KENALI POKOK KECUBUNG  (Beracun Tapi Berkhasiat)

KENALI POKOK KECUBUNG  (Beracun Tapi Berkhasiat)
Share Artikel Ini Di Media Sosial

KENALI POKOK KECUBUNG  (Beracun Tapi Berkhasiat)

Kenali Pokok kecubung, bagi anda yang tinggal di bandar mungkin tidak mengenali tumbuhan ini atau tidak mengambil tahu mengenainya. Tetapi bagi penduduk di kampong, tumbuhan ini boleh didapati hidup meliar di kawasan-kawasan lapang atau belukar yang terbiar dan boleh dikategorikan sebagai rumpai. Terdapat juga pokok kecubung ditanam sebagai tumbuhan hiasan kerana bunganya yang cantik dan unik.

Pokok kecubung, horn of plenty angel’s, Devil’s trumpet (Inggeris) atau nama saintifiknya Datura stramonium merupakan pokok renek herba semusim yang berasal dari Negara China. Rupa bentuk tumbuhan ini menyerupai pokok terung dan tidak hairanlah kerana ianya dari keluarga yang sama iaitu Solanaceae. Terdapat 3 jenis kecubung iaitu kecubung besar, kecubung kecil dan kecubung putih.

baca Juga : Cara Tanam Kacang Botol (Mudah Dan Betul)

PEMBIAKAN

Pokok kecubung mudah dibiakkan menggunakan biji benih dari buahnya yang berduri berwarna hijau muda ketika muda dan bertukar ke warna cokelat apabila matang. Buah yang matang akan pecah dan menyemburkan biji-biji yang berwarna hitam untuk pembiakan secara semulajadi. Ianya juga boleh dibiakkan menggunakan keratan batang.

Pokok kecubung boleh mencapai ketinggian sehingga 2 meter, batangnya berkayu keras dan bercabang membentuk rimbun. Bunganya membentuk serombong atau trompet dalam berbagai saiz dan warna yang berbeza iaitu ungu dan putih, terdapat juga bunga kuning atau oren, tetapi kurang dijumpai.

 

TUMBUHAN BERACUN

Pokok kecubung merupakan tumbuhan yang beracun kerana terdapat unsur-unsur toksik terutama kandungan alkaloid – alkaloid tropana. Gejala ini boleh menyebabkan kulit menjadi merah, sakit kepala, halunisasi dan mungkin konvulsi iaitu mengigil dan kejang serta koma.

Semua bahagian tumbuhan ini beracun, namun begitu keracunan hanya akan berlaku sekiranya sebarang bahagian tumbuhan ini dimakan dalam kuantiti yang banyak. Jika ada yang keracunan kecubung, terutamanya kanak-kanak jangan biarkan pesakit tertidur sebaliknya biarkan mangsa berada dalam keadaan sedar dengan cara minum kopi dan menyedut udara segar hingga kesan keracunan hilang.

Kandungan kimia yang terkandung dalam kecubung adalah hiosin, oksalik, lemak, dan hyosiamin. Kecubung putih ialah kecubung yang paling beracun sekali kerana ia mengandungi sebatian alkaloid beladona.

 

PERUBATAN CINA

Namun begitu kecubung merupakan salah satu daripada 50 herba asas yang digunakan dalam herbologi Cina dan dipanggil mereka sebagai yáng jīn huā. Walaubagaimana pun penggunaan segala ubat dari kecubung terhad untuk kegunaan luaran sahaja.

 

PERUBATAN MELAYU

Dalam perubatan melayu pula, kecubung biasanya digunakan untuk merawat penyakit seperti asma, rheumatik, sakit pinggang, bisul dan resdung. Berbagai cara dan kaedah boleh digunakan dan salah satu cara bagi menghilangkan bentan pada buah zakar bayi adalah dengan mengambil daun kecubung dan disapu dengan minyak kelapa dan dilayur di atas api kemudian balut buah zakar dan membiarkan untuk beberapa ketika.

 

Sumber DOA

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *