KADAR KETELUSAN CERMIN GELAP : PERMOHONAN PENGECUALIAN

KADAR KETELUSAN CERMIN GELAP : PERMOHONAN PENGECUALIAN
Share Artikel Ini Di Media Sosial

KADAR KETELUSAN CERMIN GELAP : PERMOHONAN PENGECUALIAN

Ini kadar ketelusan cermin gelap. Kepada pengguna kenderaan 4 roda, semestinya anda ingin memasang tinted cermin kenderaan anda bagi tujuan hindar kepanasan, kecurian, keselamatan dan sebagainya. Tetapi adakah anda mengetahui kada ketelusan cermin gelap terkini mengikut peraturan JPJ? Disini kami akan kongsikan, semoga membantu.

Baca Juga : LOKASI KIOSK JPJ : SENARAI PERKHIDMATAN

SEMAKAN KADAR KETELUSAN CERMIN GELAP 

Berikut adalah merupakan jumlah peratusan tinted spec JPJ dan mengikut peraturan JPJ & Puspakom:

Bahagian Cermin Kadar Ketelusan Cahaya Tampak
Cermin hadapan 70 Peratus
Cermin sisi pemandu 50 Peratus
Cermin sisi belakang Tiada had (dengan syarat kenderaan dilengkapi side mirrors)
Cermin sisi belakang penumpang Tiada had (dengan syarat kenderaan dilengkapi side mirrors)

 

  1. Pindaan baharu ini membenarkan lapisan cermin gelap bagi cermin sisi belakang di bahagian penumpang dan cermin utama belakang kenderaan mempunyai VLT yang tiada had kadar peratusan. Namun syaratnya kenderaan tersebut hendaklah dilengkapi dengan side mirrors (cermin sisi pandang belakang) di kedua-dua belah kenderaan.
  2. VLT untuk cermin hadapan dan cermin sisi kanan serta kanan bahagian pemandu masih sama seperti dahulu.
  3. Namun begitu, peraturan bagi kenderaan motor yang didaftarkan untuk pengangkutan awam serta barangan adalah berbeza. Ia hanya dibenarkan untuk memiliki kadar ketelusan cahaya tampak yang tidak kurang dari 70%.

 

PERMOHONAN PENGECUALIAN UNTUK MENGGUNAKAN CERMIN GELAP

Bagi individu yang ingin membuat permohonan pengecualian menggunakan cermin yang lebih gelap hendaklah merangkumi faktor keselamatan atau faktor kesihatan:

 

Permohonan Fi/Bayaran
Permohonan yang dikemukakan atas faktor keselamatan RM 50
Permohonan yang diluluskan RM 5, 000 untuk tempot sah laku dua (2) tahun

 

  1. Kepada individu yang telah mendapat kelulusan untuk penggunaan cermin lebih gelap, permohonan hendaklah dilakukan semula setelah tempoh sah laku tamat. Jumlah fi yang sama juga akan dikenakan pada setiap permohonan.
  2. Sekiranya ingin memohon pengecualian disebabkan faktor kesihatan, individu tersebut hendaklah memperoleh pengesahan bertulis daripada pakar perubatan kerajaan. Jika mereka berbuat demikian, mereka tidak akan dikenakan sebarang fi.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai kadar ketelusan cermin gelap dan peraturan baharu JPJ, anda boleh:

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *