Cara Link Tabung Haji Dengan Maybank (Guna ATM & Maybank2u)

Cara Link Tabung Haji Dengan Maybank (Guna ATM & Maybank2u)
Share Artikel Ini Di Media Sosial

Cara Link Tabung Haji Dengan Maybank (Guna ATM & Maybank2u)

Kalau anda teringin tengok baki Tabung Haji terus dalam Maybank2u, anda perlu link dulu akaun Tabung Haji dengan Maybank. Mudah sahaja, boleh link guna ATM dan juga Maybank2u.

Baca Juga : Cara Transfer Duit Ke Tabung Haji Guna Maybank

Cara link Tabung Haji dengan Maybank di ATM

Berikut ialah caranya :

  • Pertama sekali, pergi ke mesin ATM Maybank yang berdekatan dengan anda.
  • Masukkan kad ATM anda pada mesin tersebut.
  • Kemudian, masukkan nombor PIN anda seperti biasa
  • Menu utama akan terpapar. Pilih TABUNG HAJI (TH).
  • Pada paparan seterusnya, masukkan nombor akaun TH anda. Setelah memasukkan dan pasti bahawa ia tepat, tekan YA.
  • Paparan pengesahan akan tertera. Sahkan nombor akaun TH yang tertera, serta nombor siri buku akaun TH. Sekiranya kedua-dua nombor ini adalah milik anda, tekan pada YA.
  • Selesai

 

Cara link Tabung Haji dengan Maybank melalui Maybank2u

Pastikan anda sudah selesaikan Langkah 1 seperti di atas dengan mengesahkan nombor akaun Tabung Haji melalui ATM.

Seterusnya, ikuti langkah-langkah di bawah:

  • Layari laman web rasmi Maybank2u di sini: https://www.maybank2u.com.my
  • Pada laman tersebut, tekan butang Back to the Classic Maybank2U.
  • Kenapa guna Classic? Kami rasakan ini lebih mudah berbanding yang baru.
  • Kemudian, login ke akaun anda. Mula-mula, masukkan username anda pada ruangan Username. Masukkan Username anda dan tekan butang Next.
  • Seterusnya, sahkan gambar dan Security Phrase yang tertera. Sekiranya milik akaun anda, tekan butang Yes.
  • Selepas itu, masukkan password anda pada ruangan Password.
  • Tekan butang Login.
  • Kemudian, menu akan tertera. Tekan link Accounts & Banking.
  • Pada paparan seterusnya, pergi ke bahagian kiri skrin (sekiranya menggunakan komputer/laptop). Tekan linkTabung Haji.
  • Anda akan dapat akses ke akaun Tabung Haji anda melalui Maybank2U,kerana anda telah melengkapkan pendaftarannya untk disambung dengan Maybank2U melalui mesin ATM.
  • Di paparan skrin, anda boleh melakukan pelbagai perkara seperti menyemak baki akaun anda, melakukan transaksi pindahan wang ke akaun lain, mengeluarkan wang Tabung Haji anda dan sebagainya.
  • Proses pendaftaran anda selesai.

 

Maklumat lanjut

Sekiranya anda mempunyai masalah, sila hubungi pihak Maybank di talian 1-300-88-6688. Jangan telefon Tabung Haji kerana ini adalah urusan Maybank.

 

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *