KWSP LANCAR PLATFORM i-LINDUNG (UNTUK PEMBELIAN PRODUK PERLINDUNGAN)

KWSP LANCAR PLATFORM i-LINDUNG (UNTUK PEMBELIAN PRODUK PERLINDUNGAN)
Share Artikel Ini Di Media Sosial

KWSP LANCAR PLATFORM i-LINDUNG (UNTUK PEMBELIAN PRODUK PERLINDUNGAN)

KWSP LANCAR PLATFORM i-LINDUNG
KWSP LANCAR PLATFORM i-LINDUNG

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP lancar platform i-Lindung di bawah Pelan Perlindungan Ahli untuk memudahkan pembelian produk insurans dan takaful yang merangkumi perlindungan hayat dan penyakit kritikal pada premium yang berpatutan daripada Akaun 2. Tawaran perlindungan kepada ahli KWSP ini berkuat kuasa serta merta.

 

Baca juga : Kerajaan Umum Pengeluaran Khas KWSP 2.0 Tahun 2022?

 

Ahli yang ingin membeli produk insurans dan menyertai produk takaful yang ditawarkan oleh syarikat insurans dan pengendali takaful yang diluluskan KWSP boleh melakukannya melalui platform i-Lindung yang terkandung dalam portal i-Akaun (Ahli) KWSP. Syarikat insurans dan pengendali takaful tersebut adalah FWD Takaful Berhad, Prudential Assurance Malaysia Berhad, Prudential BSN Takaful Berhad, Etiqa Life Insurance Berhad, dan Etiqa Family Takaful Berhad.

 

KWSP LANCAR PLATFORM i-LINDUNG

 

Platform layan diri i-Lindung ini, yang boleh diakses pada bila-bila masa, membolehkan ahli mendapatkan maklumat produk sedia ada berserta harga, dan memperoleh sebut harga sebelum melakukan pembelian pada bila-bila masa, di mana jua. Paparan tunggal polisi/sijil yang telah dibeli juga akan disertakan, seterusnya memudahkan ahli untuk merujuknya dengan pantas dan selamat.

 

 

 

Untuk nilai tambah, syarikat insurans dan pengendali takaful di platform i-Lindung mampu menyediakan perlindungan tambahan dan menyesuaikan harga produk mereka mengikut kemampuan ahli. Tiada pemeriksaan perubatan diperlukan.

 

 

 

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam melancarkan i-Lindung KWSP hari ini berkata, “Menerusi Program Transformasi GLC yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan bagi memacu pemulihan dan pembinaan semula ekonomi negara pasca-pandemik melalui ekosistem Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC), salah satu aspek terpenting adalah pengukuhan perlindungan sosial, dan tanggungjawab ini telah diberikan kepada KWSP.

 

KWSP LANCAR PLATFORM i-LINDUNG

 

“Setakat ini, strategi ini telah pun membuahkan hasil, di mana pendaftaran ahli baharu telah meningkat 57% kepada 146,000 ahli dalam suku tahun pertama 2022, manakala pencarum sukarela terkumpul di bawah program i-Saraan telah melonjak naik 77% kepada 599,000 orang.”

 

 

 

Pengerusi KWSP Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir semasa menyampaikan ucapan alu-aluan berkata Pelan Perlindungan Ahli ini merupakan satu lagi kejayaan KWSP yang menyediakan saluran perlindungan sosial dan keselamatan kewangan kepada ahlinya sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

 

 

 

“Perlindungan melalui insurans/takaful merupakan antara komponen utama bagi kesejahteraan kewangan yang KWSP menggalakkan ahli untuk mendapatkannya bagi melindungi mereka daripada ketidaktentuan kewangan. Kemudahan i-Lindung amat bermanfaat untuk ahli KWSP untuk mendapatkan perlindungan insurans/takaful kerana pihak KWSP bersama-sama pihak syarikat insurans dan pengendali takaful ingin memastikan produk yang ditawarkan kepada ahli adalah pada kadar yang sangat mampu milik,” tambah Tan Sri Ahmad Badri.

 

 

 

Ahli di bawah umur 55 tahun yang mempunyai baki yang mencukupi dalam Akaun 2, merupakan warganegara Malaysia dan pengguna i-Akaun, layak untuk membeli produk di bawah i-Lindung. Mereka yang berumur 55 tahun ke atas juga boleh membeli produk di bawah i-Lindung, dengan syarat mereka berada dalam lingkungan umur kelayakan produk berkaitan serta mengekalkan jumlah minimum RM100 dalam Akaun 55 atau Akaun Emas mereka.

 

 

 

Untuk maklumat lanjut mengenai Pelan Perlindungan Ahli i-Lindung, sila rujuk saluran komunikasi rasmi KWSP melalui laman web www.kwsp.gov.my, atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000.

 

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *