KHAIRAT KEMATIAN YANG BOLEH DI TUNTUT OLEH PEWARIS : INI SENARAINYA

KHAIRAT KEMATIAN YANG BOLEH DI TUNTUT OLEH PEWARIS : INI SENARAINYA
Share Artikel Ini Di Media Sosial

KHAIRAT KEMATIAN YANG BOLEH DI TUNTUT OLEH PEWARIS : INI SENARAINYA

Tahukah anda apakah khairat kematian? Khairat ini sebenarnya berasal daripada perkataan Bahasa Arab yang memberi maksud kebajikan. Maksud khairat kematian ini juga adalah wang yang dikumpul daripada pencarum yang tinggal di sesuatu kawasan. Khairat kematian biasanya diberikan kepada waris si mati. Tujuan utamanya ialah untuk membantu waris dalam urusan pengebumian.

Khairat merangkumi aktiviti memberi sedekah. Tabung khairat kematian selalunya ditubuhkan di semua tempat oleh ahli jawatan kuasa masjid atau surau. Ada juga yang terus melantik wakil untuk mengutip dari ahli kariah dari masa ke semasa mengikut jumlah kematian. Tujuan utamanya ialah untuk pertolongan segera jika ada kariah yang meninggal dunia.

 

MANFAAT KHAIRAT KEMATIAN

  • Membantu Pewaris
  • Mempercepatkan proses pengembumian
  • Digunakan Untuk Menyediakan Barang Pengebumian Jenazah
  • Mendidik Umat Islam Untuk Bersedekah

 

1.SKIM KHAIRAT KEMATIAN PERKESO ATAU SOCSO

Skim ini dinamakan ‘Faedah Pengurusan Mayat

Bayaran adalah sebanyak RM2000 dan Jumlah bayaran akan dibayar sama ada jumlah sebenar perbelanjaan ataupun RM2,000 mengikut mana yang lebih rendah berdasarkan resit yang dikemukakan.

Akan dibayar sekiranya seseorang pekerja meninggal dunia akibat daripada bencana kerja atau semasa menerima Faedah Hilang Upaya Kekal berkala.

bayaran akan di buat kpd Waris atau kpd pihak yang menanggung segala perbelanjaan pengebumian itu.

CARA PERMOHONAN 

Untuk memohon bayaran faedah ini, beberapa dokumen berikut adalah diperlukan;

  1. Borang Tuntutan Bagi Pencen Penakat/Faedah Orang Tanggungan – Borang 24 
  2. Borang Tuntutan Faedah Pengurusan Mayat – Borang 26 
  3. Salinan Sijil Kematian Orang Berinsurans
  4. Salinan Kad Pengenalan Orang Berinsurans ( depan & belakang )
  5. Lain-lain dokumen yang berkaitan

Sila rujuk maklumat lanjut di laman web PERKESO https://www.perkeso.gov.my/ 

 

2.SKIM KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH (SKSSR)

faedah daripada skim ini adalah “Faedah pengurusan Mayat”

Faedah Pengurusan Mayat sebanyak RM2,000 dibayar sekali (one-off) kepada orang tanggungan yang layak jika suri rumah berinsurans meninggal dunia sebelum mencapai umur 55 tahun.

CARA PERMOHONAN SKIM KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH

  • Pemohon hendaklah mengisi borang permohonan
  • Hantar kepada PERKESO
  • BORANG PERMOHONAN

 

3.SKIM KHAIRAT KEMATIAN TAKAFUL INSURANS

Sekiranya si Mati pernah menyertai mana-mana Skim Takaful yang aktif , Pewaris bolehlah menuntut manfaat kematian di bawah skim Takaful tersebut.

Kadar bayaran mungkin berbeza mengikut Jenis Takaful atau Plan yang di ambil.

CARA PERMOHONAN SKIM KHAIRAT KEMATIAN TAKAFUL

  • Untuk proses permohonan, pewaris bolehlah berhubung terus dengan ejen syarikat takaful tersebut untuk urusan slanjutnya
  • atau boleh terus hubungi talian khidmat pelanggan syarikat takaful tersebut

 

4.BANTUAN KEMATIAN KWSP

Kadar bayaran skim ini adalah sebanyak RM2500

bayaran akan di buat sekali sahaja kpd “orang tanggungan ahli” yang layak (balu/duda, anak, atau ibu bapa ahli tertakluk kepada status perkahwinan ahli).

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KEMATIAN KWSP

Syarat kelayakan adalah sebagaimana berikut;

  • Ahli yang telah meninggal dunia adalah Warganegara, Penduduk Tetap (PR) dan Bukan Warganegara (yang mendaftar sebelum 1 Ogos 1998)
  • Orang tanggungan ahli (balu/duda/anak/ibu bapa) Tertakluk kepada status perkahwinan ahli
  • Permohonan mesti diterima dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli
  • Ahli mati sebelum mencapai umur 60 tahun
  • Ahli masih mempunyai simpanan KWSP

CARA PERMOHONAN BANTUAN KEMATIAN KWSP

 

5.KHAIRAT KEMATIAN KHAIRIAH MASJID

amalan ini telah dilaksanakan melalui skim khairat kematian yang dilaksanakan di kawasan kampung dan juga bandar-bandar.

Biasanya skim ini dianjurkan oleh organisasi masjid atau surau di sesebuah kariah.

Kadar bayaran mungkin berbeza mengikut kawasan. Kebiasaannya sekitar RM500 – RM5000 (Kadar ini Mungkin Berbeza)

CARA PERMOHONAN DAN SYARAT

  • Syarat utama tuntutan adalah  si mati menjadi ahli/mencarum di khariah tersebut.
  • Cara tuntutan adalah dengan menghubungi ahli jawatankuasa yang melaksanakan skim ini di kawasan masing-masing.

 

6.SKIM BANTUAN MENGURUS JENAZAH (BMJ) JPA

Skim ini akan memberi manfaat kepada Pesara kerajaan.

Untuk Pesara kerajaan yang meninggal dunia pada atau  selepas 15 Oktober 2010 adalah layak menerima Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ) sebanyak RM3000.

Menurut Bahagian Pencen JPA, berkuat kuasa mulai 1 Januari 2023, permohonan Bantuan Mengurus Jenazah susulan kematian pesara Kerajaan dalam tempoh persaraan perlu dikemukakan permohonan kepada pihak KWAP dalam tempoh dua belas (12) bulan daripada tarikh kematian pesara.

CARA PERMOHONAN SKIM BANTUAN MENGURUS JENAZAH (BMJ)

 

7.SKIM KHAIRAT KEMATIAN ASNB

Mungkin ramai yang tidak tahu kewujudan skim ini

Pewaris yang layak boleh membuat tuntutan khairat kematian bagi skim-skim pelaburan seperti ASB, ASB2, ASB Didik dan lain-lain lagi.

Syarat utama tuntutan khairat kematian di bawah ASNB adalah mestilah dalam tempoh 6 bulan kematian.

CARA PERMOHONAN

  • Permohonan bantuan Khairat ASNB boleh dilakukan di mana-mana cawangan ASNB atau ejen-ejen mengikut prosedur terkini.
  • Penerimaan bantuan Khairat ASNB adalah secara tunai sahaja di kaunter cawangan ASNB atau ejen.

 

8.KHAIRAT KEMATIAN SSPN-i

Salah satu keistimewaan simpanan melalui SSPN-i adalah khairat/ pampasan kematian untuk pendeposit (RM2,000.00) dan penerima manfaat (RM500.00).

SYARAT PERMOHONAN SKIM KHAIRAT KEMATIAN SSPN-i

Syarat tuntutan bagi pasangan adalah sebagaimana berikut;

  1. Hubungan adalah sah dan diiktiraf dari segi undang-undang;
  2. Berumur 18 tahun sehingga sebelum mencapai had umur perlindungan 70 tahun (mengikut Syarikat Pengendali Takaful (SPT) yang dipilih);
  3. Bagi tuntutan atas isteri (jika mempunyai lebih dari seorang isteri yang sah), khairat diberikan ke atas isteri yang mana meninggal dahulu.

Bagi anak pula,hendaklah memenuhi syarat berikut:

  1. Hubungan adalah sah dan diiktiraf dari segi undang-undang;
  2. Berumur 18 tahun sehingga sebelum mencapai had umur perlindungan 70 tahun (mengikut Syarikat Pengendali Takaful (SPT) yang dipilih);
  3. Bagi tuntutan atas isteri (jika mempunyai lebih dari seorang isteri yang sah), khairat diberikan ke atas isteri yang mana meninggal dahulu.

CARA PERMOHONAN SKIM KHAIRAT KEMATIAN SSPN-i

 

9.BANTUAN KHAIRAT KEMATIAN FELDA

Bantuan ini diberikan kepada Waris Peneroka sebagai tanda penghargaan dan keprihatinan Pengurusan FELDA terhadap warga peneroka yang telah setia bersama-sama FELDA dalam membangunkan sosioekonomi Tanah Rancangan.

Skim yang telah diperkenalkan sejak 2008 ini merupakan salah satu aktiviti kebajikan untuk meringankan bebanan kewangan waris dalam menyelesaikan urusan kematian peneroka

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN KHAIRAT KEMATIAN FELDA

  • Satu keluarga hanya layak terima SEKALI sahaja.
  • Keutamaan adalah untuk kematian peneroka asal , sekiranya peneroka asal meninggal sebelum skim diperkenalkan maka isteri peneroka yang akan layak.
  • Tiada bayaran kepada peneroka asal, bayaran khairat akan dipindahkan kepada peneroka ganti.
  • Jumlah sumbangan yang diberikan adalah dalam bentuk wang tunai sebanyak RM3,000.
  • Permohonan hendaklah dibuat melalui Pengurus Rancangan dan  hendaklah dihantar ke Ibu Pejabat dalam tempoh 90 hari bermula dari tarikh berlaku kematian.
  • Peneroka membuat urusniaga tanah tanpa kebenaran TIDAK LAYAK terima bantuan khairat.

 

10.KHAIRAT KEMATIAN KOPERASI ATAU PERSATUAN

Seandainya waris anda iaitu si mati menyertai mana-mana  koperasi atau persatuan, anda boleh menghubungi pejabat Koperasi atau persatuan tersebut.

Ini kerana biasanya setiap koperasi atau persatuan ada Khairat Kematian untuk ahli mereka dengan sumbangan dari RM1,000 – RM3,000.

CARA PERMOHONAN KHAIRAT KEMATIAN KOPERASI ATAU PERSATUAN

  • Pewaris bolehlah terus menghubungi pejabat Koperasi atau persatuan tersebut untuk urusan selanjutnya.

 

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *