Syarat Kelayakan Minimum Diploma TVET Kemasukan Ke Universiti Awam

Syarat Kelayakan Minimum Diploma TVET Kemasukan Ke Universiti Awam
Share Artikel Ini Di Media Sosial

Syarat Kelayakan Minimum Diploma TVET Kemasukan Ke Universiti Awam

Berita baik kepada lepasan Diploma TVET yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Ijazah Sarjana Muda di universiti awam di Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah meminda syarat-syarat kelayakan bagi pelajar Kolej Vokasional untuk memohon kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam. Berikut dikongsikan syarat kelayakan minimum Diploma TVET untuk kemasukan ke universiti awam untuk panduan semua.
KPM telah bermesyuarat bagi mengambil maklum Pelaksanaan Sistem Jaminan Kualiti Tunggal TVET: Penambahbaikan Laluan Pendidikan Graduan TVET. Maka, pemindaan syarat telah dilaksanakan bertujuan untuk menambah baik peluang pendidikan laluan pelajar lepasan TVET di peringkat pengajian tinggi. Diploma TVET terdiri daripada Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM).

Baca Juga : CARA PERMOHONAN UPU ONLINE SESI AKADEMIK 2023/ 2024

SYARAT KELAYAKAN MINIMUM DIPLOMA TVET SEBAGAI SYARAT KEMASUKAN KE PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA DI UNIVERSITI AWAM

Berikut dikongsikan pindaan terhadap syarat-syarat kelayakan minimum Diploma TVET yang dilaksanakan untuk kemasukan ke universiti awam.
Melalui pelaksanaan sistem ini, pihak KPM telah membuat pindaan semula syarat am untuk calon lepasan Diploma TVET untuk kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda. Pindaan ini adalah selaras dengan penambahbaikan peluang pendidikan laluan TVET seperti berikut :-

PINDAAN SYARAT KELAYAKAN AM KE UNIVERSITI AWAM BAGI LEPASAN DIPLOMA TVET

Pindaan Syarat Kelayakan Am Ke Universiti Awam Bagi Lepasan Diploma TVET

Sebelum Pindaan Selepas Pindaan
1. Mempunyai kelulusan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) atau Diploma Vokasional Malaysia (DVM) yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti (syarat khas program mengikut jenis program yang ditawarkan di UA)

DAN

1. Mempunyai kelulusan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) atau Diploma Vokasional Malaysia (DVM) yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti (syarat khas program mengikut jenis program yang ditawarkan di UA)

DAN

 

2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dan lulus mata pelajaran Sejarah mulai tahun 2013. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu kertas Julai diambil kira:

ATAU

2. Digugurkan
3. Memiliki Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan mendapat kesetaraan dengan 3 kredit Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seperti berikut:

· kepujian Bahasa Melayu 1104;

· PNGK Akademik sekurang-kurangnya 2.00;

· PNGK Vokasional sekurang-kurangnya 2.67;

· kompeten semua modul Vokasional;

· lulus mata pelajaran Sejarah SPM (Sejarah 1251 bagi calon Sijil Vokasional Malaysia ( SVM) kohort 2013-2016)

DAN

3. Digugurkan
4. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysia University English Test (MUET) mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan. 4. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysia University English Test (MUET) mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan.

 

 

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *