KEBAIKAN DAUN KETAPANG UNTUK IKAN LAGA (CARA PENGGUNAAN)

KEBAIKAN DAUN KETAPANG UNTUK IKAN LAGA (CARA PENGGUNAAN)
Share Artikel Ini Di Media Sosial

KEBAIKAN DAUN KETAPANG UNTUK IKAN LAGA

KEBAIKAN DAUN KETAPANG UNTUK IKAN LAGA (CARA PENGGUNAAN)

Ketapang?

Pokok ketapang ni memang tak asing kat Malaysia, pokok ni hampir ada kt mana-mana dan mempunyai begitu banyak kebaikan daun ketapang ini, mungkin korang tak perasan. Orang dulu-dulu guna pokok ni sebagai tempat berteduh sebab dia punya daun boleh tahan lebar juga. Nama botani atau nama saintifik untuk pokok dipanggil Millania Catappa. Ambil daun je ye. daun ini juga dipanggil Indian Almond Leaves. Setiap bahagian pada pokok ini mempunyai khasiat masing masing.

Baca Juga : KENALI IKAN TOMAN SI PEMANGSA (GIANT SNAKEHEAD)

 

Benarkah Daun Ketapang Baik Untuk Ikan Laga?

Daun ketapang ni dah diguna sejak turun temurun oleh kebanyakan penternak ikan laga dan dipercayai mampu memberi tenaga  luar biasa yang mana-mana haiwan tak boleh peroleh.Air rendaman daun ini memang cukup bagus untuk ikan laga kerana manfaat dari air rendamannya mampu memberi tenaga dalam amsa yang sama mengurangkan stress ikan laga. Alhamdulillah daun ni memang tak asing lagi di Malaysia serta mudah didapati, malah masyarakat luar negara berpusu pusu ingin mendapatkan daun ketapang untuk ikan laga mereka tambahan iklim negara tertentu tidak mengizinkan tumbuhan ini tumbuh bebas.

Daun ketapang mengandungi asid Humin dan Tunnin yg boleh mengurangkan nilai ph atau asid dalam air. Namun daun yang dipilih mestilah yang sudah kering kerana hanya yang kering boleh memberi air rendaman optimum untuk ikan laga.Daun ini bukan sahaja boleh merawat luka-luka pada ikan laga malah juga boleh memberi tenaga untuk ikan laga yang murung mahupun untuk pengawanan. Air rendaman daun ketapang ini berwarna agak coklat pudar.

Daun ketapang adalah alternatif terbaik untuk ikan laga bagi menggantikan blackwater. Daun ketapang mempunyai bentuk yg lebar dan besar. Daun ketapang bukan sahaja digunakan untuk ikan laga malah daun ini juga digunakan oleh penternak untuk ikan kelisa ikan ikan koi dan banyak lagi ikan yang kebanyakkan ikan air tawae, antara manfaat lain daun ni mampu bertindak sebagai pembunuh bakteria yang boleh mendatangkan penyakit-penyakit buruk kepada ikan.

 

 

Antara manfaat daun ketapang untuk ikan laga ialah

  • Mampu menurunkan nilai Ph/Asid dalam air yang beralkali
  • Bertindak sebagai pembunuh bakteria yg boleh mendatangkan penyakit kepada ikan laga
  • Merawat luka-luka pada ikan laga
  • Mencegah ikan laga dari terkena penyakit
  • Mengoptimum kesihatan ikan laga
  • Merangsang pembentukan buih oleh ikan laga jantan ketika mengawan serta menggersangkan lagi ikan laga ketika mengawan
  • Menyerap serta menyahtoksidkan bahan-bahan kimia yg terdapat dalam air seperti logam berat (tembaga,zink,aluminium,kadmium)
  • Memastikan ikan laga sentiasa/kekal aktif dan sihat
  • Mencegah fry/anak ikan baru dari terkena penyakit
  • Ikan akan berasa seperti di habitat semulajadinya yang gelap
  • Menggalak pertumbuhan ekor yg cantik serta memulihkan sirip,ekor dan kulit yg rosak
  • Mengurangkan stres/murung ikan laga
  • Suatu keadaan yg nyaman dan selesa untuk ikan laga

 

Perhatian/Amaran:

  • Penggunaan berlebihan daun ketapang boleh menyebabkan nilai Ph air tidak stabil disamping dapat membahayakan nyawa ikan.
  • Daun yang dipilih mestilah daun yang bersih dan kering. Daun yang belum sepenuhnya kering tidak mendatangkan manfaat malah boleh memberi keburukan kepada ikan.

 

Cara Penggunaan:

  • Sekeping daun ketapang yg kering direndam ke dalam bekas/akuarium
  • Kepingan tersebut boleh dibiar atau dialihkan setelah air bertukar kekuningan bertujuan memberi ruang untuk ikan bergerak.
  • Untuk penggunaan yg sedikit daun tersebut boleh dipotong menjadi beberapa keping. 2-3 kepingan yang dipotong sudah cukup memadai untuk menukarkan warna air kepada kekuningan
  • Boleh digunakan ketika ikan laga sakit/stres
  • Juga boleh digunakan untuk ikan yg sihat bagi mencegah daripada terkena penyakit disamping memberi tenaga sampingan. *untuk mengawan*
  • Ditukar 1-2 mggu sekali

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *