SKIM PERUBATAN MADANI : Rawatan Percuma Golongan Kurang Mampu

Kelayakan Skim Perubatan Madani : Rawatan Percuma Golongan Kurang Mampu
Share Artikel Ini Di Media Sosial

SKIM PERUBATAN MADANI : Rawatan Percuma Golongan Kurang Mampu

Berita baik kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), anda layak untuk mendapat rawatan tertentu di klinik perubatan swasta (GP) yang berdaftar secara percuma. Bagi mengurangkan kesesakan pesakit di hospital kerajaan dan klinik kesihatan, Perdana Menteri telah mengumumkan satu skim yang bakal dinikmati oleh rakyat yang memerlukan  ketika pembentangan Bajet 2023. Oleh itu, berikut dikongsikan maklumat berkaitan Skim Perubatan Madani: Rawatan Percuma Buat Golongan Kurang Mampu.

Golongan B40 layak untuk menerima Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut) seperti demam dan selsema. Lebih kurang 700,000 isi rumah boleh memanfaatkan skim ini sekaligus mengurangkan beban kos rawatan kesihatan serta mengurangkan jumlah pesakit di hospital dan klinik kesihatan kerajaan. Kerajaan telah memperuntukkan RM120 juta bagi tujuan skim ini dan menggalakkan kerjasama daripada klinik perubatan swasta untuk bersama-sama mengurangkan beban kewangan rakyat.

Baca Juga : BANTUAN KERAJAAN – Bantuan Warga Emas (BWE)

Skim Perubatan Madani: Rawatan Percuma Buat Golongan Kurang Mampu

Pada 2 Jun 2023, Menteri Kesihatan Dr, Zaliha Mustafa berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menjemput GP di 10 daerah seluruh negara untuk menyertai program rintis Skim. Menurut laman web rasmi ProtectHealth selaku badan yang bertanggungjawab, skim ini akan bermula pada 15 Jun 2023.

Di bawah dikongsikan maklumat lebih lanjut mengenai Skim ini yang bakal memberikan Rawatan Percuma Buat Golongan Kurang Mampu.

Apa Itu Skim Perubatan Madani?

Skim ini ialah inisiatif kerajaan untuk menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut.

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam kalangan golongan B40 boleh mendapatkan rawatan di klinik perubatan swasta yang berdaftar dan menerima rawatan tertentu secara percuma.

Fasa rintis skim ini akan dilaksanakan di 10 daerah dahulu iaitu :

  1. Johor Bahru (Johor)
  2. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  3. Klang (Selangor)
  4. Petaling (Selangor)
  5. Hulu Langat (Selangor)
  6. Gombak (Selangor)
  7. Kinta (Perak)
  8. Timur Laut (Pulau Pinang)
  9. Kuching (Sarawak)
  10. Kota Kinabalu (Sabah)

Rangkuman lokasi yang menawarkan skim ini akan diperluaskan bergantung kepada keputusan Kerajaan. Skim ini atau ringkasnya SPM akan bermula pada 15 Jun 2023 sehingga 31 Disember 2023.

Manfaat rawatan yang diterima adalah mengikut kategori isi rumah berkeluarga sehingga RM250, Warga emas tanpa pasangan sehingga RM125 dan bujang sehingga RM75.

Senarai Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut

Berikut adalah senarai rawatan pesakit luar kes-kes akut yang boleh didapatkan secara percuma di bawah Skim ini:

  1. i) Demam dan Selsema
  2. ii) Sakit Kepala

iii) Cirit Birit dan Muntah

  1. iv) Terseliuh
  2. v) Trauma ringan seperti luka ringan dan lain-lain

Rawatan yang tidak termasuk adalah:

  1. Imunisasi Rutin
  2. Saringan Kesihatan
  3. Rawatan Susulan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) Rutin
  4. Rawatan Susulan Ibu dan Anak Rutin
  5. Perancangan Keluarga Rutin
  6. Perkhidmatan Rehabilitasi
  7. Permintaan Ubat tanpa konsultasi doktor
  8. Permintaan Suplemen

Kelayakan Skim

Di bawah adalah senarai kelayakan bagi Skim:

  1. i) Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
  2. ii) Isi rumah yang berkeluarga dan berdaftar dengan LHDN

iii) Warga emas (tanpa pasangan) Berumur 60 tahun dan ke atas

  1. iv) Bujang berumur antara 21 – 59 tahun manakala bujang OKU berumur antara 19 – 59 tahun

Kelayakan adalah secara automatik. Mereka yang layak WAJIB membuat pengisytiharan bahawa mereka TIDAK menerima mana-mana manfaat yang sama atau serupa seperti Skim ini daripada mana-mana skim majikan/kerajaan negeri/agensi perubatan lain.

Langkah Mendapatkan Skim Perubatan Madani

Untuk mendapatkan Skim ini, anda boleh ikuti langkah-langkah seperti berikut:

  1. Semak kelayakan diri di laman sesawang rasmi SPM
  2. Hadir ke klinik swasta yang berdaftar dengan Skim ini dan bawa kad pengenalan (IC).
  3. Senarai Klinik Skim Perubatan Madani boleh dirujuk di : Klinik-Klinik SPM
  4. Terima rawatan pesakit luar kes-kes akut secara percuma
  5. Had manfaat SPM anda akan ditolak selepas selesai mendapatkan rawatan. Manfaat skim ini tertakluk kepada terma dan syarat oleh pihak ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd.

Soalan Lazim SPM

1) Adakah penerima Skim akan dikenakan sebarang bayaran untuk tujuan rawatan dan ubat-ubatan?

-Tiada sebarang bayaran akan atau boleh dikenakan kepada penerima oleh mana-mana pihak di bawah Skim ini dalam rawatan, prosedur dan ubat-ubatan di bawah Skim.

2) Berapakah jumlah manfaat kelayakan bagi setiap kategori di dalam Skim?

-Tiga (3) kategori jumlah manfaat kelayakan untuk Skim ini ialah (sehingga Disember 2023.)

Isi Rumah Berkeluarga – RM250

Warga Emas (tanpa pasangan) – RM125

Bujang – RM75

-Had manfaat Skim akan berkurang selepas setiap lawatan mendapatkan rawatan. Manfaat Skim adalah tertakluk kepada Terma & Syarat oleh pihak ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd.

3) Bagaimanakah saya hendak menyemak baki had manfaat kelayakan?

-Baki had manfaat kelayakan boleh disemak melalui Klinik Perubatan Swasta (GP) yang berdaftar sewaktu lawatan untuk mendapatkan rawatan dilakukan.

4) Apakah yang perlu dilakukan sekiranya caj pakej rawatan yang dikenakan melebihi had manfaat rawatan yang ditetapkan?

-Klinik Perubatan Swasta tidak boleh mengenakan sebarang caj rawatan tambahan kepada pesakit di bawah Skim ini. Sekiranya terdapat sebarang rawatan dan/atau prosedur tambahan yang tidak tersenarai di bawah Skim ini, pihak Klinik Perubatan Swasta perlulah merujuk pesakit kepada fasiliti kesihatan awam seperti Klinik Kesihatan dan Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia.

5) Berapa lama Skim ini ditawarkan?

-Skim ini akan bermula pada 15 Jun 2023 sehingga 31 Disember 2023. Sebarang pertukaran tarikh akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan Skim Perubatan Madani: Rawatan Percuma Buat Golongan Kurang Mampu, layari Laman Web Rasmi ProtectHealth.

Sekiranya terdapat sebarang aduan yang ingin dilakukan, penerima boleh menghantar

emel ke: spm@protecthealth.com.my

atau hubungi: +603-8687 2525

Related : pengamal perubatan swasta gp yang berdaftar, kuala lumpur kinta perak timur laut pulau pinang johor bahru johor kota kinabalu sabah dan kuching sarawak, meningkatkan kesejahteraan golongan berpendapatan rendah, gombak selangor kinta perak timur laut pulau pinang johor bahru johor kota kinabalu sabah dan kuching sarawak, manfaat perkhidmatan kesihatan primer akut rawatan pesakit luar kes kes akut di gp berhampiran, membantu golongan b40 mendapatkan perkhidmatan penjagaan primer akut rawatan pesakit luar kes kes akut di gp berhampiran, pengamal perubatan swasta umum, laman sesawang protecthealth di https://protecthealth.com.my/skimperubatanmadani/, manfaat perkhidmatan penjagaan kesihatan primer akut rawatan pesakit luar kes kes akut di gp berhampiran,

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *