KAD DISKAUN KHAS MENU RAHMAH : CARA MOHON 

KAD DISKAUN KHAS MENU RAHMAH : CARA MOHON 
Share Artikel Ini Di Media Sosial

KAD DISKAUN KHAS MENU RAHMAH : CARA MOHON

Tahukah anda tentang kad diskaun khas menu Rahmah? Enam pasar raya menawarkan diskaun sehingga 40 peratus kepada pengusaha dan peniaga yang menyediakan Menu Rahmah.

Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ketika ini terdapat 2,849 premis berdaftar yang menawarkan Menu Rahmah di seluruh negara.

Sehubungan itu katanya, sejajar dengan hasrat memberikan insentif penghargaan kepada pengusaha Menu Rahmah, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merintis usaha memperkenalkan Kad Khas ini.

APA ITU KAD DISKAUN KHAS MENU RAHMAH

Kad Diskaun Khas MenuRAHMAH adalah inisiatif bersama 6 pasar raya (AEONBIG, MYDIN, NSK, GIANT, LOTUS’S, dan ECONSAVE) sebagai rakan strategik KPDN yang menawarkan diskaun sehingga 40% untuk pembelian barangan keperluan perniagaan.

Barangan yang ditawarkan dengan kadar diskaun kepada pengusaha Menu Rahmah yang telah diluluskan penyertaan dalam program ini termasuk barangan mentah seperti ayam, bawang, dan barang asas makanan.

Inisiatif ini merupakan langkah untuk memastikan kelangsungan program Menu Rahmah sebagai galakan untuk meningkatkan lagi pengusaha restoran.

SENARAI PASARAYA YANG TERLIBAT

  • AEON Big
  • Econsave
  • Giant
  • Lotus’s
  • Mydin
  • NSK

SIAPA YANG LAYAK MOHON KAD DISKAUN KHAS MENU RAHMAH

Peniaga dan pemilik perniagaan yang berminat untuk mendapatkan kad diskaun khas ini perlu mematuhi syarat-syarat permohonan yang dinyatakan di atas.

Antara syarat-syarat permohonan termasuklah menjadi warganegara Malaysia, terdaftar sebagai pengusaha Menu Rahmah di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup (KPDN), dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), serta mempunyai pendaftaran dengan pihak berkuasa tempatan.

KELEBIHAN KAD DISKAUN KHAS MENU RAHMAH

Antara kelebihan Kad ini adalah :

  • diskaun sehingga 40 peratus kepada pengusaha dan peniaga yang menyediakan Menu Rahmah.
  • Diskaun belian barangan mentah seperti ayam, bawang dan barang asas makanan kepada pengusaha dan peniaga
  • memastikan golongan berpendapatan rendah dapat menikmati pilihan makanan di luar dengan harga berpatutan

CARA MOHON KAD DISKAUN KHAS MENU RAHMAH

Permohonan bagi KadDiskaun Khas ini dibuka mulai 2 November 2023 melalui portal khusus kepada pengusaha Menu Rahmah di pautan https://menurahmah.kpdn.gov.my/. Semua pengusaha restoran dan kedai makan yang berminat untuk menawarkan Menu RAHMAH boleh mendaftar di laman tersebut untuk menikmati diskaun khas ini.

Pada bahagian menu di bahagian atas halaman tersebut, klik pada “Daftar Kad Diskaun Khas”.

Sehingga kini, sudah terdapat 43 permohonan kad ini diterima sejak inisiatif ini dilancarkan pada 2 November lalu.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Sekretariat Perdagangan Pengedaran dan Industri Perkhidmatan (SPIP) melalui talian hotline 03-8882 5881/5905 atau emel kepada spip@kpdn.gov.my.

Baca Juga :

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *