KELEBIHAN DAN KEBURUKAN NFT

KELEBIHAN DAN KEBURUKAN NFT
Share Artikel Ini Di Media Sosial

KELEBIHAN DAN KEBURUKAN NFT

Sebelum melabur, pastikan anda tahu serba sedikit kelebihan dan keburukan NFT ini. Topik ini sebenarnya cukup panjang dan lama untuk dibahaskan atau untuk diceritakan. Biasalah perkara baru sudah pasti banyak yang kena kita belajar supaya ilmunya kita dapat.

Baca Juga : Platform Popular Untuk Beli NFT

KELEBIHAN NFT

1.Memberi pelabur lebih kecairan

Salah satu kenapa orang ramai sukakan digital adalah kecairan atau liqiudity. Salah satu indikator pelaburan yang dicari ramai adalah kebolehan untuk kita tukar pelaburan kita itu kepada benda yang kita mahukan. Sebagai contoh jika anda memiliki tanah di dunia nyata, untuk menjualnya anda perlukan masa dan kos yang tinggi. Walaupun anda miliki tanah ratusan ribu tapi untuk menukar kepada wang kemungkinan besar mengambil masa 1-2 tahun dan nilainya juga berubah tak seperti yang anda mahukan

Tapi sebaliknya jika anda mempunyai tanah dalam NFT sebagi contoh, anda boleh jadikan tanah itu sebagai tapak sewa pengiklanan sebagai contoh atau terus menjual jika anda dapat good bargain. Procesnya juga cukup mudah, hanya beberapa klik anda sudah mendapat nilai yang anda mahukan. Jimat masa dan tenaga anda

2.Potensi besar untuk pembangunan lebih kehadapan

Pelaburan NFT yang melibatkan teknologi blockchain ini juga mempunyai potensi besar untuk dimajukan di masa hadapan. Jika anda memiliki NFT karya seni seseorang artis yang belum terkenal dan selepas 5 tahun artis itu menjadi terkenal jadi anda dapat pulangan yang berpuluh malah beratus kali ganda apabila ada orang mahu membida dengan tinggi.

 

KEBURUKAN NFT

1.Hype semata mata?

Nilai dalam NFT ini sebenarnya sama dengan barangan fizikal. Value atau nilainya hanya akan meningkat jika ada permintaan atau bargain yang ramai dalam usaha mahu memilikinya. Kini ramai yang rasa ia bernilai, jadi ramai yang mahu memilikinya. Tapi jika selepas ini ada benda baru tercipta dan anda sebenarnya tidak boleh menafikan tekologi baru selepas ini, maka ia adalah pelaburan yang sia sia sahaja

Eloklah jangan kita terikut ikut dengan hype atau trend ini supaya duit kita kelak selamat

2.Instrumen belum matang

Pelaburan dalam NFT ini boleh dikatakan belum matang. Walaupun NFT di dunia nyata sudah melahirkan seorang Billionaire iaitu pengasas OpenSea tetapi dia peroleh kekayaan dengan membina syarikat, bukannya dalam item di dunia digital

Jadi boleh dikatakan instrumen ini belum matang dan ia dikategorikan dalam kategori high risk. Adakah high risk boleh mendatangkan high return? Ya sudah pasti Cuma janganlah terburu buru supaya anda tidak menjad mangsa ‘blue chip’

 

Jual BEli NFT disini

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *