CARA KIRA KENAIKAN GAJI PENJAWAT AWAM : TARIKH PERGERAKAN GAJI (TPG)  

CARA KIRA KENAIKAN GAJI PENJAWAT AWAM : TARIKH PERGERAKAN GAJI (TPG)  
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA KIRA KENAIKAN GAJI PENJAWAT AWAM : TARIKH PERGERAKAN GAJI (TPG)

Berikut cara kira kenaikan gaji penjawat awam. Kepada penjawat awam, semestinya anda mengetahui akan diberikan kenaikkan gaji pada setiap tahun. Tetapi tahukah anda bagaimana untuk menentukan Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) anda? Adakah tarikh kenaikkan gaji ini tetap? Disini kami akan kongsikan penerangan mengenai TPG tahunan, semoga membantu.

Baca Juga : CARA PERMOHONAN RAYUAN STR (Senarai Alasan Tidak Lulus & Permohonan Semula)

APA ITU TARIKH PERGERAKAN GAJI (TPG)

Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) adalah merujuk kepada tarikh pemberian kenaikan gaji tahunan kepada penjawat awam.

 

KADAR KENAIKKAN GAJI TAHUNAN

Kadar kenaikkan gaji tahunan adalah berbeza mengikut gred pangkat. Berikut adalah merupakan kadar kenaikkan gaji iaitu:

KUMPULAN PELAKSANAN KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL
·         Gred 11 – RM80

·         Gred 14 – RM90

·         Gred 16 – RM95

·         Gred 19 – RM100

·         Gred 22 – RM115

·         Gred 26 – RM125

·         Gred 29 – RM145

·         Gred 32 – RM155

·         Gred 36 – RM180

·         Gred 40 – RM225

·         Gred 41 – RM225

·         Gred 42 – RM225

·         Gred 44 – RM250

·         Gred 48 – RM270

·         Gred 52 – RM290

·         Gred 54 – RM320

 

 

KAEDAH PEMBERIAN KENAIKKAN GAJI TAHUNAN

Kaedah pemberian Pergerakan Gaji Tahunan sedia ada adalah berdasarkan gaji hakiki pegawai ditambah dengan kadar Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) mengikut gred, terhad kepada amaun gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum – Maksimum (JGMM) 2016 (tertakluk kepada keputusan Panel Pembangunan Sumber Manusia).

 

PENENTUAN TARIKH PERGERAKAN GAJI (TPG) TAHUNAN

Untuk makluman anda, penentuan bagi TPG akan adalah 4 peringkat iaitu pada bulan:

  • 1 Januari
  • 1 April
  • 1 Julai
  • 1 Oktober

 

FAKTOR PENETAPAN TARIKH PERGERAKAN GAJI (TPG) TAHUNAN

Berikut adalah merupakan faktor yang penetapan TPG anda iaitu:

  • Tarikh lantikan (baharu)

 

FAKTOR PERUBAHAN TARIKH PERGERAKAN GAJI (TPG) TAHUNAN

Berikut adalah merupakan faktor yang akan merubahkan TPG anda iaitu:

  • Tarikh Naik Pangkat
  • Tindakan Tatatertib: Tangguh pergerakkan gaji

 

CARA KIRA TARIKH PERGERAKAN GAJI (TPG) TAHUNAN

Disini kami akan kongsikan kepada anda beberapa contoh untuk anda jadikan rujukan iaitu:

SITUASI CONTOH
Pegawai Lantikan Baharu
  • Tarikh lantik antara Jan – Mac: TPG adalah pada 1 Jan tahun berikutnya
  • Tarikh lantik antara Apr – Jun: TPG adalah pada 1 Apr tahun berikutnya
  • Tarikh lantik antara Jul – Ogos: TPG adalah pada 1 Jul tahun berikutnya
  • Tarikh lantik antara Okt – Dis: TPG adalah pada 1 Okt tahun berikutnya
Pegawai Naik Pangkat
  • Naik Pangkat antara Jan – Mac: TPG adalah pada 1 Jan tahun berikutnya
  •  Naik Pangkat antara Apr – Jun: TPG adalah pada 1 Apr tahun berikutnya
  • Naik Pangkat antara Jul – Ogos: TPG adalah pada 1 Jul tahun berikutnya
  • Naik Pangkat antara Okt – Dis: TPG adalah pada 1 Okt tahun berikutnya
Pegawai Dikenakan Tindakan Tatatertib  Tangguh pergerakkan gaji
  • Sebagai contoh, Pegawai A dikenakan hukuman Tangguh Pergerakan Gaji selama 6 bulan pada oktober 2022. Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) pegawai sedia ada adalah pada bulan Julai 2022
  • Tarikh kuatkuasa hukuman adalah pada bulan Julai 2023 sehingga Disember 2023. TPG baharu pegawai adalah pada Janauri 2024  dan sehingga capai tangga gaji maksimum adalah pada setiap bulan Oktober.

 

KADAR KENAIKKAN GAJI BAGI PEGAWAI TELAH MENCAPAI GAJI MAKSIMUM

Pegawai yang layak untuk menerima pemberian pergerakan gaji tahunan berdasarkan kadar tetap 3% adalah sepertimana yang ditetapkan melalui Perkara 5, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2015 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2020.

 

DIAWALKAN PERGERAKKAN PERGERAKAN GAJI TAHUNAN (PGT) KEPADA PEGAWAI YANG MENINGGAL DUNIA SEBELUM TARIKH PERGERAKAN GAJI (TPG)

Anda boleh merujuk pada Pekeliling dan soalan lazim melalui pautan di bawah:

 

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *