PERMOHONAN KURSUS SIJIL PERIKANAN MALAYSIA

PERMOHONAN KURSUS SIJIL PERIKANAN MALAYSIA
Share Artikel Ini Di Media Sosial

PERMOHONAN KURSUS SIJIL PERIKANAN MALAYSIA

Kepada anda yang meminat bidang perikanan, semestinya anda ingin mencari kursus sijil perikanan malaysia secara percuma. Sebaiknya anda cuba memasuki kursus perikanan yang diperkenalkan oleh Jabatan perikanan Malaysia. Disini kami akan membantu anda cara membuat permohonan sijil perikanan.   Baca Juga : CARA PERMOHONAN MYSTEP 2022 (GAJI BERMULA RM1400-RM2000)

APA ITU SIJIL PERIKANAN

Merupakan program pengajian tinggi peringkat sijil yang diperkenalkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia dan dilaksanakan oleh Akademi Perikanan Malaysia (APM). Bertujuan untuk memberi pendedahan tentang industri perikanan secara menyeluruh dengan tumpuan kepada empat (4) aspek utama iaitu Perikanan Tangkapan, Akuakultur, Biosekuriti dan Pengurusan Produk Perikanan Lepas Tuai. Pelajar akan didedahkan dengan ilmu pengetahuan bidang perikanan, kemahiran teknikal perikanan dan kemahiran soft skift melibatkan pembinaan sahsiah diri dan keusahawanan. Pelaksanaan program mengikut piawaian MQA dan telah mendapat akreditasi penuh MQA.    

OBJEKTIF PROGRAM SIJIL PERIKANAN

  • Mengeluarkan tenaga kerja mahir sektor perikanan bagi memenufii tenaga kerja seKtor kerajaan dan swasta.
  • Melahirkan modal insan kreatif dan inovatif yang membantu transformasi sektor perikanan.
  • Menyediakan latihan kemahiran dan pengkhususan bagi melahirkan bakal usahawan perikanan.
 

HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (PROGRAMME LEARNING OUTCOME – PLO)

  • PLO 1 : Menguasai ilmu dalam pelbagai bidang perikanan.
  • PLO 2 : Mengaplikasi kemahiran teknikal perikanan bagi menyelesaikan masalah dalam industri perikanan.
  • PLO 3 : Mengintegrasi ilmu perikanan dengan kemahiran menjalankan kerja-kerja lapangan.
  • PLO 4 : Mengaplikasi teknologi maklumat dan komunikasi dalam pembelajaran.
  • PLO 5 : Mempunyai kebolehan bekerja dalam pasukan.
  • PLO 6 : Mempamerkan sikap, nilai dan etika kerja sentiasa berusaha mempertingkat diri dan masyarakat.
  • PLO 7 : Peka terhadap isu-isu semasa dan global dalam bidang perikanan.
 

SYARAT PERMOHONAN SIJIL PERIKANAN

  • Warganegara  Malaysia berumur di antara 18 hingga 30 tahun (umur semasa memohon kursus) atau hingga 45 tahun (bagi pegawai kerajaan).
  • Berkelulusan SPM atau SPMV atau Lepasan SKM Tahap 2 yang setaraf dengannya dan mempunyai kelayakan yang diperolehi dalam peperiksaan yang sama seperti berikut :
  • Lulus dalam Bahasa Melayu
  • Lulus dalam mata pelajaran Matematik dan Sains
  • Berjaya dalam temuduga yang dijalankan.
  • Sihat tubuh badan.
 

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN

APM memiliki struktur organisasi yang lengkap dalam menyediakan program latihan di samping mempunyai kemudahan pembelajaran, perkhidmatan dan rekreasi yang mencukupi. Berikut adalah kemudahan program yang boleh diperolehi:
  • Asrama penginapan disediakan
  • Yuran pengajian adalah percuma
  • Makan – minum ditanggung
  • Pelaksanaan Program mengikut Piawaian MQA dan telah mendapat akreditasi penuh.
  • Elaun Bulanan Pelajar
 

PELUANG PEKERJAAN

  • Usahawan Produk Perikanan
  • Pengurus Akuakultur
  • Penyelia Dalam Industri Perikanan
  • Usahawan Perikanan Laut Dalam
 

CARA PERMOHONAN SIJIL PERIKANAN

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *