KALENDAR KUDA 2024 : RANCANG PERCUTIAN ANDA

KALENDAR KUDA 2024 : RANCANG PERCUTIAN ANDA
Share Artikel Ini Di Media Sosial

KALENDAR KUDA 2024 : RANCANG PERCUTIAN ANDA

Sudahkah anda dapatkan Kalendar Kuda Tahun 2024? Berikut adalah maklumat senarai perincian bagi jadual cuti umum, cuti negeri di Malaysia dan cuti serta takwim penggal persekolahan seluruh negeri tahun 2024 bersertakan lampiran kalendar Senarai perincian kalendar cuti umum (Malaysia Public Holidays) disertakan ini turut merangkumi Hari Kelepasan AM Persekutuan dan Negeri bagi tahun 2024 semua negeri adalah rasmi.

APAKAH KALENDAR KUDA?

Rakyat Malaysia rasanya pasti tahu dengan kalendar ‘kuda’ yang memaparkan tarikh yang dikeluarkan setiap tahun. Jadi untuk tahun 2024, anda kini boleh mula dapatkan KALENDAR KUDA TAHUN 2024. Boleh la mula rancang percutian lepas ni kan.

Bagi mereka yang kaki jalan, sudah pastinya tertunggu-tunggu kemunculan kalendar tahun 2024 atau kalendar kuda tahun 2024. Pasti ramai yang mengharapkan cuti Sabtu dan Ahad bersambung pada hari Isnin supaya dapat bersama keluarga bercuti di tempat-tempat menarik di Malaysia

KELEBIHAN KALENDAR KUDA

Setiap kali munculnya tahun baru, orang ramai pasti ingin mengetahui takwim perjalanan tahun tersebut bagi melihat tarikh-tarikh penting seperti cuti sekolah, cuti perayaan dan sebagainya.

Antara kalendar yang kerap menjadi rujukan sejak dari dahulu adalah kalendar kuda berikutan informasinya yang lengkap seperti tarikh kalendar tahun Islam dan juga kalendar tahun Cina.

MUAT TURUN KALENDAR KUDA

Kalau sebelum ni, kita boleh dapatkan KALENDAR KUDA ini di kedai-kedai atau secara percuma jika buat pembelian, tapi kini tidak lagi. Ini kerana, anda boleh dapatkan kalandar tersebut secara digital dan secara percuma sahaja. Anda boleh muat turun di

KANDUNGAN KALENDAR KUDA TAHUN 2024

Melalui KALENDAR KUDA TAHUN 2024, ada ditunjukkan tarikh cuti sekolah, cuti peristiwa, cuti umum dan sebagainya. Di dalamnya juga disertakan tarikh perayaan-perayaan utama seperti Hari Raya Aidilfitri, Aidiladha, Tahun Baru Cina, Deepavali dan banyak lagi.

Yang pastinya, cari petak yang berwarna kuning dan itulah tanda hari cuti. Selain daripada kalendar masihi, terdapat juga tarikh Maal Hijrah di dalamnya. Memang lengkap sebagai kalender la.

KALENDAR JANUARI 2024

Senarai Cuti Bulan Januari 2024

  • 1 Jan Isnin Tahun Baru 2024
  • 14 Jan Ahad Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan – Negeri Sembilan
  • 25 Jan Khamis Hari Thaipusam – Johor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Penang, Perak, Putrajaya & Selangor

KALENDAR FEBRUARI 2024

Senarai Cuti Bulan Februari 2024

  • 1 Feb Khamis Hari Wilayah Persekutuan – Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya
  • 8 Feb Khamis Israk dan Mikraj – Kedah, N. Sembilan, Terengganu & Perlis
  • 10 Feb Sabtu Tahun Baru Cina – Semua Negeri
  • 11 Feb Ahad Tahun Baru Cina (Hari Kedua) – Semua Negeri kecuali Terengganu & Kelantan

KALENDAR MAC 2024

Senarai Cuti Bulan Mac 2024

  • 4 Mac Isnin Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu – Terengganu
  • 11 Mac Isnin Awal Ramadhan * – Johor, Kedah & Melaka
  • 23 Mac Sabtu Hari Keputeraan Sultan Johor – Johor
  • 27 Mac Rabu Hari Nuzul Al-Quran – Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, N. Sembilan, Sabah, Sarawak dan Melaka
  • 29 Mac Jumaat Good Friday – Sabah & Sarawak

KALENDAR APRIL 2024

Senarai Cuti Bulan April 2024

  • 10 Apr Rabu Hari Raya Puasa Aidilfitri * – Semua Negeri
  • 11 Apr Khamis Hari Raya Puasa Aidilfitri (Hari Kedua) * – Semua Negeri
  • 15 Apr Isnin Hari Pengisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah – Melaka
  • 26 Apr Jumaat Hari Keputeraan Sultan Terengganu – Terengganu

MEI 2024

Senarai Cuti Bulan Mei 2024

  • 1 Mei Rabu Hari Pekerja – Semua Negeri
  • 17 Mei Jumaat Hari Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis – Perlis
  • 22 Mei Rabu Hari Wesak – Semua Negeri
  • 22 Mei Rabu Hari Hol Pahang  – Pahang
  • 30 Mei Khamis Pesta Kaamatan (Pesta Menuai) – Sabah dan Labuan
  • 31 Mei Jumaat Pesta Kaamatan (Pesta Menuai) (Hari Kedua) – Sabah dan Labuan

KALENDAR JUN 2024

Senarai Cuti Bulan Jun 2024

  • 1 Jun Sabtu Perayaan Hari Gawai Dayak – Sarawak
  • 2 Jun Ahad Perayaan Hari Gawai Dayak (Hari Kedua) – Sarawak
  • 3 Jun Isnin Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong – Semua Negeri
  • 15 Jun Sabtu Hari Arafah – Terengganu
  • 16 Jun Ahad Hari Keputeraan Sultan Kedah – Kedah
  • 16 Jun Ahad Hari Raya Korban /Haji/ Aidiladha * – Semua Negeri
  • 17 Jun Isnin Hari Raya Korban /Haji/ Aidiladha (Hari Kedua) * – Terengganu & Kelantan

KALENDAR JULAI 2024

Senarai Cuti Bulan Julai 2024

  • 7 Jul Ahad Awal Muharram – Semua Negeri
  • 7 Jul Ahad Hari Ulang Tahun Pengisytiharan Tapak Warisan Dunia Pulau Pinang – (Penang)
  • 13 Jul Sabtu Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang – Pulau Pinang -(Penang)
  • 22 Jul Isnin Hari Kemerdekaan Sarawak – Sarawak
  • 30 Jul Sselasa Hari Keputeraan Sultan Pahang – Pahang

KALENDAR OGOS 2024

Senarai Cuti Bulan Ogos 2024

  • 10 Ogos Sabtu Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar – Johor
  • 24 Ogos Sabtu Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka – Melaka
  • 31 Ogos Sabtu Hari Kebangsaan (Kemerdekaan) – Semua Negeri

KALENDAR SEPTEMBER 2024

Senarai Cuti Bulan September 2024

  1. 15 Sept Ahad Maulidur Rasul  – Semua Negeri
  2. 16 Sept Isnin Hari Malaysia – Semua Negeri

KALENDAR OKTOBER 2024

Senarai Cuti Bulan Oktober 2024

  • 5 Okt Sabtu Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Sabah – Sabah
  • 12 Okt Sabtu Hari Jadi Yang Di-Pertua Negeri Sarawak – Sarawak

KALENDAR NOVEMBER 2024

Senarai Cuti Bulan November 2024

  • 1 Nov Jumaat Hari Deepavali * Semua Negeri Kecuali – Sarawak
  • 1 Nov Jumaat Hari Keputeraan Sultan Perak – Perak
  • 11 Nov Isnin Hari Keputeraan Sultan Kelantan – Kelantan
  • 12 Nov Selasa Hari Keputeraan Sultan Kelantan (Hari Kedua) – Kelantan

KALENDAR DISEMBER 2024

Senarai Cuti Bulan Disember 2024

  • 11 Dis Rabu Hari Keputeraan Sultan Selangor – Selangor
  • 25 Dis Rabu Hari Krismas – Semua Negeri

 

*MAKLUMAN

Sebarang pindaan rasmi terhadap tarikh cuti akan dikemaskini dengan kadar segera. Perubahan setiap tarikh cuti bagi negeri yang berkenaan adalah berdasarkan pengumuman rasmi oleh Bahagian Kabinet, Perlembagaan Dan Perhubungan Antara Kerajaan Jabatan Perdana Menteri dihebahkan di

Portal Rasmi www.kabinet.gov.my

JADUAL CUTI PANJANG TAHUN 2024

berikut adalh jadual cuti panjang bagi tahun 2024 untuk memudahkan anda membuat perancangan.

JADUAL CUTI PANJANG TAHUN 2024

 

Baca Juga :

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2024 : CARA PERMOHONAN

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *