KAD DEBIT MAE : CARA MOHON DAN RENEW 

KAD DEBIT MAE : CARA MOHON DAN RENEW 
Share Artikel Ini Di Media Sosial

KAD DEBIT MAE : CARA MOHON DAN RENEW 

Tahukah anda cara mohon Kad Debit MAE? Sudahkah anda mengetahui tentang KAD MAE . Bagi melengkapkan penggunaan dompet MAE untuk perbelanjaan harian anda, pihak Maybank telah memperkenalkan kad Debitt MAE Visa baharu. Anda boleh membuat permohonan kad debit melalui aplikasi MAE dengan mudah isitu secara online dan kad akan dihantar terus kepada mereka selepas mendapat kelulusan. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara membuat permohonan dan pembaharuan kad debit ini, semoga membantu.

KELEBIHAN KAD DEBIT MAE

Kad MAE ini dilengkapi dengan pelbagai faedah termasuk kadar pertukaran asing yang kompetitif dan faedah eksklusif untuk dinikmati di dalam dan luar negara. Apabila anda membuat perjalanan luar negara, jumlah dalam dompet MAE akan ditukar secara automatik ke matawang negara yang diziarahi, membolehkan anda mengetahui dengan tepat jumlah dana perbelanjaan yang ada.

  • Pesan kad debit Visa MAE melalui aplikasi MAE penghantaran terus ke rumah anda
  • Dapatkan kad MAE maya yang digunakan secara online atau wallet mudah alih
  • Belanja dan buat pengeluaran dalam Malaysia dan luar negara
  • Beku dan aktifkan semula kad MAE anda melalui aplikasi untuk keselamatan
  • Dapatkan overview penuh untuk akaun MAE dalam aplikasi, jadi anda sentiasa akan nampak aliran tunai kewangan anda
  • Gunakan MAE untuk rancang kewangan dan simpan – setiap perbelanjaan akan dikategorikan secara automatik dan boleh dikesan

PERBEZAAN KAD DEBIT MAE DENGAN KAD DEBIT MAYBANK

Kad MAE dipautkan khusus untuk e-wallet MAE. Tetapi Maybank ada juga menawarkan pelbagai pilihan kad debit dan kredit lain yang boleh dipautkan ke jenis akaun yang berbeza.

Akaun MAE boleh dibuka oleh pelanggan Maybank baru dan sedia ada hanya dengan memuat turun aplikasi MAE, masukkan butiran peribadi, dan muat naik gambar kad pengenalan anda. Selepas itu, anda sudah boleh tambah nilai ke akaun serta pesan kad MAE untuk pembayaran dan jika anda tidak tahu, kad MAE boleh guna untuk keluarkan duit ATM!

CARA MOHON KAD DEBIT MAE

Berikut adalah cara dapatkan kad MAE selepas anda telah lakukan tetapan pada aplikasi MAE:

  1. Buka aplikasi MAE
  2. Tekan More, kemudian Apply
  3. Pilih Cards and klik kad MAE
  4. Masukkan butiran untuk pengeposan kad fizikal

Selain daripada kad MAE fizikal yang dihantar ke alamat anda, anda juga boleh dapatkan kad MAE maya yang boleh digunakan untuk pembelian online, pautkan ke wallet mudah alih seperti Samsung Pay.

CARA AKTIFKAN KAD DEBIT MAE

Setalah anda menerima kad debit tersebut, berikut adalah merupakan cara pengaktifan iaitu:

  • Login dahulu akaun MAE
  • Tekan bahagian aktif now
  • Masukkan activation code
  • Kod terdapat pada pampletyang dihantar Bersama kad MAE anda
  • Cipta 6 digit pin
  • Komformkan semula 6 digit pin anda
  • Masukkan OTP kod yang di hantar ke telefon anda
  • Kad anda Berjaya diaktifkan

KADAR HARGA RENEW KAD MAE

Untuk makluman anda, tiada sebarang caj dikenakan untuk memperbaharui kad debit ini.

CARA RENEW KAD MAE

Berikut adalah merupakan cara untuk memperbaharui kad debit anda iaitu:

  1. Buka aplikasi MAE
  2. Pada paparan utama klik pada Maybank2u (berada di bahagian bawah)
  3. Seterusnya pilih pada Cards dan klik pada MAE Debit Card
  4. Pada bahagian Card Management, Scroll ke bawah dan pilih Virtual Card Renewal.
  5. Kemudian masukkan kata laluan akaun MAE anda dan klik Continue
  6. Seterusnya pilih Renew My Virtual Card dan klik Approve untuk mengesahkan pembaharuan kad melalui Secure2u
  7. Selesai, kad debit anda kini telah berjaya diperbaharui

SOALAN LAZIM (FAQ) KAD MAE

Berapakah cas yang akan dikenakan jika memohon kad  MAE?

  • Permohonan kad akan dikenakan cas sebanyak 8 ringgit

Berapa lama tempoh masa kad akan sampai selepas permohonan dibuat?

  • Kad akan dihantar dalam tempoh 7 hari bekerja

MAKLUMAT LANJUT

Anda boleh layari https://www.maybank2u.com.my/mae

 

Baca Juga :

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *