KHAIRAT KEMATIAN ASB : CARA TUNTUTAN

KHAIRAT KEMATIAN ASB : CARA TUNTUTAN
Share Artikel Ini Di Media Sosial

KHAIRAT KEMATIAN ASB : CARA TUNTUTAN

Tahukah anda cara tuntutan khairat kematian ASB? ASNB memberikan bantuan khairat kematian kepada waris pendeposit di dalam akaun ASB/ ASN/ ASW 2020 atau apa sahaja amanah saham terbitan PNB. Tidak kiralah berapa banyak jumlah duit yang ada dalam buku ASB, walau ada RM10 pun, tidak aktif bertahun-tahun sekalipun tapi masih ada buku. Ia dikira layak sebagai ahli ASNB.

Khairat kematian ataupun dikenali juga dengan nama bantuan kematian adalah salah satu bentuk sumbangan kewangan untuk keluarga si mati. Khairat kematian ini dapat membantu meringankan beban kewangan keluarga si mati dalam menguruskan perkebumian dan lain-lain.

INFO PENTING KHAIRAT KEMATIAN ASB

Waris harus ke pejabat atau cawangan ASNB untuk buat tuntutan khairat kematian. Tuntutan khairat kematian adalah dalam masa 6 bulan selepas kematian pemegang akaun. Jika tidak tuntut, duit khairat tersebut dikira hangus.

Pastikan anda tidak terleka dan membuat tuntutan dengan kadar yang segera. Kealpaan waris boleh menyebabkan urusan tuntutan tidak dapat diuruskan.

SYARAT KELAYAKAN KHAIRAT KEMATIAN ASB

  • Pemohon merupakan waris kepada si mati dan berumur sekurang-kurangnya 18 tahun, atau
  • Salah seorang Penerima Hibah Amanah / Pengisytiharan Amanah (HAPA) yang dinamakan oleh si mati
  • Si mati telah mendaftar sekurang – kurangnya satu unit amanah dengan baki baki minima 1 unit
  • Tuntutan mesti dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian pemegang unit
  • Waris bukan Islam adalah layak membuat tuntutan bagi si mati beragama Islam
  • Membuat permohonan di cawangan ASNB atau ejen ASB di seluruh Malaysia
  • Bantuan akan diberikan secara tunai di kaunter cawangan ASNB atau agen ASB

Pewaris adalah diingatkan supaya menyediakan dokumen yang lengkap supaya pemprosesan tuntutan tidak mengambil masa yang lama. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, boleh rujuk laman web rasmi ASNB atau klik pada pautan berikut : https://www.asnb.com.my/asnbv2_5faq.php#khairat

CARA PERMOHONAN KHAIRAT KEMATIAN ASB

Permohonan bantuan Khairat ASNB boleh dilakukan di mana-mana cawangan ASNB atau ejen-ejen mengikut prosedur terkini. Tuntutan kematian ini mestilah dibuat dalam tempoh 6 bulan kematian pendeposit.

Jika tidak dituntut dalam tempoh 6 bulan ini, bantuan khairat kematian ini dikira hangus dan waris tidak lagi layak mendapatkannya.

Proses memohon bantuan khairat kematian ini adalah seperti yang berikut:

  1. Sila hadir ke kaunter ASNB berdekatan
  2. Bawa bersama dokumen penting seperti sijil kematian pendeposit atau pemegang akaun

Selain itu, bagi pemegang akaun yang mempunyai simpanan kuranng daripada RM5,000 waris boleh membuat pengeluaran wang simpanan.

Sekiranya jumlah simpanan adalah melebihh RM5,000, kes ini mestilah dirujuk di Amanah Raya Berhad dimana proses pembahagian harta pusaka ini akan dibuat mengikut wasiat dan faraid.

KADAR BAYARAN KHAIRAT KEMATIAN ASB

Kelayakan bantuan Khairat ASNB adalah tertakluk kepada jumlah pegangan unit si mati pada Tarikh Kematian seperti berikut:

  • Simpanan bawah RM 1000– Khairat Kematian RM 200
  • Simpanan RM 1,000 dan ke atas – Khairat Kematian RM 500

SOALAN LAZIM

Bagaimana waris menerima Khairat ASNB?

  • Penerimaan bantuan Khairat ASNB adalah secara tunai sahaja di kaunter cawangan ASNB atau ejen.

Jika waris memohon bantuan Khairat ASNB pada 15 Oktober 2020 dan tarikh kematian pemegang unit adalah sebelum tarikh tersebut, adakah waris tertakluk kepada struktur baharu bantuan Khairat ini?

  • Ya. Bantuan Khairat akan diproses mengikut tarikh permohonan di cawangan ASNB atau ejen.

Bilakah struktur baharu bantuan Khairat ASNB berkuat kuasa?

  • Struktur baharu bantuan Khairat ASNB berkuat kuasa pada 15 Oktober 2020. Sebarang permohonan yang diterima pada atau selepas tarikh kuat kuasa tersebut adalah tertakluk kepada struktur baharu bantuan Khairat ASNB.

Maklumat Lanjut & Pertayaan

Sila hubungi : 03 – 7730 8899

asnbcare@pnb.com.my

Waktu Operasi

Isnin  – Ahad : 8.00 pagi – 10.00 malam

(kecuali pada cuti umum kebangsaan dan cuti umum Wilayah Persekutuan)

Layari portal ASNB

Baca juga :

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *