KENALI SIAPA BANI TAMIM (KAITAN DENGAN TANAH MELAYU)

KENALI SIAPA BANI TAMIM (KAITAN DENGAN TANAH MELAYU)
Share Artikel Ini Di Media Sosial

KENALI SIAPA BANI TAMIM (KAITAN DENGAN TANAH MELAYU)

Dunia yang kita duduk ni tak akan kekal dan ia akhirnya akan dilenyapkan suatu hari nanti – itulah yang disebut sebagai kiamat. Tapi nak sampai ke hari kiamat tu macam-macam peristiwa akan jadi. Sebab itulah kita dengar pasal akan munculnya Imam Mahdi, Nabi Isa, pemuda Bani Tamim dan Dajjal.Jadi bagaimana untuk kenali siapa bani Tamim dan kaitannya dengan melayu.

Sebabnya sebelum ni dah ada kontroversi yang mengatakan – perkataan “ta” tu bermaksud Tanah dan “mim” pulak bermaksud Melayu – maka jadilah Tanah Melayu. Tapi pandangan ni dapat kritikan banyak pihak – dari pendakwah, mufti sampailah ke ahli akademik.

Baca Juga : Siapakah Sebenar Panji Hitam Dari Timur Yang Dimaksudkan?

Pandangan Prof Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Untuk kita kenali siapa bani tamim , “Kita tidak boleh begitu obsesif membuat kesimpulan simplistik. Apatah lagi untuk mengaitkan dengan huruf ‘ta’ dan ‘mim’. Justeru, nasihat saya kepada asatizah (pendakwah) ‘segera’ ini, jangan terlalu obses untuk menjadi selebriti, sabar. Latih diri dahulu dengan permainan politik lensa.” – Prof Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah. Dipetik dari Sinar Harian.

 

Riwayat Tabrani

Kedatangan Imam Mahdi dan Bani Tamim adalah termasuk dalam perkara-perkara yang akan berlaku di masa depan. Jadinya, tak ada sesiapa yang dibagi autoriti untuk menokok tambah sesuatu riwayat yang dah sedia ada. Berkenaan dengan Bani Tamim, memang ada hadis-hadis yang sebut pasal pemuda Bani Tamim dan pembawa panji-panji hitam.

“Akan keluar dari keturunan ini (Sayidina Ali) seorang yang akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan. Jika kamu telah melihatnya, maka hendaklah kamu bersama pemuda Bani Tamim yang datang dari arah Timur dan dia adalah pembawa panji al-Mahdi.” – Riwayat Tabrani.

 

Pandangan Dr. Asri Zainul Abidin

Menurut Dr. Asri Zainul Abidin, Bani Tamim ni adalah orang Arab yang berasal dari keturunan Quraisy. Tak ada kena mengena dengan orang Melayu. Kita juga jangan terkeliru di antara Bani Tamim dan Bani Taiyim. Saidina Abu Bakar berasal dari Bani Taiyim dan bukannya Bani Tamim.

“Bani Tamim ni antara Quraisy. Kita boleh lihat banyak keluarga at-Tamimi dalam pemerintahan teluk. Kita ada Azzam at-Tamimi seorang pejuang Palestin. Muhammad bin Abdul Wahab yang ramai marah tu pun Bani Tamim.” – Dr Asri Zainul Abidin, Mufti Perlis.

Dikatakan pemuda Bani Tamim akan keluar dan antara yang akan membawa bendera Mahdi. Hadis-hadis tentang masalah ini tidak begitu kuat.” – Dr Asri Zainul Abidin, Mufti Perlis.

 

Dari Abu Hurairah R.A

Abu Hurairah radhiyallahu anhu berkata: Aku sentiasa MENCINTAI BANI TAMIM disebabkan TIGA PERKARA  yang aku dengar daripada Rasulullah shallallahu alaihi wa salam.

1.Aku mendengar Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda:

 هم أشد أمتي على الدجال

“MEREKA adalah umatku yang PALING KUAT MENENTANG DAJJAL”

2.Satu hari, sampai sedekah BANI TAMIM. Lalu, Nabi shallallahu alaihi wa salam bersabda:

  هذه صدقات قومنا

“Ini merupakan sedekah KAUM KAMI”

3.Ada seorang tawanan wanita daripada BANI TAMIM berada di sisi Aisyah radhiyallahu anha. Lalu,  Rasulullah shallallahu alaihi wa salam bersabda:

 أعتقيها فانها من ولد اسماعيل

“Bebaskanlah dia kerana dia merupakan anak keturunan Ismail (alaihissalam)” [Muttafaqun Alaih]

BANU TAMIM adalah kabilah masyhur yang berada di sekitar ARAB SAUDI dan negara di sekitarnya.

Syaikh Abdul Muhsin Al-Abbad hafizahullah, ketika mensyarahkan Shahih al-Bukhari di Masjid Nabawi berkata:

“Hadis ini merupakan dalil bahawa KABILAH ini akan TERUS KEKAL sehingga akhir zaman di samping KELUARGA NABI shallallahu alaihi wa salam yang akan lahir daripadanya Mahdi”

Jangan kita bencikan BANI TAMIM. Kenali mereka dan keturunan mereka. Cintailah mereka sebagaimana Abu Hurairah radhiyallahu mencintai mereka.

Semoga Allah taala berikan kekuatan kepada kita untuk bersama-sama Mahdi dan Bani Tamim untuk menentang Dajjal jika dia muncul nanti.

 

Ada Yang Mengaku Menjadi Putera Bani Tamim

Secara ringkasnya, pemuda Bani Tamim adalah orang yang akan menolong Imam Mahdi di akhir zaman nanti. Tapi masalah mula jadi bila ada individu tertentu yang mengaku jadi putera Bani Tamim. Antaranya adalah Ashaari Muhammad, pemimpin gerakan al-Arqam.

Ashaari mendakwa dirinya sebagai putera Bani Tamim yang boleh berhubung dengan Imam Mahdi dan Rasulullah. Perhubungan tu pulak dalam keadaan mimpi atau sedar (yaqazah). Selain tu, al-Arqam jugak dakwa pengasas Tarekat Muhammadiah, Sheikh al-Suhaimi sebagai Imam Mahdi yang ghaib sekejap sebelum datang balik untuk pimpin umat Islam.

“Apabila ada dalam riwayat, yang membantu Imam Mahdi itu adalah seorang dari Bani Tamim, ini riwayat daif. (Dalam riwayat itu kata) namanya Syuib bin Solleh. Apa Ashaari al-Arqam buat, dia kata Syuib bermaksud satu lembah kecil iaitu Naning, Negeri Sembilan. Solleh bererti anak orang yang soleh. Jadi dia takwilkan (tafsirkan) semua benda supaya merujuk kepada dia. Ini sangat bahaya.” – Dr Asri Zainul Abidin, Mufti Perlis.

Akhirnya pada tahun 1994, Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan gerakan ni kerana menyeleweng dari ajaran Islam sebenar. Kerajaan Malaysia jugak mengharamkan pergerakan al-Arqam dan Ashaari sendiri dah ditangkap masuk ISA pada tahun yang sama. Pada tahun 2010, Ashaari meninggal dunia dan dikebumikan di Rembau, Negeri Sembilan.

 

Hadis Berkaitan Bani Tamim Daif dan Tak Boleh Dijadikan Hujah?

Seperti mana yang dikatakan oleh Dr Maza tadi, hadis berkaitan dengan Bani Tamim kebanyakannya tak kuat. Perkara ni juga dikatakan oleh Dr al-Syarif Hatim ibn al-Auni dari Universiti Ummul Qura, Arab Saudi.

Menurutnya, tak ada satu pun hadis-hadis pasal pembawa panji-panji hitam disandarkan kepada Rasulullah (marfuq) dan disandarkan kepada sahabat (mauquf). Maka dengan itu beliau kata hadis-hadis ini tak layak dijadikan hujah.

“Bagaimanapun secara keseluruhannya, para ulama hadis mendapati tiada satu pun hadis sahih berkenaan pemuda Bani Tamim. Apa yang sampai kepada kita ialah apa yang diriwayatkan antaranya oleh Imam al-Tabrani, namun al-Haithami mengatakan hadis tersebut munkar.

Begitu juga apa yang diriwayatkan oleh Ibn Hammad di dalam kitab al- Fitan, namun begitu kedua-dua riwayat tersebut mauquf (tidak dihubungkan) kepada tabi’in, dan apa yang mauquf kepada tabi’in dianggap sebagai maqtu’ (hadith yang terputus).” – Cawangan Aqidah, Bahagian Penyelidikan JAKIM.

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *