KEMASKINI STATUS BERKAHWIN STR : TUKAR STATUS

KEMASKINI STATUS BERKAHWIN STR : TUKAR STATUS
Share Artikel Ini Di Media Sosial

KEMASKINI STATUS BERKAHWIN STR : TUKAR STATUS

Tahukah anda cara kemaskini status berkahwin dalam permohonan STR anda? Pertukaran status ini boleh jadi dari bujang kepada berkahwin ataupun sebaliknya.

Berikut adalah cara kemaskini status berkahwin anda :

APAKAH STR

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

SITUASI TUKAR STATUS PERKAHWINAN STR

Terdapat 2 jenis situasi yang berkaitan dengan tukar status perkahwinan ini iaitu:

  • BUJANG KEPADA KAHWIN( bujang > berkahwin)
  • KAHWIN KEPADA BUJANG( berkahwin > janda/duda/ibu tunggal)

TARIKH BAYARAN STR

Pembayaran sumbangan tunai rahmah (STR) akan dilaksanakan 4 kali setahun dan tarikh pembayaran akan dimaklumkan dari masa ke semasa

  • Bayaran fasa pertama telah disalurkan kepada penerima yang lulus bermula pada 17 Januari 2023
  • Bagi penerima STR 2023 Fasa 1 yang tiada akaun bank, tuntutan tunai boleh dilakukan di mana-mana cawangan BSN
  • Bayaran bagi STR 2023 Fasa 1 dan 2 menggunakan maklumat penerima BKM 2022 dan pembayaran Fasa 3 dan 4 akan menggunakan maklumat penerima STR 2023

 

TARIKH PERMOHONAN BARU & KEMASKINI STR

Permohonan baru dan pengemaskinian STR telah dibuka bermula mulai 1 Mac 2023 – 31 Mac 2023 (1 bulan). Permohonan boleh dibuat di portal rasmi STR

 

CARA KEMASKINI STATUS BERKAHWIN STR

Berikut adalah merupakan cara untuk kemaskini status Berkahwin STR iaitu:

  1. Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023
  2. Klik butang Log Masuk bagi membuat Kemas Kini Permohonan.
  3. Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan. Jika masih belum mendaftar, sila rujuk panduan pengguna – Daftar MySTR 2023
  4. Klik butang Kemas Kini Permohonan setelah berjaya log masuk MySTR.
  5. Pada bahagian Maklumat Pemohon, lengkapkan yang diperlukan Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
    • Maklumat permohonan akan dipaparkan secara automatik berdasarkan maklumat terkini permohonan yang dihantar secara dalam talian atau berdasarkan permohonan BKM 2022.
    • Kemas Kini ruangan berikut jika ada perubahan maklumat:
      • Nombor Telefon Rumah Pemohon
      • Nombor Telefon Bimbit Pemohon
      • Pilihan Pekerjaan
      • Pilihan Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan)
      • Pilihan Status Perkahwinan Pemohon:-
        • Kahwin
        • Cerai
        • Kematian Pasangan
        • Bujang
      • Jika pilihan Status Perkahwinan adalah Kahwin atau Cerai atau Kematian Pasangan, isikan maklumat Tarikh Status Perkahwinan. Ruangan tarikh ini merujuk kepada Status Perkahwinan,
        • Jika Kahwin, masukkan tarikh perkahwinan
        • Jika Cerai, masukkan tarikh perceraian
        • Jika Kematian Pasangan, masukkan tarikh kematian pasangan
      • Alamat Surat-Menyurat Pemohon.
        • Maklumat Bandar dan Negeri akan dipaparkan secara automatik berdasarkan maklumat Poskod yang diisi.
      • Nombor Poskod Pemohon.
      • Pilihan Nama Bank Pemohon. Pilihan maklumat Akaun Bank yang masih aktif. Rujuk lampiran Senarai Bank. Masukkan Nombor Akaun Bank
      • Alamat e-mel
  1. Pada bahagian Maklumat Pasangan, Jika Status Perkahwinan Pemohonan adalah Kahwin, Maklumat Pasangan perlu diisi dengan lengkap. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
    • Pilih Jenis Pengenalan Pasangan
      • MyKad / MyPR / MyKAS
      • Sijil Lahir
      • Pasport
    • Masukkan Nombor Pengenalan Pasangan.
      • Jika nombor pengenalan pasangan wujud pada data JPN, maklumat Nama
        dan Jantina akan dipaparkan secara automatik dan tidak boleh dipinda.
      • Jika tidak wujud pada data JPN, permohonan tidak boleh diteruskan dan
        paparan berikut akan dipaparkan:
      • Jika jenis pengenalan pasangan adalah Sijil Lahir / No. Pasport, ruangan
        Nama dan Jantina perlu diisi oleh pemohon. Salinan dokumen pengenalan
        pasangan perlu dikemukakan ke LHDNM.
      • Sekiranya maklumat pasangan telah wujud pada permohonan lain,
        permohonan tidak boleh diteruskan. Sila rujuk LHDNM berhampiran.
    • Isikan Nombor Telefon Bimbit Pemohon
    • Isikan pilihan Pekerjaan
    • Isikan pilihan Nama Bank Pemohon. Pilihan maklumat Akaun Bank yang masih
      Rujuk lampiran Senarai Bank. Masukkan Nombor Akaun Bank
  2. Pada bahagian Maklumat Anak, perlu diisi
    dengan lengkap. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.

    • Pemakluman mengenai Maklumat Anak
    • Tindakan seterusnya seperti berikut:
      • Masukkan Nombor Pengenalan Anak (MyKad / MyKid sahaja).
      • Jika nombor pengenalan Anak wujud pada data JPN, maklumat Nama dan Umur
        akan dipaparkan secara automatik dan tidak boleh dipinda. Salinan Sijil Kelahiran
        Anak perlu dikemukakan ke LHDNM berhampiran.
      • Jika tidak wujud pada data JPN, maklumat anak tidak boleh diisi.
    • Pilih Status Anak
      • Anak Kandung
      • Anak Angkat
    • Anak terhad kepada 5 orang sahaja untuk diisi.

 

MAKLUMAT LANJUT

Layari : https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/str.html

BACA JUGA :

TERLUPA KATA LALUAN STR : TUKAR PASSWORD BARU

CARA PERMOHONAN RAYUAN STR (Senarai Alasan Tidak Lulus & Permohonan Semula)

PERMOHONAN STR : KEMASKINI DAN SEMAK KELAYAKAN

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *