Khasiat Petai Yang Anda Perlu Tahu

Khasiat Petai Yang Anda Perlu Tahu
Share Artikel Ini Di Media Sosial

Khasiat Petai Yang Anda Perlu Tahu

Apakah khasiat Petai atau nama saintifiknya Parkia speciosa  adalah sejenis tumbuhan hutan hujan tropikal yang banyak ditemui di India, Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, Borneo, Afrika, Madagascar dan Filipina. Ia biasanya dikenali sebagai ‘petai’ di negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia dan Indonesia, dikenali sebagai ‘sator’ di Thailand dan ‘yongchak’ di bahagian Timur Utara India.

Biji petai boleh dimakan secara mentah sebagai ulam, dijerukkan atau dimasukkan ke dalam masakan contohnya sepeti sambal petai. Tumbuhan ini juga lebih sinonim dengan baunya yang sangat kuat yang boleh menyebabkan bau yang kurang menyenangkan.  Namun begitu, bagi penggemarnya, biji petai ini sememangnya mempunyai pelbagai nutrisi yang bermanfaat untuk kesihatan.

 

Baca Juga : Khasiat Kacip Fatimah Yang Anda Perlu Tahu

Khasiat petai kepada kesihatan

Memandangkan petai mempunyai beberapa komponen yang penting untuk kesihatan, ia sekaligus memberi khasiat kepada kesihatan kita. Berikut adalah beberapa khasiat petai kepada kesihatan:

 

Membantu menangani stres

  • Tinjauan yang dilakukan terhadap orang yang mengalami tekanan mendapati bahawa pengambilan petai boleh memberi rasa lebih baik dan tenang. Selain itu, kajian yang dijalankan terhadap tikus juga menunjukkan bahawa ekstrak biji petai sebanyak 200 dan 400 mg/kg mempunyai potensi untuk menangani stres. Hal ini kerana petai mengandungi sejenis protein dikenali sebagai trytophan yang akan bertukar kepada serotonin yang berperanan untuk meningkatkan  emosi seterusnya memberi rasa selesa, senang dan gembira. Oleh itu, jelaslah petai juga mampu memberi mood yag lebih baik. Di samping itu, trytophan yang ada di dalam petai juga mampu meningkatkan kualiti tidur seseorang.

 

Aktiviti antioksidan

  • Biji petai juga tinggi dengan antioksidan seperti polifenol, flavonoid  dan vitamin C. Aktiviti daripada antioksidan ini mampu membantu badan bagi melawan radikal bebas sekaligus memberi kebaikan kepada kesihatan tubuh badan. Selain itu, terdapat juga kajian yang menunjukkan bahawa biji petai mengandungi kandungan sulfur yang tinggi yang boleh menghasilkan gas hydrogen sulfida yang mempunyai tinggi aktiviti antioksidan dan juga boleh membantu mengelak serangan penyakit jantung.
  • Di samping itu, kajian juga membuktikan bahawa bukan saja biji petai yang tinggi aktiviti antioksidan, bahkan daun dan bekasnya yang kebiasaan dibuang juga mempunyai aktiviti antioksidan seterusnya mampu membantu melawan penyakit.

 

Berpotensi mencegah kanser

  • Selain itu, biji petai juga berpotensi untuk mencegah penyakit kanser. Hal ini kerana biji petai mempunyai aktiviti antitumor yang tinggi dan boleh melawan sel kanser. Kajian yang dijalankan di Thailand juga mendapati bahawa pengambilan biji petai yang mentah mampu mencegah kejadian kanser esofagus.

 

Mengawal paras gula dalam darah

  • Petai juga mampu mengawal dan menurunkan paras gula dalam darah. Menurut kajian yang dilakukan terhadap tikus yang mempunyai masalah diabetes, biji petai mempunyai aktiviti hypoglisemik yang tinggi seterusnya mampu menurunkan paras gula dalam darah. Hasil kajian itu menunjukkan bahawa pengambilan 0.4g/kgBW biji petai oleh tikus tersebut mampu menurunkan sehingga 57% paras gula dalam darah. Hal ini kerana petai mengandungi sterol tumbuhan seperti β-sitosterol dan stigmasterol yang mampu menurunkan kadar gula dalam darah.

 

Baik untuk kesihatan jantung

  • Petai juga baik untuk kesihatan jantung memandangkan ia mampu mengawal tekanan darah. Hal ini kerana petai mempunyai kalium yang tinggi namun rendah garam yang boleh membantu menurunkan tekanan darah tinggi sekaligus mengelakkan serangan penyakit jantung. Aktiviti antioksidan di dalam biji petai jugak berpotensi untuk mencegah penyakit jantung.
  • Biji petai juga mengandungi omega-3 dan omega-6 yang baik untuk kesihatan jantung. Di samping itu, terdapat juga kajian yang menunjukkan khasiat ekstrak bekas petai dalam mengawal tekanan darah tinggi dan mempunyai kesan perlindungan kardio di dalam tikus. Oleh itu, ini menunjukkan bahawa bukan biji petai saja yang berupaya menjaga kesihatan jantung, bahkan bekasnya yang sering dibuang juga berguna.

 

Boleh mengurangkan keradangan

  • Kajian juga menunjukkan petai mempunyai sifat antiradang. Oleh itu, kerana sifatnya yang antiradang, petai juga mampu mengelakkan keradangan yang boleh membawa kepada pelbagai jenis masalah kesihatan seperti kanser, penyakit neurologikal, gangguan metabolik (seperti diabetes) dan penyakit kardiovaskular.

 

Antimikrobial

  • Petai juga mempunyai sifat antimikrobial yang boleh membantu mencegah jangkitan dalam badan manusia. Hal ini kerana biji petai mengandungi komponen seperti hexathionine dan trithiolane yang mampu memberi sifat antimikrobial dalam biji petai. Kajian menunjukkan sifat antimikrobial biji petai mampu menghalang pertumbuhan mikroorganisma seperti Aeromonas hydrophila, Staphylococcus aureus, Streptococcus agalactiae, Streptococcus anginosus, dan Vibrio parahaemolyticus.
  • Oleh itu, pengambilan biji petai mampu menghalang pertumbuhan organisma tersebut sekaligus mampu mencegah penyakit yang berkaitan dengan mikroorganisma tersebut.Contohnya, jangkitan yang disebabkan oleh bakteria Staphylococcus aureus boleh menyebabkan masalah seperti bisul, jerawat dan abses iaitu jangkitan kulit yang sangat mudah berjangkit.

 

Aktiviti antiulcer

Ulser atau ulser peptik ialah luka terbuka yang terdapat di bahagian dalam lapisan perut, bahagian atas usus kecil atau esofagus. Ia biasanya menyebabkan rasa sakit seakan terbakar dan boleh menjadi bertambah sakit apabila asid perut terkena kawasan ulser. Kajian yang dilakukan terhadap tikus telah mendapati bahawa biji petai mampu mengurangkan kadar ulser gastik di dalam tikus kerana sifat antiulcernya dan mampu mengurangkan sifat pH asid gastrik di dalam tikus tersebut.

 

Bagus untuk tulang dan gigi

  • Oleh kerana nutrisinya yang tinggi kalsium dan fosforus, petai juga bagus untuk tulang. Fosforus  penting untuk gigi yang sihat, melindungi tulang dari osteoporosis, serta mampu menyokong fungsi sel di dalam badan.

 

Mencegah anemia

  • Di samping itu, petai juga boleh membantu mencegah penyakit anemia, iaitu keadaan di mana seseorang mempunyai masalah kekurangan sel darah merah. Hal ini kerana petai juga mempunyai zat besi yang boleh merangsang dan meningkatkan pembentukan hemoglobin dalam darah sekaligus mampu mencegah anemia. Kajian yang dijalankan terhadap tikus menunjukkan bahawa ekstrak biji petai mampu meningkatkan paras hemoglobin di dalam tikus tersebut. Oleh itu, jelaslah bahawa petai mampu meningkatkan penghasilan hemoglobin dalam darah.

 

Baik untuk sistem penghadaman

  • Petai juga baik untuk sistem penghadaman sekaligus mampu mengelakkan masalah berkaitan sistem penghadaman seperti sembelit. Hal ini kerana petai juga mengandungi serat yang mampu meningkatkan kadar pergerakan usus,  meningkatkan saiz najis dan melembutkannya,  memudahkan najis untuk melalui usus sekaligus melancarkan sistem penghadaman makanan.

 

Membantu berhenti merokok

  • Merokok boleh membahayakan kesihatan dan individu yang merokok sentiasa dinasihatkan untuk berhenti merokok. Salah satu cara untuk berhenti merokok adalah dengan memakan petai  kerana petai juga boleh membantu individu yang berusaha untuk berhenti merokok. Hal ini kerana petai juga mengandungi komponen seperti vitamin B6 dan B12, kalium dan magnesium yang boleh membantu tubuh melawan ketagihan nikotin sekaligus menghentikan tabiat merokok.

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *