KOLEKSI LATIHAN MEWARNA KANAK-KANAK : DOWNLOAD PERCUMA

KOLEKSI LATIHAN MEWARNA KANAK-KANAK : DOWNLOAD PERCUMA
Share Artikel Ini Di Media Sosial

KOLEKSI LATIHAN MEWARNA KANAK-KANAK : DOWNLOAD PERCUMA

Disini kami akan kongsikan kepada anda template atau koleksi latihan mewarna kanak-kanak yang anda boleh muat turun, semoga membantu.Kepada ibu bapa atau para guru yang ingin melatih kanak-kanak bewarna, semestinya akan mencari template atau poster bersesuain. Ini kerana kebanyakkan kanak-kanak  gemar dengan aktiviti mewarna ini dimana mereka boleh mewarnakan sesebuah gambar mengikut warna pilihan mereka sendiri.

Baca Juga Tips Elak Ketagihan Gajet (Untuk Kanak-Kanak)

KELEBIHAN LATIHAN MEWARNA

Berikut adalah merupakan antara kelebihan aktiviti mewarna bagi kanak-kanak iaitu:

  • Memerlukan kanak-kanak untuk menyelaraskan mata dan pergerakan tangan
  • Mewarna membantu kanak-kanak melatih cengkaman jari dengan baik.
  • Belajar untuk memegang pensel dan mengawal pergerakkanya dengan cara mewarnai tanpa melampaui garis.
  • Mewarna melatih memberikan tumpuan kepada aktiviti yang dilakukan
  • Memupuk minat dalam aspek seni dan kreatif
  • Berimaginasi dalam aktiviti ini dan merangsang potensi kreatif pada kanak-kanak
  • Sesi pengenalan kepada jenis-jenis warna
  • Menjadikan medium luahan emosi melepaskan perasaan seperti kekecewaan, kesedihan dan sebagainya
  • Membina ikatan seisi keluarga

 

PANDUAN PEMILIHAN LATIHAN MEWARNA

Kepada ibu bapa dan guru, berikut adalah merupakan antara panduan bagi latihan bewarna kepada kanak-kanak iaitu:

  • Pastikan lukisan yang diberikan bersesuai dengan umur kanak-kanak tersebut
  • Seusaikan pemilihan lukisan dengan silibus pembelajaran kanak-kanak tersebut
  • Pastikan kanak-kanak mewarnakan gambar mengikut warna pilihan mereka sendiri
  • Untuk latihan awal sebainya mulakan dengan krayon kerana saiznya yang lebih besar dan sesuai untuk melatih grip tangan mereka
  • Beri pilihan kepada anak-anak untuk memilih sendiri lukisan yang ingin diwarnakan

 

KELEBIHAN GUNA TEMPLATE LATIHAN MEWARNA

Berikut adalah merupakan kelebihan sekiranya menggunakan template lukisan ini iaitu:

  • Boleh menentukan sendiri jenis lukisan yang diinginkan mengikut silibis atau aktiviti
  • Proses pemilihan yang pantas dengan anda hanya perlu muat turun dan mencetak template mewarna tersebut.
  • Boleh memilih lukisan-lukisan yang sesuai buat kanak-kanak.

 

MUAT TURUN TEMPLATE KOLEKSI LATIHAN MEWARNA KANAK-KANAK 

Berikut adalah merupakan antara pautan yang boleh anda layari untuk memuat turun template lukisan iaitu:

  1. Hari Kebangsaan
  2. Program Sekolah Rendah
  3. Hari Guru
  4. Hari Raya
  5. Frozen
  6. Upin & Ipin
  7. Omar & Hana
  8. Pemandangan
  9. Nombor 
  10. Buah-Buahan

 

CARA DOWLOAD TEMPLATE LATIHAN MEWARNA

Sekiranya anda ingin mewarna template tersebut, anda seharusnya memuat turun terlebih dahulu. Berikut adalah merupakan caranya:

  • Pilih katagori lukisan yang diinginkan
  • Klik pada pautan tersebut dan ianya akan dimuat turun ke dalam komputer anda dalam format ZIP
  • Extrakkan ZIP tersebut
  • Kemudian pilih pada lukisan yang anda inginkan dan printkan sahaja

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *