CARA TUNTUT KHAIRAT KEMATIAN PERKESO

CARA TUNTUT KHAIRAT KEMATIAN PERKESO
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA TUNTUT KHAIRAT KEMATIAN PERKESO

Waris boleh tuntut khairat kematian perkeso atau wang tersebut untuk menguruskan proses pengebumian arwah.PERKESO akan memberikan sebanyak RM2000 kepada waris pekerja yang telah meninggal dunia.

Khairat kematian ataupun dikenali juga dengan nama bantuan kematian adalah salah satu bentuk sumbangan kewangan untuk keluarga si mati. Khairat kematian ini dapat membantu meringankan beban kewangan keluarga si mati dalam menguruskan perkebumian dan lain-lain.

Kami akan kongsikan cara buat tuntutan khairat kematian PERKESO yang mudah dan pasti lulus.

Baca Juga : CARA TUNTUT KHAIRAT KEMATIAN ASB

APA ITU PERKESO?

PERKESO ialah Pertubuhan Keselamatan Sosial (atau SOCSO : Social Security Organisation) ditubuhkan menurut kehendak Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 bagi menyediakan bantuan tertentu contohnya perubatan dan kewanngan melalui skim tertentu kepada pencarum.

Manfaat ini turut boleh dinikmati oleh ahli tanggungan sekiranya berlaku kematian kepada pencarum dengan syarat tertentu.

 

Faedah Pengurusan Mayat

Amaun sebanyak RM2,000 akan dibayar sekiranya seseorang pekerja meninggal dunia akibat daripada bencana kerja atau semasa menerima Faedah Hilang Upaya Kekal berkala. Pembayaran faedah akan dibuat kepada waris-waris yang layak. Sekiranya tiada waris, faedah akan dibayar kepada pihak yang menanggung segala perbelanjaan pengebumian itu.

Jumlah bayaran akan dibayar sama ada jumlah sebenar perbelanjaan ataupun RM2,000 mengikut mana yang lebih rendah berdasarkan resit yang dikemukakan.

Faedah Orang Tanggungan

Orang tanggungan layak menerima faedah ini sekiranya pekerja terlibat meninggal dunia akibat bencana pekerjaan.

Kadar Faedah Harian Yang Akan Dibayar
Kadar harian adalah 90% daripada gaji harian purata anggapan pekerja tertakluk kepada kadar minimum RM30.00 sehari dan maksimum RM118.50 sehari.

Orang Tanggungan dan Syer Kadar Harian
.

 

Cara Permohonan Khairat Kematian PERKESO

Untuk memohon dan seterusnya mendapat bayaran faedah, isikan dengan lengkap dan kemukan Salinan dokumen-dokumen yang berikut:

*Serahkan dokumen tersebut di kaunter PERKESO yang berdekatan dengan anda.

 

Soalan Lazim

S : Siapakah yang dikategorikan sebagai pekerja di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969?

J : Pekerja yang dimaksudkan adalah seorang yang diambil bekerja dengan bergaji di bawah satu kontrak perkhidmatan atau kontrak perantisan dengan seorang majikan, sama ada kontrak itu nyata atau disifatkan ada atau dengan lisan atau dengan bertulis, dalam atau berhubung dengan kerja sesuatu perusahaan yang diliputi di bawah Akta

 

S : Adakah pekerja sementara/pekerja tidak tetap wajib dilindungi oleh PERKESO?

J : Pekerja sementara atau tidak tetap adalah wajib didaftarkan dengan PERKESO.

 

S : Apakah had umur pekerja untuk mencarum?

J : Semua pekerja yang layak perlu didaftar tanpa mengira berapakah umur mereka. Untuk pekerja yang berumur 60 tahun ke bawah, majikan perlu membayar caruman jenis pertama dan apabila berumur mencapai umur 60 tahun genap, majikan hanya perlu membayar caruman jenis kedua sahaja. Pekerja yang berumur lebih 55 tahun semasa pertama kali masuk kerja di perusahaan yang layak di bawah Akta dan belum pernah mencarum, perlu membayar caruman jenis kedua.

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *