CARA JUAL DAN BELI KRIPTO DI LUNO

CARA JUAL DAN BELI KRIPTO DI LUNO (ASSET DIGITAL)
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA JUAL DAN BELI KRIPTO DI LUNO (ASSET DIGITAL)

Ramai yang mula berjinak dalam pelaburan wang digital ini, namun kekangan maklumat dan keyakinan diri membuatkan usaha itu tergendala.Disini kami akan tunjukan cara beli dan jual kripto di Luno.Urusan membeli atau menjual kripto ini sebenarnya perlu mengikut teknik dan juga strategi-strategi yang tertentu. Ada sesetengah orang sampai perlu berguru dengan pakar untuk mendapatkan ilmu-ilmu yang betul dan penting mengenai kripto.

Baca Juga : Cara Permohonan Pinjaman KWSP MBSB (Ihsan-i Dibuka 7 April 2023)

CARA BELI KRIPTO

1.Pilih jumlah mata wang kripto untuk dibeli

LUNO

 

Jumlah mata wang kripto yang ingin dibeli akan ditunjukkan dalam ruangan ini mengikut nilai Ringgit Malaysia. Nilai bagi setiap mata wang kripto juga adalah berbeza. Sebagai contoh, pembayaran sebanyak RM 50 akan membawa kepada pembelian sebanyak 14.1 mata wang ripple.

Jika anda ingin membeli nilai selain daripada yang tertera iaitu RM 50 dan juga RM 100, anda boleh memilih butang ‘other’ untuk meletakkan jumlah baru.

Tekan butang ‘buy’ jika sudah selesai dengan sesi pembelian.

 

2.Cipta ‘wallet’ matawang kripto

LUNO

Sebenarnya, anda perlu mencipta ‘wallet’ bagi setiap jenis matawang kripto sebagai tempat penyimpanan bagi setiap mata wang kecuali Bitcoin sebelum membuat apa-apa pembelian.

Hal ini kerana wallet bagi Bitcoin adalah ‘default’ yang mana ia turut disertakan sekali ketika proses membuat akaun.

 

3.Membuat pembelian kripto

Seperti yang dipaparkan pada ruangan gambar di bawah, pembayaran RM 10 akan membawa kepada pembelian sebanyak 2.781024 ripple.

Kadar yuran yang dikenakan pula adalah sebanyak 2% yang bersamaan dengan RM 0.20.

LUNO

 

Anda boleh perhatikan pada ruangan di bawah, jumlah ripple yang telah dibeli sudah berada dalam wallet ripple yang sudah dicipta.

LUNO

CARA JUAL KRIPTO

1.Kenal pasti jumlah yang ingin dijual

Jika diperhatikan, jumlah nilai yang ditunjukkan pada ruangan ini adalah hasil tambahan kepada semua jenis wallet yang sudah dicipta di dalam profil akaun.

Seperti yang ditunjukkan pada ruangan di bawah, jumlah wang yang terkumpul adalah sebanyak RM 19.80 yang merupakan gabungan di antara ‘wallet local currency’ dan juga ‘ wallet mata wang ripple’.

Jadi, anda boleh memilih nilai yang anda ingin jual dan nilai yang ingin dijual ini perlu mengikut setiap kategori wallet yang ada.

Sebagai contoh, jika anda mempunyai 2.781024 nilai ripple di dalam wallet, anda tidak boleh menjual lebih daripada itu.

LUNO

2.Pilih currency yang ingin dijual

Seterusnya, anda boleh memilih jenis mata wang untuk dijual sama ada Ringgit Malaysia, BTC ataupun wallet bagi matawang kripto yang lain.

LUNO

 

3.Letakkan nilai yang ingin dijual

Letakkan jumlah yang ingin dijual di dalam ruangan yang telah disediakan. Jika ingin menjual kesemua jumlah matawang yang ada, anda hanya perlu menekan button max di sebelah kanan kotak dan kesemua jumlah yang ada akan dipaparkan.

Mudah bukan?

LUNO

Sebagai contoh, setelah anda menekan butang ‘max’ tersebut, jumlah yang ada pada akaun adalah sebanyak 2.781024 dengan nilainya sebanyak RM 9.78 akan tersedia dalam ruangan kotak dan anda hanya perlu menekan butang ‘next’ sebagai tanda untuk meneruskan proses penjualan.

LUNO

4.Sahkan penjualan

Kemudian, anda perlu mengesahkan jumlah yang ingin dijual seperti yang dipersetujui sebentar tadi. Di sini, anda akan dimaklumkan juga mengenai caj tambahan yang dikenakan untuk setiap proses transaksi.

Sebanyak RM 0.19 iaitu 2% caj akan dikenakan bagi setiap proses transaksi bagi aktiviti penjualan mata wang ini.

Anda perlu menekan butang ‘confirm’ sebagai tanda persetujuan dengan jumlah mata wang dan juga caj tambahan yang dikenakan.

LUNO

5.Aktiviti jualan selesai

Aktiviti penjualan mata wang anda kini sudah selesai.

LUNO

 

CARA BELI & JUAL KRIPTO DENGAN FEES YANG LEBIH MURAH

Tahu tak, sebenarnya anda boleh beli dan jual kripto di Luno dengan fees yang lebih murah? Jika anda beli dan jual terus melalui paparan standard di Luno, fees yang dikenakan adalah 2%. Bagi sesetengah pelabur, fees ini sangatlah mahal.

Mari kami kongsikan cara beli dan jual kripto di Luno dengan fees yang lebih murah. Iaitu hanya 0.25% untuk Buy dan 0.5% untuk Sell.

1.Beli dan Jual Kripto di Exchange

Untuk dapatkan fees yang lebih murah, anda perlu beli dan jual melalui exchange. Caranya adalah klik pada 3 dot di bahagian atas kanan aplikasi Luno.

LUNO

2.Klik Exchange

LUNO

3.Pilih Kripto yang anda nak beli atau jual.

Bitcoin adalah paparan default. Jika anda nak beli kripto lain, boleh klik dan pilih kripto yang anda nak di bahagian atas kiri paparan.

LUNO

4.Untuk beli, boleh pilih pilihan Buy.

Pilih option Market (anda akan dapat beli pada harga semasa), masukkan Amount yang anda nak beli kemudian klik Buy. Fees yang dikenakan hanyalah 0.25% sahaja!

LUNO

5.Untuk jual, boleh pilih pilihan Sell.

Pilih option Market (anda akan dapat jual pada harga semasa), masukkan Amount yang anda nak jual kemudian klik Sell. Fees yang dikenakan hanyalah 0.50% sahaja!

LUNO

Mudah bukan proses membeli dan menjual kripto dengan menggunakan Luno ini?

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *