Khasiat Temulawak yang Anda Perlu Tahu

Khasiat Temulawak yang Anda Perlu Tahu
Share Artikel Ini Di Media Sosial

Khasiat Temulawak yang Anda Perlu Tahu

Khasiat Temulawak atau nama saintifiknya Curcuma zanthorrhiza ialah sejenis tumbuhan yang berasal daripada keluarga halia yang banyak terdapat di Kepulauan Jawa dan juga Asia Tenggara seperti Thailand serta Malaysia. Ia mempunyai pelbagai nama iaitu temulawak (Jawa), koneng gede (Selat Sunda) dan temu labak (Pulau Madura, Indonesia).

Tanaman ini terkenal dengan sebagai tumbuhan herba yang banyak digunakan sebagai rawatan alternatif dalam penjagaan kesihatan. Ia dipasarkan secara komersial dalam bentuk kapsul ataupun produk kecantikan.

 

Baca juga : Khasiat Petai Yang Anda Perlu Tahu

Khasiat Temulawak Pada Kesihatan

Memandangkan temulawak mengandungi beberapa komponen penting pada kesihatan, ia sekali gus memberi khasiat dan impak positif pada keseluruhan tubuh badan. Antara khasiat temulawak yang dapat dirungkaikan adalah:

 

Aktiviti antioksidan

  • Menurut kajian, temulawak mengandungi beberapa bahan antioksida pada keseluruhan pokoknya dan berpotensi untuk dijadikan sebagai pelindung kepada radikal bebas yang menyebabkan beberapa penyakit serta masalah kesihatan.
  • Sumber antioksida seperti xanthorrizol mempunyai aktiviti antioksida yang tinggi. Banyak kajian masih perlu diteruskan untuk membuktikan keberkesanannya dalam mengurangkan risiko penyakit yang berpunca daripada stress oksidatif.

 

Aktiviti antimikrobial

  • Aktiviti antimikrobial bermaksud aktiviti yang menghalang atau merencatkan pertumbuhan mikroorganisma seperti bakteria dan virus. Temulawak dikatakan mampu merencatkan pertumbuhan bakteria seperti Escherichia coli. Bakteria ini dikategorikan sebagai bakteria yang berbahaya kepada kesihatan kerana menjadi punca beberapa penyakit seperti keracunan makanan.
  • Ia juga dikatakan mampu merencatkan pembiakan bakteria Propionibacterium acnes, iaitu bakteria yang menyebabkan masalah kulit dan dijadikan sebagai rawatan alternatif masyarakat dahulu dalam mengurangkan kenaikan jerawat.

 

Bertindak sebagai anti-radang

  • Menurut kajian, keradangan sering dikaitkan dengan pengeluaran bahan histamine atau serotonin. Keradangan boleh memberi impak pada kesihatan serta menjadi punca munculnya sesuatu penyakit. Kesan anti-radang yang ditemui pada temulawak kemungkinan daripada bahan aktif seperti curcuminoid dan xanthorrizol.
  • Kebanyakan kajian temulawak dijalankan terhadap haiwan dan ia menunjukkan kesan positif. Walau bagaimanapun, masih banyak kajian klinikal terhadap manusia perlu dilakukan untuk mengenalpasti kesan efektinya dengan lebih mendalam.

 

Anti-kanser

  • Temulawak yang terbukti mempunyai aktiviti antioksida juga berpotensi untuk memelihara kesihatan sel dan bertindak untuk menghalang pembentukan sel abnormal seperti tumor.
  • Dalam satu kajian yang dijalankan ke atas seekor tikus, pemberian buah ciku dapat memperlahankan pembiakan sel tumor dan memanjangkan hayat haiwan tersebut.
  • Walaupun tidak banyak kajian yang dijalankan ke atas manusia, namun mengambil temulawak sebagai rutin seharian turut dapat memberi kebaikan antioksida yang diperlukan.

 

Menurunkan paras gula darah

  • Terdapat pelbagai tumbuhan herba yang dikaji mengenai keupayaan aktiviti hipoglisemik mereka termasuklah temulawak. Ekstrak temulawak dikatakan memberi kesan positif terhadap aktiviti insulin dan mengurangkan peratusan lemak ringkas dalam tubuh.
  • Lemak ringkas boleh menyebabkan kerintangan insulin. Apabila insulin dapat berfungsi dengan baik, paras gula darah dapat distabilkan dan mengelakkan risiko diabetes dalam jangka masa panjang.

 

Penjagaan kesihatan sistem penghadaman

  • Dalam rawatan alternatif, temulawak dikatakan berkesan dalam penjagaan kesihatan sistem penghadaman. Individu yang mengalami masalah sistem penghadaman seringkali mengalami simptom-simptom seperti kembung, sakit perut, ketidakhadaman dan sebagainya.
  • Beberapa kajian telah dijalankan terhadap keberkesanan temulawak dalam mengurangkan simptom-simptom ini.

 

Meningkatkan selera makan

  • Walaupun tidak banyak kajian klinikal yang dijalankan untuk menguji kesannya secara efektif, tetapi dalam rawatan tradisional masyarakat Jawa, ia dikatakan mampu meningkatkan selera makan terutamanya dalam kalangan kanak-kanak.
  • Temulawak dikatakan mampu mempercepatkan proses penghadaman, seterusnya dapat membangkitkan selera mereka dengan lebih kerap.

 

Menjaga kekuatan tulang

  • Temulawak mengandungi kandungan mineral seperti kalsium dan fosforus. Kedua-dua mineral ini saling bergandingan dalam membentuk jisim dan menjaga kekuatan tulang.
  • Keseimbangan kedua-dua mineral ini dapat mengelakkan daripada terjadinya kerapuhan tulang atau osteoporosis. Walaubagaimanapun, tahap keberkesanannya secara efektif pada manusia masih lagi sedang dikaji.

 

Menjaga kesihatan kulit

  • Memandangkan temulawak memiliki bahan antioksida yang baik, ia menjadi salah satu tumbuhan yang menjadi pelindung kepada sel dan tisu kulit. Bahan antioksida ini juga bertanggungjawab dalam membantu pengeluaran kolagen yang menjadi penyokong struktur kulit.
  • Selain itu, ia juga mempunyai sifat antimikrobial yang dapat mengurangkan risiko jerawat dan penyakit kulit.

 

Melegakan dan mengurangkan sindrom pre-menstruasi (PMS)

  • Bahan yang terkandung dalam temulawak iaitu curcumin dikatakan mampu melegakan simptom pre-menstruasi. Simptom-simptom ini termasuklah sakit belakang, sakit kepala, ketegangan buah dada dan sebagainya. Menurut kajian, 70 wanita telah dibahagikan kepada dua kumpulan dan salah satu daripadanya diberikan kapsul temulawak sebanyak 2 kali sehari semasa menstruasi.
  • Pada akhir kajian, kumpulan yang menerima supplemen temulawak menunjukkan pengurangan simptom pre-mesntruasi dan hanya menunjukkan gejala ringan.

 

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *