KADAR MAS KAHWIN : SETIAP NEGERI DI MALAYSIA 

KADAR MAS KAHWIN : SETIAP NEGERI DI MALAYSIA 
Share Artikel Ini Di Media Sosial

KADAR MAS KAHWIN : SETIAP NEGERI DI MALAYSIA

Tahukah anda berapakah kadar mas kahwin di Negeri anda? Adakah anda merancang untuk berkahwin dan ingin mengetahui kadar mas kahwin anda? Sesetengah negeri di Malaysia menetapkan nilai mas kahwin ini tetapi ada juga yang tidak menetapkannnya maka jumlahnya adalah bergantung kepada persetujuan antara kedua-dua bela pihak lelaki perempuan.

Nilai mas kahwin ini ditentukan oleh negeri tempat bakal isteri anda dan hukumnya adalah wajib dibayar oleh pihak lelaki.

Baca Juga : CARA SEMAK STATUS PERKAHWINAN : ONLINE e-SYARIAH

APA ITU MAS KAHWIN / MAHAR

Mahar berasal daripada perkataan Arab. Di dalam al-Quran istilah mahar disebut dengan al-sadaq, al-saduqah, al-nihlah, al-ajr, al-faridah dan al- ‘aqd. Menurut istilah syara’ mahar ialah suatu pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan. Mas kahwin adalah pemberian yang wajib diberi oleh suami kepada isterinya dengan sebab perkahwinan.

Terdapat 2 jenis kaedah mahar, iaitu:

  1. Mahar Musamma.
    1. Mas kahwin yang telah ditetapkan dan telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak dengan tidak memandang kepada nilai maskahwin saudara-saudara perempuan yang lain. Mahar yang disebut dengan jelas jumlah dan jenisnya dalam suatu akad nikah seperti yang diamalkan dalam perkahwinan masyarakat kita pada hari ini.
  2. Mahar Misil ( mahar yang sepadan )
    1. Mahar yang dinilai mengikut mas kahwin saudara-saudara perempuan yang telah berkahwin lebih dahulu. Ia juga hendaklah dinilai sama dengan mas kahwin keluarganya yang paling dekat sekali seperti kakak, ibu saudaranya. Seterusnya menilaikan keadaan perempuan itu sendiri dari segi kecantikan, kekayaan, pelajaran dan sebagainya.

 

HIKMAH DI WAJIBKAN MAS KAHWIN

Mufti Wilayah Persekutuan ada menulis artikel Hikmah Ditetapkan Mas Kahwin dalam Perkahwinan. Secara ringkasnya, pemberian mas kahwin mempunyai hikmah-hikmah berikut:

  1. Bagi menzahirkan keinginan bakal suami yang benar-benar menggauli isterinya dengan pergaulan yang baik dan membina rumahtangga yang mulia
  2. Bukti ikatan cinta antara kedua-duanya.
  3. Lambang kemuliaan dan penghargaan terhadap wanita melalui sesebuah perkahwinan.
  4. Menzahirkan keutamaan dan kepentingan sebuah perkahwinan di samping memuliakan kedudukan wanita.

KADAR MAS KAHWIN TERKINI SETIAP NEGERI

Untuk makluman, kadar mas kahwin bagi wanita yang masih dara dan janda/ibu tunggal adalah berbeza.

KADAR BAGI WANITA DARA

  1. Perlis – Tidak ditentukan
  2. Kedah – Tidak ditentukan
  3. Perak – RM101
  4. Wilayah Persekutuan KL – RM80
  5. Selangor – RM300
  6. Negeri Sembilan – RM200
  7. Melaka – RM100
  8. Johor – RM22.50
  9. Pahang – RM22.50
  10. Terengganu – Tidak ditentukan
  11. Kelantan – Tidak ditentukan
  12. Sabah – RM100
  13. Sarawak – RM120
  14. Wilayah Persekutuan Labuan – RM80

KADAR BAGI JANDA ATAU IBU TUNGGAL

  1. Perlis – Tidak ditentukan
  2. Kedah – Tidak ditentukan
  3. Perak – RM101
  4. Wilayah Persekutuan KL – RM40
  5. Selangor – RM300
  6. Negeri Sembilan – RM100
  7. Melaka – RM100
  8. Johor – RM22.50
  9. Pahang – RM22.50
  10. Terengganu – Tidak ditentukan
  11. Kelantan – Tidak ditentukan
  12. Sabah – RM80
  13. Sarawak – RM120
  14. Wilayah Persekutuan Labuan – RM80

NOTA:  Bagi negeri yang tiada ketetapan mahar, anda perlu menggunakan dua kaedah untuk menentukan mahar ini iaitu menggunakan kaedah mahar mithil atau menggunakan kaedah mahar musamma.

 

SOALAN LAZIM

Apakah perbezaan mas kahwin dan mahar?

Tiada beza diantara mahar dan mas kahwin. Hal ini kerana ia merupakan perkara yang sama namun penggunaan istilah yang berbeza.

 

Mas Kahwin Hak Siapa?

Ia merupakan hak mutlak isteri dan turut menjadi satu tanda perakuan kasih dan tanggungjawab seorang suami kepada isterinya.

 

Apakan perbezaan Duit Hantaran dengan Mas Kahwin?

Duit hantaran merupakan sejumlah wang yang diberikan oleh lelaki kepada pihak perempuan. Biasanya jumlah yang diberikan agak besar dan jumlah ini bergantung kepada hasil perbincangan diantara kedua-dua belah keluarga. Duit hantaran hanyalah adat semata-mata dan tidak menjadi kewajipan pihak lelaki kepada pihak perempuan.

Mas Kahwin@Mahar pula merupakan tuntutan syarak yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri. Mahar yang disebut tunai sewaktu lafaz ijab qabul perlu diberikan sebelum pernikahan berlangsung.

 

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *