikan anda tidak tercicir untuk mendapat manfaat daripada inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan.

MAKLUMAT LANJUT LOKASI KAUNTER PADU

Hotline
▪️ *1-800-88-7720*
(8.00pg-6ptg)
▪️ *1-800-88-7721*
(7.30pg-10mlm)
✅ Secara online melalui
*SiSPAA* (24 jam)

Baca Juga :

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *