Khasiat Madu Untuk Kesihatan

Khasiat Madu Untuk Kesihatan
Share Artikel Ini Di Media Sosial

Khasiat Madu Untuk Kesihatan

Madu merupakan satu ciptaan makanan yang sangat istimewa. Terdapat pelbagai kebaikan madu dan ia telah digunakan secara meluas, sama ada dalam aspek perubatan mahupun sebagai makanan. Selain menawarkan rasa yang lazat dan manis, adakah anda mengetahui Khasiat Madu Untuk Kesihatan.

 

“Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan/dibangunkan oleh manusia”

Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir”

 

 Baca Juga :petua-hilangkan-batuk-bayi/ 

Fakta ringkas mengenai madu

  • Fakta yang paling penting, jangan pernah memberikan madu kepada kanak-kanak di bawah usia 12 bulan
  • Madu mempunyai hubung kait dengan fungsi penyembuhan luka dan berperanan sebagai antibakteria
  • Boleh digunakan untuk menggantikan gula dalam makanan, dan menjadikan ia satu pilihan yang lebih sihat
  • Madu telah digunakan dalam perubatan untuk lebih 5,000 tahun
  • Apakah manfaat madu untuk kesihatan?

 

Berikut adalah beberapa khasiat madu untuk kesihatan:

 

Membantu Dalam Mengurangkan Berat

Menurut pengarang dan pakar nutrisi, Mike McInnes, madu dapat membakar lemak badan walaupun ketika anda tidur. Ia adalah satu makanan yang terbaik untuk mengurangkan berat.

 

Terdapat cadangan yang mengatakan, untuk mengurangkan berat, anda boleh mengambil sesudu madu sebelum tidur atau campurkan madu dengan air suam ketika perut masih kosong pada awal pagi.

 

Mengambil madu sebagai perkara pertama dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme, yang mana membantu untuk mengurangkan berat dengan lebih pantas.

 

Mengandungi Nutrien

Madu adalah cairan manis dan pekat yang dihasilkan oleh lebah madu.

Secara nutrisi, 1 sudu madu (21gram) mengandungi 64 kalori dan 17 gram gula, termasuk fruktosa, glukosa, maltosa dan sukrosa. Ia hampir tidak mengandungi sebarang serat, lemak atau protein.

Ia turut mengandungi beberapa vitamin dan mineral – tetapi jumlah yang perlu diambil adalah tinggi untuk memenuhi keperluan harian.

Madu turut mengandungi kandungan kompaun bioaktif dan antioksidan.

 

Menguatkan Sistem Imun

Dianggap sebagai ubatan semula jadi yang membantu mengubati sakit tekak. Fungsi antioksidan dan anti-bakteria membantu melawan jangkitan disebabkan virus, bakteria dan kulat.

Madu buckwheat (campuran bijian yang digunakan sebagai makanan haiwan ternakan), mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi dan mampu mempertingkatkan imun untuk jangka masa panjang jika diambil setiap hari.

 

Kekalkan Tenaga

Madu yang diambil pada setiap pagi sebelum sarapan atau bersenam dapat memberikan tenaga ekstra.

Ini kerana madu mengandungi gula semula jadi, air, mineral, vitamin, debunga dan protein, menyebabkan ia dipanggil pembekal tenaga terbaik.

Dalam kajian dari Makmal Senaman dan Sukan, University of Memphis, menunjukkan madu adalah pilihan karbohidrat terbaik diambil sebelum bersenam.

Malahan, ia juga dikatakan pilihan yang baik untuk diambil selepas bersenam.

 

Baik Untuk Jantung

Sebagai sejenis makanan yang tinggi kandungan antioksidan, madu bukan sahaja dapat melindungi dari penyakit jantung, tetapi dapat memperbaiki tahap kolesterol.

Menurut kajian, madu boleh membantu menurunkan hampir 5.8% LDL (kolesterol tidak baik) dan meningkatkan 3.3% HDL (kolesterol baik).

 

Menyembuhkan Luka, Luka Terbakar Dan Masalah Kulit

Selain mengandungi antioksidan, madu juga bersifat anti-bakteria dan antiseptik yang dapat mempercepatkan proses penyembuhan luka dan luka terbakar dengan memberikan kelembapan dan meningkatkan aliran nutrien pada bahagian yang berkenaan.

Madu juga dikatakan berkesan untuk membunuh kuman (patogen) seperti E.coli dan methicillin-resistant Staphylococcus aureus (MRSA), yang boleh menyebabkan jangkitan kulit.

Madu juga dipercayai dapat merawat dan mencegah jerawat, kelemumur dan kulit gatal.

 

 

Menyuburkan Kulit Dan Muka

Madu asli sangat bermanfaat sebagai pelembap semula jadi terbaik terutama untuk kulit kering. Ia membantu membuka liang pori tersumbat, menyembuhkan bibir kering, menyeimbangkan tona kulit.

 

Merawat Batuk

Turut dikenali sebagai antara ubatan semula jadi yang terbaik untuk merawat batuk.

Pengambilan 1 sudu madu dapat mengurangkan kerengsaan pada tekak. Ia turut membantu memberikan tidur yang lebih nyenyak.

 

 

Baca Juga : PETUA MENGHILANGKAN SAKIT GIGI

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *