KADAR ZAKAT FITRAH 2024 : MENGIKUT NEGERI

KADAR ZAKAT FITRAH 2024 : MENGIKUT NEGERI
Share Artikel Ini Di Media Sosial

KADAR ZAKAT FITRAH 2024 : MENGIKUT NEGERI

Tahukah anda kadar Zakat Fitrah bagi tahun 2024? Zakat fitrah pada istilahnya ialah sedekah yang wajib dikeluarkan selepas berbuka untuk beraya dan selesainya Ramadan. Perintah menunaikan Zakat Fitrah bermula pada tahun kedua Hijrah, iaitu tahun diwajibkan puasa pada bulan Ramadhan untuk mensucikan orang Islam yang berpuasa dari kata-kata dan perbuatan yang tidak berguna. Zakat Fitrah juga untuk memberi makanan kepada orang-orang miskin dan mencukupkan keperluan dan permintaannya pada Hari Raya 1 Syawal (Aidilfitri).

APA ITU ZAKAT FITRAH?

Zakat Fitrah adalah zakat yang diwajibkan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan Muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang tertentu.

Kadar dan jenis zakat fitrah ialah segantang makanan asasi penduduk negeri tempat seseorang mukallaf itu bermukim.

Hal ini juga berdasarkan hadith daripada Abi Sa’id al-Khudri R.A katanya:

كُنَّا نُخْرِجُ فِي عَهْدِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ الْفِطْرِ صَاعًا مِنْ طَعَامٍ. وَقَالَ أَبُو سَعِيدٍ وَكَانَ طَعَامَنَا الشَّعِيرُ وَالزَّبِيبُ وَالأَقِطُ وَالتَّمْرُ

Maksudnya: “Pada zaman Rasulullah SAW kami mengeluarkan zakat fitrah pada hari raya sebanyak segantang makanan. Gandum, kismis, keju dan tamar ialah makanan kami.”

Riwayat al-Bukhari (1439)

WAKTU DAN TEMPOH BAYARAN ZAKAT FITRAH 2024

Tempoh bayaran adalah pada bulan Ramadhan sehingga pagi 1 Syawal sebelum melaksanakan Solat Sunat Aidil Fitri.

Hukum mengeluarkan zakat fitrah pada awal bulan Ramadan atau pertengahannya ada beberapa pendapat:

  • Harus sebelum raya, sehari atau dua hari. Tetapi lebih daripada itu tidak diharuskan mengikut pendapat Mazhab Malik dan Hanbali.
  • Harus mengeluarkannya daripada pertengahan bulan Ramadan. ini satu pendapat dalam Mazhab Hanbali.
  • Harus mengeluarkannya pada awal bulan. Ini adalah satu qaul dalam Mazhab Hanafi, Syafie, dan satu pendapat dalam Mazhab Hanbali.
  • Harus mengeluarkannya secara mutlak walaupun sebelum Ramadan.
  • Menurut Ibn Ruslan, hukum melambatkan bayaran zakat fitrah sehingga satu hari raya adalah haram. Pendapat ini disepakati oleh seluruh ulama. Mengikut jumhur ulama, melambatkan pembayaran zakat tersebut adalah berdosa dan wajib diqadha’. Ini kerana ia merupakan hak bagi harta dan ia tidak akan gugur dengan luput waktunya.

KADAR BAYARAN ZAKAT FITRAH SETIAP NEGERI BAGI TAHUN 2024

Berikut ialah kadar bayaran bagi setiap individu seluruh negeri di Malaysia untuk tahun 2023 bersamaan 1444 Hijrah sepertimana yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri:

  1. Perlis – RM7.00
  2. Kedah – RM7.00/ RM14.00 / RM21.00
  3. Pulau Pinang – RM7.00/ RM13.00 / RM20.00
  4. Perak – RM7.00/ RM14.00 / RM21.00
  5. Selangor – RM7.00/ RM14.00 / RM21.00
  6. Negeri Sembilan – RM7.00
  7. Melaka – RM7.00 / RM14.00 / RM21.00
  8. Johor – RM7.00 / RM10.00
  9. Pahang – RM7.00
  10. Terengganu – RM7.00
  11. Kelantan – RM7.00/ RM14.00/ RM21.00
  12. Sarawak – RM7.00
  13. Sabah – RM7.00
  14. WP Kuala Lumpur – RM7.00 / RM14.00 / RM21.00

NOTA:

  • Negeri Yang Mempunyai Lebih Daripada Satu Kadar Zakat : Setiap pembayar zakat boleh memilih kadar zakat yang sepadan dengan harga beras yang menjadi makanan mereka
  • Contoh : Umat Islam di Negeri Melaka yang menjadikan makanan hariannya iaitu beras daripada jenis super tempatan perlu membayar sebanyak RM7. Manakala kadar RM14 pula bagi mereka yang menjadikan makanan hariannya daripada beras import termasuklah dari beras wangi, beras basmathi dan seumpamanya

CARA BAYAR ZAKAT FITRAH 2024 ONLINE

Boleh semak disini utk setiap negeri  Platform Pembayaran Zakat Online (Senarai Amil Setiap Negeri)

SUMBER RUJUKAN ZAKAT FITRAH

https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/edisi-ramadhan/1940-hukum-mengeluarkan-zakat-fitrah-pada-awal-atau-pertengahan-ramadan

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *