Kisah Perjanjian Pawang Kadir Dengan Buaya Sungai Pahang

Kisah Perjanjian Pawang Kadir Dengan Buaya Sungai Pahang
Share Artikel Ini Di Media Sosial

Kisah Perjanjian Pawang Kadir Dengan Buaya Sungai Pahang

Buaya-buaya di Sungai Pahang sudah tidak lagi membaham manusia disebabkan terikat ‘perjanjian’ dengan seorang pawang terkenal di negeri itu, iaitu Pawang Kadir.Berikut adalah kisah perjanjian pawang kadir dengan buaya sungai pahang.

BUAYA SUNGAI PAHANG

Siapakah Pawang Kadir?

Nama diberi Haji Abdul Kader bin Haji Awang manakala ibunya bernama Fatimah binti Haji Pin. Beliau dilahirkan pada tahun 1907 di Kampung Guai, Temerloh/Bera. Meninggal dunia pada tahun 1987 sewaktu berusia 80 tahun. Dari cerita lisan, beliau adalah seorang pawang besar di Pahang.

 

Bagaimana Perjanjian Ini Bermula?

“Diceritakan, seekor buaya besar pernah membaham lelaki Orang Asli di daerah Pekan pada satu masa dahulu (1930-an). Lelaki itu cedera parah tetapi berjaya menyelamatkan diri. Berita itu sampai ke telinga Pawang Kader,” katanya.

 

Ujar Pok Mat lagi, Pawang Kader yang meninggal dunia pada lewat 1980-an itu memiliki ilmu mistik termasuk pandai mengubati gangguan makhluk halus serta berkebolehan menjinakkan haiwan berbisa dan juga pemangsa seperti buaya.

 

“Setelah menerima khabar daripada penduduk, Pawang Kader segera bertemu lelaki Orang Asli itu. Pawang Kader bukan sahaja membantu mengubatinya, tetapi turut bertanya mengenai ciri-ciri buaya yang menyerangnya,” kata Pok Mat.

 

Pawang Kader dikatakan pergi ke tepi sungai yang menjadi lokasi lelaki itu diserang. Sambil disaksikan orang kampung, Pawang Kader menyeru buaya berkenaan supaya tampil bersemuka dengannya.

 

“Beberapa minit selepas membacakan ayat (al-Quran), buaya itu pun timbul. Dikatakan, Pawang Kader hukum buaya itu. Tidak pasti jenis hukumannya. Buaya itu mengalah dan diminta mengikat satu perjanjian.

 

“Dalam perjanjian (lisan), buaya itu serta seluruh keturunannya tidak dibenarkan membaham manusia. Untuk keadilan dalam perjanjian itu juga, manusia tidak akan membunuh buaya di negeri ini,” tambahnya.

 

Tok Pawang Kadir, salah seorang Pawang Diraja Negeri Pahang, di zaman Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah, iaitu sultan Pahang yg ke-4.

 

Bagaimanapun, Pok Mat menambah, langkah berhati-hati perlu diutamakan ketika berada di habitat haiwan pemangsa itu.

 

Ia kerana sifat semula jadi reptilia tersebut yang lazimnya akan bertindak ganas di luar jangkaan apabila berasa terancam disebabkan oleh kehadiran manusia.

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *